Perubahan Perlukan Kerendahan

Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!

Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Tiba-tiba dia beriya-iya sangat meminta lebihan air minuman saya. Bukan mengada-ngada, tetapi semata-mata yakin akan mendapat berkat mulia.

Berkat apa tu? Berkatnya atas sisa air saya sebagai pelajar tahfiz. Padahal hafalan ketika itu masih lagi boleh dikira. Saya tidak pasti sekarang beliau di mana, apakah kini berjaya cemerlang dek sisa tersebut atau hidupnya merana.

Baiklah, apabila sebut guru, bukan setakat teringat rotan atau Hari Guru. Tetapi sebut guru, pelajar dan ilmu pasti terkait rapat. Digelar pelajar kerana berguru dan digelar guru kerana ada pelajar yang haus ilmu. Siapa di dunia ini mahu berlagak pandai tanpa guru?

Nabi s.a.w sendiri diajar secara berguru dengan Jibrail a.s yang sangat-sangat membantu. Adab Baginda bersama guru banyak terakam ketika peristiwa Isra dan Mikraj selain menerima wahyu. Lantaran tunjuk ajar yang dicurahkan, Baginda sangat memuliakan Jibrail a.s selama ia menjadi pengantara antara Baginda Nabi s.a.w dengan Allah Ta’ala.

Adab atau cara berguru juga ada dipaparkan dalam bentuk kisah di dalam al-Quran. Seperti kisah pengalaman Nabi Musa a.s ketika bersama dengan seorang yang lebih berilmu dan tahu darinya. Biasalah tidak tahu, belajarlah dari orang yang tahu. Yang terasa jahil, menuntutlah dari orang yang ‘alim biarpun diri akan terasa kerdil.

Dalam tasawuf, guru jangan dibuat main-main. Dia diangkat pada satu tingkat yang begitu tinggi dan sangat dimuliakan. Malah tingkat seorang ahli tasawuf berdasarkan sejauh mana ketaatan dan keakrabannyan dengan guru mereka yang lebih di kenali sebagai Syeikh. Syeikh yang menjadi murabbi ini akan memantau segala gerak laku muridnya dengan penuh ketelitian,  berdasarkan takwa mereka yang tinggi.

Kata Syeikh Abdul Kadir al-Jilani, “Sesiapa yang tidak mempercayai kesempurnaan pada gurunya dia tidak akan berjaya sama sekali.”

Fuh, mesti bangga para guru mendengarnya. Justeru ramailah guru terutamanya para ustaz yang teringin sangat dimuliakan bagai seorang Syeikh. Mereka mahu dihormati, dipatuhi, ditaati dan dikasihi. Tidak cukup dengan itu ada yang tidak segan untuk dampak hebat dengan pakaian ala Syeikh. Segaknya, dengan berselendang kemas serban di bahu, selain berjubah dan berserban putih. Memang dampak hebat.

Mereka mahukan pelajar yang bukan sahaja cerdas tetapi sempurna total tahap ketaatannya. Taat yang tak boleh blah. Kalau boleh pelajar itu pijak jarum pun tak rasa sakit apabila di hadapannya. Jangan sedikit pun ada ruang untuk mempertikaikannya, baik secara pandangan atau luahan semata. Sayangnya kesemua itu bagi mereka nampak remeh atau budak-budak punya cerita. Apatah lagi jika tentangan, kritikan dan bantahan secara jelas. Melampau dan memang cari nahaslah budak tu. Bila hati panas, maka semakin tipislah limpahan keberkatan yang tuntas, biarpun pelajar itu belajarnya cerdas. Tak berkat weh!

Itulah antara kelebihan berkorban menjadi guru. Sememangnya jelas dan kita perlu setuju bahawa pelajar kena hormatkan guru. Tiada guru kita akan mati kutu. Jadi, apa masalahnya?

Tidak ada apa masalah, cuma masih ada kelirunya tentang persoalan berkat guru ni. Apa kata  kita cuba renung-renung dahulu persoalan-persoalan ini.

Meskipun pengorbanannya sangat mulia, tetapi semakbul mana sebenarnya doa guru mampu dikabulkan?

Apakah ciri-ciri guru yang mempunyai keberkatan dan kekuatan doa yang mustajab?

Adakah sememangnya guru tidak boleh sama sekali dipertikaikan?

Mana lebih penting, liabiliti perguruan atau ilmu dan qudwah(teladan) yang perlu ditunjukkan?

Bersambung kot….

SELAMAT HARI GURU…

Kreatifnya Kerana Cinta
Abu Bakar r.a. ketika dalam perjalanan hijrah bersama Nabi s.a.w, sering ditanya siapa yang  menunggang di hadapannya. Bagi mengelakkan mereka dikenali dan dikesan musuh, maka beliau menjawab dengan kreatif, “Dia  adalah penunjuk ‘jalan’ku.”

Dimaksudkannya adalah jalan kebenaran  mengenal Allah Taala. Bukanlah penunjuk jalan yang sebenarnya, seperti mana  yang difahami oleh mereka yang sangsi tersebut.

Renung pula kisah Nabi Yusuf yang bukan setakat hensem, tapi dia juga seorang perancang yang kreatif. Dia merancang hanya untuk memberi kesedaran yang lebih berimpak maksima pada saudara-saudaranya. Segala perancangan yang teliti dan bijaksana diatur, meskipun ia terpaksa bersabar menunggu hasil harapannya. Kerana kedua-dua beranak itu adalah kalangan Nabi yang mulia, Nabi Yaakub tidak kurang hebat fikirannya. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, beliau sempat berpesan pada anak-anaknya, “Janganlah kalian masuk bersama-sama  dari satu pintu, dan masuklah dari pintu-pintu yang berlainan.”

Lihat pula Habab al-Munzir yang bijak mencipta ruang untuk melemahkan musuh ketika perang Badar. Beliau berani menolak rancangan Nabi s.a.w mengenai tempat untuk berkhemah. Lalu beliau mencadangkan agar tempat mereka berkhemah diubah ke tempat yang lebih dekat dengan telaga musuh dan Nabi s.a.w terus bersetuju. Hasilnya musuh rasa terdesak kerana punca air mereka berjaya disekat.

Salman al-Farisi juga bijak berkreatif dengan mengaplikasikan taktik peperangan ditempat asalnya dengan kota Madinah. Beliau telah mencadangkan kepada Nabi s.a.w agar menggali parit di sekeliling kota bagi persediaan menghadapi peperangan Ahzab. Memang pelik bagi orang Arab tapi Nabi berani untuk mencubanya.Ternyata taktiknya itu langsung tidak diduga oleh musuh dan akhirnya berjaya melemahkan pihak musuh ketika peperangan itu berlaku.

Tak terfikir kita betapa kreatifnya Hasan dan Husin cucu Baginda Nabi  s.a.w ketika ingin menegur seorang tua yang tidak sempurna wudhuknya.  Lantas orang itu diminta menjadi hakim  untuk pertelagahan mereka  berdua. Kononnya mereka bergaduh tentang bagaimana cara mengambil wudhuk  yang sebenar. Akhirnya orang tua itu sendiri tersedar dan berkata,  “Sebenarnya wudhuk anda berdua sangat sempurna dan mengikut cara Nabi  s.a.w, Cuma saya yang masih ada kesilapan dalam berwudhuk.”

Banyak lagi kisah orang dahulu yang kreatif menyampaikan sesuatu atau mencapai tujuan untuk kecintaan Agama yang satu. Tapi kreatif perlu diiringi dengan keberanian untuk mencuba. Mengubah mentaliti yang kadangkala terus disanggah tanpa melihat kepada kerasionalannya.

Begitu juga dengan revolusi dan pendekatan dakwah itu sendiri. Sekarang ni kalau dakwah hanya di dalam masjid, pakai serban tebal-tebal, konteksnya tidak akan meluas. Jika dakwah dilihat hanya melalui ceramah, remaja akan bosan mengantuk tak sudah. Kalau sekadar berucap di dewan ilmiah, orang kampung, mat rempit tak kan berubah.

Lalu para pendakwah apa yang perlu dilakukan? Cara perlu dipelbagaikan atau hanya berpegang pada ketradisionalan? Kita mungkin tak mahu dakwah dilihat sesuatu yang taboo. Atau jangan sampai dakwah apabila disebut, orang akan cabut. Makanya penyampaian dakwah perlu pelbagai, menerobos segala ruang tanpa melepaskan peluang.

Begitulah juga bagi seorang yang cintakan dakwah ni, bila memilih menjadi penulis atau juga blogger tegar. Penulis  berjaya tidak semestinya puitis tetapi perlu kreatif beserta kritis.  Tulisannya tidak nampak kaku namun tidaklah sampai bernafsu. Itulah yang  menjadikan coretannya laku meskipun zamannya nanti sudah jauh berlalu.

Nampaknya kita kena bijak dan berani mencipta ruang, manfaatkan peluang dan strategi perlu cemerlang. Tingkatkan kreativiti, manfaatkan potensi. Dunia semakin luas, namun  masa makin terbatas.

Sambungan dari entry Lari Dari Keterbatasaan

Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
SANTAI SAMBIL BERHIBUR BERSAMA REMAJA

Tarikh : Sabtu, 17 April 2010

Tempat : Pasar Seni Kuala Lumpur

Masa : 2.30 petang – 10.00 malam

Tema : Hargai Usia Remaja Mu

Anjuran : Bahagian Kesuma, Jakim

Antara program menarik:

Mini Forum : Menggaris Hiburan Seni, Cakna Ikon Remaja Masa Kini

Penampilan Istimewa :  Juara Program Adik-adikku

Nasyid In Heart

Jom pakat datang ramai-ramai, terutama warga-warga kota. Pameran, buku-buku, risalah-risalah percuma yang menarik, juga ada disediakan.

Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
Tarikh :           14 April 2010 (Rabu)

Masa :           8.45 – 10.45 malam

Tempat :           Padang Umum Felda Pasak Kota Tinggi, Johor

Penganjur :           Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dengan Kerjasama Agensi-Agensi Tempatan serta MAC

Tajuk :           SEMANIS HARAPAN IMAN, SEGUGUS KASIH PRIHATIN

Tumpuan isu ialah permasalahan mengenai HIV/AIDS dari segi penularan dan stigma masyarakat terhadap pesakit. Perbincangan juga melibatkan isu sosial masa kini dan cara untuk mengatasinya mengikut Islam.

Harapan Iman itu dimaksudkan agar kita semua dapat memelihara Iman dan menjaga diri dari terlibat dengan keruntuhan sosial.  Harapan ini juga agar masyarakat dapat  menjauhkan maksiat yang juga menjadi punca tersebarnya HIV/AIDS.

Manakala kasih prihatin mengajak kita agar dapat memberikan keprihatinan kepada pesakit HIV/AIDS dan aktiviti sosial yang berkaitan dengannya biarpun dalam bentuk yang sedikit. Ia juga menunjukkan harapan agar masyarakat  sentiasa prihatin terhadap gejala sosial yang berlaku dan berganding bahu menanganinya

Pameran juga akan diadakan dan sedia dikunjungi  pada waktu siang di Dewan Felda Pasak.

Kepada semua warga Kota Tinggi, anda semua adalah dijemput hadir. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.

Lari Dari Keterbatasan
Seorang pengemis buta yang tidak berupaya telah duduk di tepi jalan. Sambil itu dia mengetuk-getuk tin kosong ditangannya bagi menarik perhatian. Tergantung sekeping papan nipis di lehernya yang tertulis, “Bantulah saya kerana saya orang buta.”

Namun tidak ramai yang menghulurkan wang, meskipun sempat membaca kenyataannya. Setelah lama dia bosan di situ, lalulah seorang lelaki. Dia berhenti seketika di hadapan pengemis itu sambil merenung papan tersebut.

Tanpa menghulurkan sedikit wangpun, dia terus menanggalkan papan itu lalu diterbalikkannya. Terpinga-pinga pengemis buta tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa. Kemudian lelaki itu menulis pula sesuatu dan menggantungkannya semula di leher orang buta tersebut dan segera berlalu.

Tidak semena-mena, ramai orang mula menghulurkan wang berbanding sebelumnya. Orang buta itu merasa sangat gembira namun hatinya masih tertanya-tanya. Lalu dia meminta orang lain untuk membacakan tulisan tersebut. Rupa-rupanya lelaki tadi telah mengubahnya dengan menulis, “Kita berada di musim bunga yang indah, namun keindahannya tiada bermakna bagiku kerana mataku tidak dapat menikmatinya.”

Kita ini memang sering terkurung dengan keterbatasan dan kekurangan. Namun ianya bukanlah kelemahan sekiranya kita mampu mencipta keadaan bukan terus menyalahkannya sebagai punca kegagalan. Di sinilah kuncinya kreativiti untuk menarik graviti. Sentiasa berfikir di luar kotak, dengan melawan kejumudan untuk mengatasi permasalahan.

Keluh seorang pesimis, “Masalah ini mungkin boleh selesai tetapi agak sukar.”

Namun yakin seorang optimis, “Masalah ini agak sukar, tetapi mungkin boleh selesai.”

Kreatif sangat memerlukan fokus pada sesuatu peluang. Tidak semestinya  ia hanya lahir dari cubaan mengatasi permasalahan, tetapi eksploitasikan  segala momentum yang hadir untuk mencapai kekreatifan. Latihlah melihat  sesuatu itu dengan berfikir dan merenung, agar hadirnya percambahan  idea dan cara tindakan.

Kreatif mengajar kita banyak berfikir untuk mencari resolusi tindakan yang terbaik. Justeru ia akan mengajar kita berfikir di luar kotak dan bukannya hanya mengikut kebiasaan yang telah menjadi keterbiasaan. Janganlah kita sentiasa suka menjadi quo dan cintailah perubahan.

Percayalah! Kejumudan cara pandang akan mewujudkan keterbatasan dan hanya terus menjadi kekangan. Kreatiflah antara jalan penyelesaian.

Bersambung di entry Kreatifnya Kerana Cinta

Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
“Aku sangat mengangan-angankan jika di dalam rumah ini adanya tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya.”

Betapa Umar r.a sangat merasakan peranan pemuda-pemuda yang hebat melebihi segala-galanya. Pemuda jiwanya kental, semangatnya tinggi dan tenaganya kuat. Ia adalah peringkat seseorang yang normal itu memiliki segala-galanya. Tanpa pemuda hebat, sesuatu bangsa itu akan mudah jatuh. . Mereka bagaikan pasak keutuhan suatu binaan agung. Masakan tidak, sejarah telah pun membuktikannya!

Pernah tak kita dengar bagaimana gerak langkah orang Eropah dahulu membaca kelemahan orang Islam?

Sebelum berlakunya penaklukan mereka terhadap Andalusia, apa yang mereka lakukan?

Bagaimana mereka boleh tahu bilakah umat Islam ketika itu berada dalam titik kelemahan?

Macamana Andalusia boleh jatuh dalam beberapa bulan sahaja setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun?

Semuanya adalah sangat berkait rapat dengan fikrah dan pemikiran pemuda. Pemuda harapan agama dan bangsa. Wahai mereka yang merasakan dirinya pemuda, marilah kita renungkan hal ini bersungguh-sungguh.

Sebelum penaklukan Andalusia berlaku, orang Eropah atau Portugal telah menghantar beberapa perisik ke sana. Mereka dikehendaki untuk membaca keadaan Andalusia bagi menentukan adakah kota berpengaruh itu sudah mampu ditakluki atau belum sampai masanya untuk dikalahkan.

Mereka datang bukanlah melihat betapa banyak bangunan tinggi dan cantik yang dibina.  Atau sekadar mengira betapa ramai menteri-menteri yang dilantik dan berjawatan. Jauh sekali  sekadar melawat taman-taman dan membeli segala cenderamata kenang-kenangan.

Namun mereka ada satu misi. Mereka ingin menjangka kekuatan Islam,  dari suatu sudut yang tidak disedari oleh Muslimin. Cukup hanya ingin melihat cara pemikiran pemuda Andalusia pada masa itu.

Sebab itu mereka telah menghantar  perisik mereka ke sana. Perisik ini cuba meneliti dan menyelidiki apakah isu yang menjadi perdebatan para pemuda di kota yang termasyhur itu. Suatu ketika itu,  dia mendengar bualan beberapa orang  pemuda yang bekumpul.

Seorang dari mereka telah berkata, “Aku telah menghafal hadis-hadis Sahih Bukhari  lebih banyak dari kamu.”

Seorang lagi pemuda pula bersuara, “Aku telah menguasai ilmu kimia lebih baik dari kamu semua dan siapa yang boleh setara ilmu kimianya dengan aku?”

Seorang lagi tidak mahu mengalah, lalu dia berdiri dan berkata,”Baik, siapa pula yang mampu  kalahkan ketangkasan aku dalam menunggang kuda? Silakan.”

Lalu perisik ini terus pulang kepada kumpulannya yang akan melaporkan pada pembesar negaranya. Ujarnya, “Pulanglah kalian, laporkanlah pada ketua negara kita untuk menangguhkan rancangannya dahulu dan janganlah masuk ke Andalusia sekarang.”

Setelah beberapa ketika  yang panjang, mereka sekali lagi menghantar para perisiknya untuk meninjau semula keadaan di Andalusia. Ketika itu didapati pemuda Andalusia masih lagi mengejar ilmu dan kualiti tetapi berlumba dalam syair dan kesusasteraan. Mereka masih biarkan lagi dan menangguh perancangan besar mereka.

Hinggalah tiba suatu masa segalanya berubah. Setelah berlalunya generasi-generasi  dahulu, barulah mereka dapati generasi pemuda Muslim masa itu sudah lemah. Cara pemikiran dan gaya hidup mereka tidak lagi berteras ilmu atau menyentuh perkara serius. Kesemuanya gara-gara mereka melihat seorang pemuda yang sangat sugul dan tidak terurus. Lalu ditanyakan apakah masalah yang dihadapinya.

Jawab pemuda itu “ Aku terlalu sedih kerana ditinggalkan oleh teman wanitaku.”

Lantas mereka bergegas pulang dan menggesa ketuanya. Dengan semangat ketua perisik itu berkata,”Sekaranglah masa yang sesuai untuk kita masuk ke Andalus dan mengalahkan mereka!”

Akhirnya dalam dua tiga bulan sahaja, mereka telah berjaya menakluk Andalusia. Kota yang diperintah Muslimin selama 800 rataus tahun, telah ditumbangkan. Bukan berpuluh-puluh tahun, tapi cukup beberapa bulan. Hanya kerana apa? Hanya setelah mengamati perhatian dan arah fokus para pemuda  Andalusia.

Kesimpulan yang mudah tetapi impaknya sangat besar dan berkesan. Musuh hanya membaca kelemahan Andalusia hanya dengan melihat gaya pemuda. Inilah juga cara yang masih dilakukan mereka terhadap negara-negara Islam. Teori sosial ini masih dipercayai dan telah dimulakan beribu tahun yang lepas. Tinggal lagi sekarang merekalah yang membekalkan dan berusaha mewujudkan unsur kelalaian tersebut. Lalu jika jiwa pemuda kosong, bagaimana untuk kita berjaya dan menjadi golongan yang dijanjikan kemenangan?

Janji Allah itu sangat benar. Islam akan menjulang dan menguasai. Tinggal lagi ciri umat gemilang yang dijanjikan kemenangan itu masih jauh dan tersasar. Islam agama fitrah dan dia dikuatkan  dengan usaha dan tenaga. Bukan dengan keajaiban semata-mata atau dengan kaedah menunggu dan lihat sahaja.

Maka selagi mana bicara kita bicara remeh, selagi itu Islam diremeh-remehkan.  Wahai pemuda, jadilah kita ejen perubah. Orang yang jiwanya kecil hanya berbicara perkara yang kecil, orang yang jiwanya besar, bicaranya turut perkara yang besar.

Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Macam tidak percaya ada lagi yang terpaksa menjual diri dalam umur 60 an. Bukan di Thailand atau Indonesia , tapi di sini. Tidak tahulah silap di mana, sehingga mereka terpaksa memilih jalan hina tersebut. Kesempatan outreach saya baru-baru ini benar-benar telah menyentak minda dan perasaan.

Malam itu, bersama petugas pusat khidmat sosial berdekatan, kami mula berpecah dan bergerak  dalam kumpulan yang kecil. Ketika itu perasaan ingin tahu bercampur baur dengan rasa gelisah. Adakah kami akan diganggu atau dirayu? Atau adakah kami akan tergoda dengan kecantikan dan godaan mereka nanti? Kesemua kemungkinan itu menambahkan lagi rasa cuak, seriau dan berdebar yang masih tidak hilang.

Namun, kesemua itu tiba-tiba berubah menjadi rasa hairan bercampur kasihan. Bertukar gara-gara bertemu dengan  Mia (bukan nama sebenar), wanita sasar pertama yang ketemu di jalanan. Bukan di lorong gelap yang hanyir, bukan di pintu-pintu bilik maksiat yang suram. Tetapi  hanya di kaki lima kedai menjual kereta.

Mia bukanlah anak gadis solid molid yang boleh tergoda iman. Jauh sekali memakai seksi, berlurah, bertumit tinggi atau berbeg tangan. Mia cuma  seorang wanita yang telah menganjak usia lima puluhan. Setiap malam dia tidur di kaki lima tersebut dengan hanya berselimutkan kain yang tersangatlah lusuh dan hapak. Jelas hidupnya sama sekali tidak terurus dan selekeh terbiar sendirian.

Sangka saya dia hanya seorang fakir yang tiada saudara mara dan mengharap simpati. Namun rupa-rupanya dia juga seorang yang melacur diri. Hanya sedikit palitan gincu dibibir pudarnya sebagai tanda kesanggupan. Mengadu sudah tiga bulan tidak ada yang datang melanggan. Dari zahir sudah ketahuan kenapa tiada lelaki si hidung belang yang datang. Malah saya sendiri terpaksa menahan nafas dengan sehabis baik. Mencengkam kuatnya bau hapak di sekelilingnya.Tidak tergambar saya akan ada juga yang sanggup melangganinya dalam keadaan sedemikian tanpa rasa kasihan. Betapa kejilah sungguh pelanggan tersebut apabila nafsu sudah buta tidak berperasaan.

“Anak makcik dah besar-besar belaka, dan ada kerja tetap. Pelanggan tak tentu. Ada tu budak muda pun melanggan juga. Serba salah makcik dibuatnya.” cerita Mak Mia bersahaja sambil tersenyum pahit.

“Mak ai budak muda pun selera?” Getus saya dalam hati.

Di ICnya tertera binti yang bermakna Mak Mia seorang Muslim. Lantas hati saya bimbang apabila dia menyatakan,“Church ada juga datang selalu ke sini. Biasanya dia bagilah sedikit roti ke, apa ke…”

Merasakan ini pertama kali, maka tidak banyak yang saya  dapat sentuh mengenainya. Saya hanya mampu menasihatinya sepatah dua. Sentiasalah menghubungi dan mengikuti program Pusat Khidmat Sosial yang berdekatan. Selang berapa langkah ketemu lagi seorang wanita yang rasanya berumur empat puluhan. Setelah tahu kami dari Jabatan, dia seperti segan-segan untuk berbicara.

Kemudian kami mula melalui lorong-lorong gelap di belakang deretan kedai usang. Bau busuk longkang sudah mula menusuk kuat di hidung. Ikut hati mahu sahaja saya berpatah balik ke pusat. Di satu tempat, dari jauh kelihatan beberapa orang wanita sedang duduk-duduk berkumpul sambil berbual dengan agak kuat.

Dalam samar-samar kegelapan itu, kami mula menghampiri kumpulan tersebut. Tidak ada aksi digoda atau kami dirayu. Mungkin kerana mereka sedikit kaget dengan kedatangan dua tiga pemuda yang masih segak namun asing bagi mereka. Lazimnya hanya lelaki-lelaki tua atau warga asing yang terdesak sahaja melanggani mereka. Seorang dua mula masuk ke dalam bangunan mungkin kerana segan bercampur bimbang.

Kelihatan di dalam terdapat beberapa daun pintu bilik yang buruk usang dan berkopak. Seorang di antara mereka itu tetap tidak berganjak. Duduk bersahaja sambil menggoyang-goyang kaki di pangkin menunggunya. Apabila disapa, dia mula tersenyum. Lihat gayanya dia seorang  yang ramah dan mula sedikit selesa setelah disapa. Mungkin sudah berumur empat puluhan.  Dialah yang rasanya masih ada sedikit potongan badan berbanding yang lain.

“Mek ada anak tak?”

“Ada, dua orang, tapi tinggal dengan mertua. Laki dah tadok.”

“Mek, kita ada bagi barang sikit, ada sabun, berus gigi, tuala, semuanya letak kat pusat. Nanti ambillah ya,” celah rakan saya menambah ramah.

“Ha, mesti doh.”

“Anak-anak tahu ke ni?” Saya menambah.

”Dok tahu, tapi kalau mek  ada duit lebih sikit, mek bagila dia oghe.”

Selang kemudian, Mek terpaksa kami tinggalkan menjamah kesuraman hidupnya. Kami masih menyusur lorong hapak tersebut. Apabila lalu dengan beberapa tapak sahaja, terjumpa pula dua pelacur India. Mereka juga sudah kelihatan agak berumur.  Kami pula disapa dahulu setelah menyedari Kak Ros, petugas pusat sosial,  ada bersama kami. Melangkah lagi ke lorong depan, ada lagi sekumpulan wanita, seperti mereka yang lain. Kali ini ada yang berumur awal 60 an. Saya tidak mampu terkata apa-apa. Inilah realiti di satu sudut terpencil masyarakat kita.

Selepas itu berapa orang lagi kami ketemu dan hairannya kebanyakan dari mereka ramah-ramah belaka. Bukanlah ramah untuk menarik kami sebagai pelanggan, tetapi seperti menganggap kami ini sebaya anak atau adik-adik mereka. Paling akhir kami ketemu dua orang wanita yang salah seorangnya juga warga tua di sebuah kedai makan. Jika tidak disapa oleh Kak Ros, pasti kami tidak menyedari mereka juga melacurkan diri.

“Alah, kau panggil yo lah Acik ni Macik ko, Uwan ko, semuo boleh,” ujarnya ceria.

“Ko oghang neghoghi ko?” Dia bertanya saya.

“Err..ya,” jawab saya teragak-agak.

“Eh, oghang kito ghamai kek sini.” Ujar makcik warga tua tersebut dengan bernada sungguh.

Saya  tersenyum perit. Dunia ini bukan indah segalanya. Manusia ini bukan bahagia sepenuhnya. Maka pertemuan itu adalah penutup sementara kegelisahan kami sepanjang outreach malam tersebut. Lalu kami berjalan menapak pulang. Meninggalkan lorong-lorong yang semakin hidup meski malam merangkak gelap.

Itu hanya sebahagian atau secalit dari satu realiti kehidupan. Masih ramai lagi mereka yang mendamba cinta palsu yang menjijikkan atau terperangkap dengan kehidupan yang menggamit teramat rasa kehinaan. Akhirnya kami beredar dengan perasaan tidak keruan dan kasihan  penuh kebingungan. Jauh di sudut perasaan, hati saya tertanya-tanya tanpa jawapan.

Hidup mereka adakah pilihan, atau sekadar pasrah menanti ditentukan?

Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
“Jangan lupa bawa kamera, nanti boleh ambil gambar masuk dalam blog,” pesan saya pada rakan sebelum kami bertolak pergi ke pesta buku semalam. Seperti tahun-tahun lepas, memang teruja sangatlah hendak pergi KLIBF  untuk 2010 pula. Cuma pergi sekarang ada sedikit dengan jiwa wartawan. Nanti boleh buat laporan dalam blog kononnya.

Sampai sana, parking macam biasa kena pusing-pusing dahulu baru jumpa.  Bila masuk PWTC tu, Nampak susunan gerai-gerainya masih tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cumanya beberapa syarikat buku Melayu gergasi terletak di dewan seberang sungai. Rugilah  siapa yang malas berjalan menyeberangi sungai untuk ke dewan tersebut.  Sebabnya  gerai PTS dan al-Hidayah semuanya berada di sana.

Sayangnya saya datang bukan dengan niat untuk memborong. Buku di rumah sekarang pun sudah perlu ditambah almari. Jangan ikut nafsu sangat.  Jadi cukuplah ingin merasa kemeriahan pesta buku sambil membelek-belek dan melirik-lirik pada buku-buku baru. Jumlah pengunjung tak payah ceritalah. Sememangnya terlalu ramai berduyun-duyun. Sangatlah  berbeza ketika pesta buku zaman saya sekolah masa pergi ikut abang-abang saya dahulu.  Boleh berlari-lari lagi antara gerai.

Paling teruja apabila ketemu dengan Datuk Lat yang tengah diwawancara. Kali ini Datuk Lat melancarkan buku komiknya Kampung Boy dalam Bahasa Arab. Menarik kan? Komiknya itu sudah diterjemah dalam pebagai bahasa di luar negara. Kali ini dibuat versi Bahasa Arab yang dipromosi di gerai Institut Terjemahan Negara.

Dalam ramai-ramai tu, terserempak juga beberapa rakan yang dikenali. Salah seorangnya saudara Irfan yang kelihatannya begitu sibuk sangat di gerai PTS. Awalnya saya tidak ingin menegurnya kerana khuatir mengganggu kerjanya. Akhirnya ketika kunjungan kedua, saya terselisih juga dengannya dan mujurlah dia perasaan. Sekarang ni dia antara orang kuat PTS yang sangat gigih. Guna semangat Jepun kot. Go Irfan!

Dalam belek-belek harga buku, saya terperasan ada satu buku terbitan Indonesia harganya jauh beza. Kedai pertama 140 lebih sebelum diskaun. Kedai kedua di tingkat bawah harganya 200 lebih kurang sebelum diskaun. Jadi pesan saya kalau buku yang mahal-mahal, banding-bandingkanlah harganya dahulu. Kalau yang tiada diskaun, letak buku tu, pergilah gerai lain. Rugi beli di pesta buku tanpa diskaun dari harga yang tertera di kulit belakang. Jangan risau sebab banyak gerai yang jual buku sama sahaja.

Lawat-lawatlah juga gerai-gerai dari negara luar sebagai tanda sokongan kita pada mereka. Nampaknya gerai yang menjual kitab-kitab Arab pun semakin bertambah. Macam bangga pula belek-belek buku Arab yang sememangnya kurang pengunjung. Padahal bukan faham mana pun. Cuma suka lihat judul-judul terbaru kitab-kitab dari sana.

Dekat Asar pengunjung semakin ramai dan yang sedia ada sudah jelas kelihatan letih. Pantang ada kaki lima tepi dinding yang selesa berkarpet, sudah ramai yang duduk melepas lelah. Ada yang berehat sambil meriba anak-anak. Selamba menyusu anak pun ada. Dasyhat, dasyhat.

Sungguh bersemangat mereka ni yang datang berkeluarga. Faham-fahamalah bila ramai orang, awasi anak-anak kena dengan mata tajam. Lepa sikit, merabanlah cari kalau jenis budak tak duduk diam. Tu yang sekali sekala ada kedengaran tentang  pengumuman anak hilang.

Lepas Asar saya mula menyusup-nyusup di celah-celah pengunjung untuk bergerak pulang. Itupun setelah kepala mula berdenyut-denyut. Mungkin kekurangan air dan oksigen bila lama bersesak-sesak. Jadi sediakanlah air mineral kecil paling kurang dan pastikan perut sudah kenyang. Sebabnya semua harga makanan dalam tu boleh tahan juga naiknya dan tak banyak pilihan.

Siapa yang belum berkesempatan, eloklah ambil satu hari untuk pergi usha-usha buku di sana. Sebab apa? Sebab buku lakaran masa depan.

P/S : Jangan lupa pergi gerai Kopress yang menjual banyak buku-buku Telaga Biru.

Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman
Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini  seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah  sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan  strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar  setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu  diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas  pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang  mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula  membelai.

Usrah secara kolektif adalah dakwah khusus yang mengikat rasa  kebersamaan dalam sesuatu jemaah. Ikatan kukuh yang disulami perasaan  kasih sayang dalam menjaga kesamaan fikrah, hala dan tuju yang didokong.  Ia melibatkan kemesraan yang berhorizontal sesama ahli dan mementingkan  vertikal antara ahli dan mas’ul (ketua usrah).Dengan bilangannya yang  dalam kelompok-kelompok kecil, hati lebih mudah disentuh, fikrah lebih  jelas dialur dan jiwa lebih rapat dan telus.

Ia seharusnya adalah gabungan dan pertemuan ilmu, sebagai usaha  menghidupkan taman-taman syurga di dunia. Juga langkah untuk merebut  tempat yang dicemburui oleh para Nabi dan Syuhadak di akhirat. Mereka  yang berkasih sayang bukan kerana pertalian mahupun harta. Namun  hati-hati mereka tertaut hanya kerana Allah s.w.t dan RasulNya.

Apabila merenung wajah-wajah rakan seusrah, sesekali hati kita  mungkin berkata sendirian, “Bagaimanalah aku boleh mengenali dan bersama  dengan mereka ini? Bagaimana mereka boleh bersungguh-sungguh mengambil  berat padahal masalah aku itu mungkin remeh?” Inilah mungkin rasanya  manis dan indahnya persaudaraan. Sabda Nabi s.a.w:

“Ruh-ruh ini bagaikan barisan tentera dalam ketenteraan. Sekiranya  saling mengenali maka ia akan bertaut, sekiranya saling renggang maka  ia akan berselisih.” Bukhari Muslim dan Abu Daud

Senyuman mereka menggugurkan segala kelelahan. Kita dan antara mereka  langsung tiada kepentingan, namun boleh rasa senang. Bertemu tidak  jemu, berpisah tidak gelisah. Ada ketika, bersama dalam bersusah payah  memikirkan masalah orang lain. Berusaha memerah otak  dan mencair fikrah  di samping cuba bertindak dengan pelbagai variasi. Malah  idea-idea  digali dicari, dengan kerisauan jelas bertumpuk di hati.

Kesemua itu bukan kerana ingin menjana duniawi atau sekadar menagih  populariti. Hanya untuk cuba mengisi sesuatu yang sebelumnya kosong atas  nama kecintaan agama. Menyebarkan kebaikan buat individu yang lain untuk  menerima nikmat yang sama. Berfikir untuk membahagiakan manusia yang  bukan sahaja di dunia, malah yang penting nasib di akhirat sana.  Motivasi dan galakan ini sering jelas dari mereka tanpa mengharap upah  dan habuan dunia.

Tarbiyah dengan berusrah sebenarnya bagai mengubah semula kod DNA.  Sahabat berubah dari kafir juhalak kepada mukmin luar biasa adalah   dengan iman dan tarbiyah. Konsep penekanan Mu’az bin Jabal yang  dipopularkan oleh Abdullah bin Rawahah cuba diterapkan sebaik mungkin.

Inti  tarbiyah pastinya adalah perubahan. Dari biasa menjadi luar biasa. Dari  kekosongan dan keterbatasan menjadi kelimpahan. Orang yang tidak mahu berubah, kita  agak setuju dia sukar untuk berjaya dalam hidupnya. Jauh sekali  bergabung untuk membina kekuatan, yang pasti rencahnya memerlukan  kerendahan hati dan perasaan.

Itupun selagi mana ia menutup pintu hatinya untuk menerima  perubahan, menolak teguran dan masih menimang-nimang keegoan.

Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan.

Menariknya juga sirah (perjalanan) Baginda s.a.w menjadi salah satu rujukan hukum bagi umat Islam. Bermakna kisahnya akan sentiasa dipelihara dan diteliti oleh ulamak sehinggalah akhir zaman. Amatlah menyedihkan jika seorang yang bergelar Muslim tidak pernah mengetahui atau tak ambil port langsung akan kisah Nabinya yang mulia.

Keistimewaan sirah Baginda Rasul s.a.w ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai sudut kehidupan. Antaranya:

1.         Merupakan sirah seorang Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah (pembaharuan) yang paling sahih dan tepat. Ia sangat berpegang pada periwayatan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Ini berbeza dengan Rasul yang lain sebelumnya, yang mana kisahnya sudah banyak diselewengkan. Antara contoh kisah-kisah Rasul yang kurang tepat seperti kisah Nabi Musa a.s dalam Taurat, kisah Nabi Isa dalam Injil, atau kisah tokoh-tokoh bagi agama yang ramai pengikut seperti Buddha dan Confucious.

2. Kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas. Ia bermula sejak kehidupan keluarga bapa baginda sendiri iaitu Abdullah. Kemudiannya dikisahkan perkahwinan bapa Baginda  dengan ibu Baginda tercinta, Aminah. Kisah-kisahnya berterusan sehinggalah saat Allah Ta’ala menjemput kekasihNya ini kembali bertemu denganNya. Hari yang menjadi kesedihan yang teramat pada sahabt-sahabat yang sangat mencintai Baginda Rasul s.a.w.

3. Kisah perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun kemuliaan itu  tidak sampai mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Nabi tetap hidup seperti seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hidup beristeri, bersahabat dan mempunyai tanggungjawab pada masyarakat, keluarga dan juga dirinya sendiri. Meskipun begitu Nabi telah dijanjikan dengan jaminan ma’sum yang menjadikan Nabi terpelihara daripada sebarang dosa.

4.         Sirah Rasulullah s.a.w meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Nabi telah diangkat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan. Baginda menjadi contoh sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi, suami dan bapa yang penyayang, panglima perang yang bijak berstrategi dan malah baginda seorang motivator yang sentiasa menjadi inspirasi.

5.         Satu-satunya sirah yang menjadi dalil atas kebenaran risalah yang dibawa dan kenabian Baginda s.a.w sendiri. Ia menunjukkan betapa seorang yang sangat dimusuhi oleh kaumnya akhirnya menjadi seorang yang sangat dicintai oleh umatnya. Malah menjadi satu individu yang sangat berpengaruh dan dicemburui oleh musuh-musuh Islam sehingga kini. Berbeza dengan musuh-musuh tegarnya seperti Abu Jahal yang hidupnya terus di telan zaman dan hanya terkenal kerana sejarah penentangannya sahaja.

Banyak lagi yang boleh dikupas dari sudut keistimewaan Sirah Baginda s.a.w berbanding kisah-kisah yang lain. Malah sirah ini sentiasa dikaji oleh musuh-musuh Islam sendiri dan begitu dihadam oleh ramai orientalis atas nama mencari kelemahan.

Apa kata kita buat satu perubahan dari sudut rasa menunjukkan kecintaan kita yang hakiki pada Baginda s.a.w. Kecintaan pada Rasul mulia bukannya bermusim atau hanya bersempena.  Setiap detik kehidupannya sangat penting kita hayati dan diingati. Kecintaan hakiki perlu ditanam kemas dan subur sentiasa dalam hati. Barulah kita layak mengharap syafaat Nabi di akhirat nanti.

Hayatilah kisahnya dengan penuh keasyikan dan kecintaan. Begitu banyak ulama yang menulis kisahnya dengan penuh ketelitian yang masih berpegang pada kesahihan. Saya syorkan buku yang paling berkesan ketika ini ialah karangan Abdullah Mubarakfuri yang bertajuk Rahiq Makhtum. Buku ini sudah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Sirah perlulah diangkat menjadi satu ilmu yang wajib baca dan wajib tahu untuk lebih dihayati dan jelas difahami. Jika anda sangat mencintai Nabi, maka tidak perlu anda mencipta alasan untuk mengabaikan sirah. Menghayati sirah pastinya iman bercambah, sikap berubah, ego menyembah dan kecintaan pada agama kan meruah-ruah.

Sewangian kasturi kisah Muhamad, seharuman merbak kasihmu Umat.

Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
(Kami dapati akaun tintataghyir.com menggunakan hampir 80% cpu resource server kami, ini menyebabkan server load tinggi dan boleh menyebabkan server down. Maybe plugin/theme atauun pengunjung yang terlalu ramai memasuki laman web awak. Server kami tidak dapat lagi tampung web awak kerana penggunaan resource yang tinggi tersebut. Jadi kami cadangkan kurangkan plugin-plugin yang digunakan ataupun bertukar ke hosting lain yang lebih power dari server kami. Kami masih lagi monitor web awak dan jika masih menyebabkan load yang tinggi dalam masa 24jam selepas ini kami terpaksa suspend terus.)

Kenyataan di atas adalah sebahagian email yang dihantar oleh pihak  Sepaku kepada saya. Tidak mahulah ulas email tu panjang-panjang, cuma  saya ada satu persoalan. Adakah anda buat blog, perah idea, edit sana,  edit sini, blogwalking, komen blog orang, jawab komen dan apa sahaja  berkaitan blog anda tanpa ada rasa untuk tingkatkan trafik? Bagi saya gila  kalau takda atau anda masih mahu syok sendiri? Jadi kalau akaun anda  disuspended hanya kerana ramai pengunjung (padahal tak seramai mana  pun), wajarkah anda patut rasa kecewa atau hanya tersengih-sengih?

Seminggu dua ni, bolehlah kata minggu bengang, menyesal dan  boring .  Kesemua ramuan perasaan tu cukup untuk mengeringkan idea dan  menggulingkan semangat.  Bengang sebab layanan hosting yang menyakitkan  jiwa. Menyesal sebab bertangguh-tangguh untuk tukar hosting. Boring  sebab menunggu proses angkat rumah hosting baru, benar-benar selesai dan  stabil.

Akhirnya tintataghyir.com bertukar juga ke hosting lain. Itupun  setelah dicabar sendiri oleh pihak hosting lama (Sepaku). Boleh pula  cabar-cabar pelanggan. Pelik!  Begitu juga setelah fedup dengan jawapan  yang mereka berikan setiap kali hosting down. Sampai dashboard kosong  pun, dia  cuma selamba bagitahu tak sempat backup kesemuanya setelah  buat reformat.

Buat sesiapa yang teringin untuk berdot com, ambillah iktibar. Jangan  terlalu confident sangat pada hosting yang murah. Tak berbaloi-baloi.  Risiko masalah memang ada pada setiap syarikat hosting, tapi yang  menawarkan harga lebih murah, patut fikir lebih dua kali. Perlunya lebih  research dan tanya ramai blogger tegar untuk dapat pandangan berdasar  info dan pengalaman mereka.

Akhirnya saya memilih untuk berpindah ke hosting Fivio dengan  menerima tawaran diskaun dari promo qiilans87.com. Itupun pada  hari-hari terakhir. Terima kasih juga pada  Wazy84 yang telah terlebih awal bertukar hosting atas segala nasihat dan  gesaannya. Mengenai hosting baru, tipulah kalau saya kata performancenya  akan sangat terjamin. Baru beberapa hari sahaja saya menjadi warga  Fivio. Tetapi kalau hendak ceritalah dari segi feedback atau layanan  perkhidmatan, mereka memang mesra pelanggan di samping meyakinkan. Kalau  tidak percaya, cubalah telefon En Fadhlullah. Suara tidak tenggelam  timbul, penerangan jelas dan info pun padat. Terima kasih, syukran,  arigato, thanks plus..plus…plus..

Ini antara lebihnya jika berhosting dengan syarikat tempatan.  Semestinya ia lebih murah berbanding hosting luar, tetapi yang lebih  penting, feedback tempatan lebih cepat dan dekat. Ada masalah, boleh sms  atau hubungi terus. Kalau tidak, jenuhlah menulis email dan menunggu  pula berhari-hari untuk dibalas. Lebih elok lagi, ambillah syarikat  Melayu untuk support bangsa sendiri, meskipun itu bukan satu jaminan  yang terbaik.

Saya ingin ucapkan terima kasih pada sesiapa yang berkali-kali datang  jenguk blog ini meskipun tiada updated. Minta maaf juga pada mereka  yang kecewa apabila berkunjung, tiada sesuatu yang baharu. Juga  dipanjangkan lagi mohon kemaafan ini, pada mereka yang tidak boleh akses  (masalah hosting) blog TT sebelum ini.InsyaAllah saya akan cuba untuk  kembali konsisten dan lebih komited. Mencuba untuk lebih berkreatif dan  beradvokasi dalam memberikan sesuatu yang terbaik .

Apa yang penting, tintataghyir sudah berhosting baharu.