Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 – 10.45 malam
Tempat : Padang Umum Felda Pasak Kota Tinggi, Johor
Penganjur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dengan Kerjasama Agensi-Agensi Tempatan serta MAC
Tajuk : SEMANIS HARAPAN IMAN, SEGUGUS KASIH PRIHATIN
Tumpuan isu ialah permasalahan mengenai HIV/AIDS dari segi penularan dan stigma masyarakat terhadap pesakit. Perbincangan juga melibatkan isu sosial masa kini dan cara untuk mengatasinya mengikut Islam.
Harapan Iman itu dimaksudkan agar kita semua dapat memelihara Iman dan menjaga diri dari terlibat dengan keruntuhan sosial. Harapan ini juga agar masyarakat dapat menjauhkan maksiat yang juga menjadi punca tersebarnya HIV/AIDS.
Manakala kasih prihatin mengajak kita agar dapat memberikan keprihatinan kepada pesakit HIV/AIDS dan aktiviti sosial yang berkaitan dengannya biarpun dalam bentuk yang sedikit. Ia juga menunjukkan harapan agar masyarakat sentiasa prihatin terhadap gejala sosial yang berlaku dan berganding bahu menanganinya
Pameran juga akan diadakan dan sedia dikunjungi pada waktu siang di Dewan Felda Pasak.
Kepada semua warga Kota Tinggi, anda semua adalah dijemput hadir. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.
Popularity: 10% [?]
“Jangan lupa bawa kamera, nanti boleh ambil gambar masuk dalam blog,” pesan saya pada rakan sebelum kami bertolak pergi ke pesta buku semalam. Seperti tahun-tahun lepas, memang teruja sangatlah hendak pergi KLIBF untuk 2010 pula. Cuma pergi sekarang ada sedikit dengan jiwa wartawan. Nanti boleh buat laporan dalam blog kononnya.
Sampai sana, parking macam biasa kena pusing-pusing dahulu baru jumpa. Bila masuk PWTC tu, Nampak susunan gerai-gerainya masih tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cumanya beberapa syarikat buku Melayu gergasi terletak di dewan seberang sungai. Rugilah siapa yang malas berjalan menyeberangi sungai untuk ke dewan tersebut. Read more »
Popularity: 35% [?]
(Kami dapati akaun tintataghyir.com menggunakan hampir 80% cpu resource server kami, ini menyebabkan server load tinggi dan boleh menyebabkan server down. Maybe plugin/theme atauun pengunjung yang terlalu ramai memasuki laman web awak. Server kami tidak dapat lagi tampung web awak kerana penggunaan resource yang tinggi tersebut. Jadi kami cadangkan kurangkan plugin-plugin yang digunakan ataupun bertukar ke hosting lain yang lebih power dari server kami. Kami masih lagi monitor web awak dan jika masih menyebabkan load yang tinggi dalam masa 24jam selepas ini kami terpaksa suspend terus.)
Kenyataan di atas adalah sebahagian email yang dihantar oleh pihak Sepaku kepada saya. Tidak mahulah ulas email tu panjang-panjang, cuma saya ada satu persoalan. Adakah anda buat blog, perah idea, edit sana, edit sini, blogwalking, komen blog orang, jawab komen dan apa sahaja berkaitan blog anda tanpa ada rasa untuk tingkatkan trafik?
Read more »
Popularity: 86% [?]
13
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Ketika menjenguk sesawang yang lain, perhati-perhati juga jika blog ini dijadikan pautan. Nampaknya masih sukar untuk ketemu. Ia tidaklah mengecewakan cuma ingin juga menjejak sesiapa yang menyokong usaha ke arah perubahan ini. Jumlah kunjungan juga nampaknya semakin baik setelah membeku beberapa bulan.
Jadi di sini saya mengharap sesiapa yang membuat pautan blog ini di sudut halaman kesayangannya, bolehlah beritahu pada komen di bawah makluman ini. InsyaAllah bagi yang bersetuju, saya akan membalas pautan tersebut untuk blog anda di tepi halaman ini. Itupun bagi yang terawal sementelah masih ada ruang, dengan syarat ianya berinput positif.
Kini tengah mengemaskini pautan-pautan di tepi blog ini. Facebook itupun akan ditukar kerana kehilangan password dan email. Naurah juga antara projek yang terbengkalai. Lain-lain sisipan juga akan digugurkan yang kebanyakannya atas kehilangan password. Suasana kerja telah menenggelamkan seketika asyik masyuk saya dalam pemblogan ini.
Bagi sesiapa yang setia tidak menggugurkan link saya selama tidak diupdated, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Your support on this matter is highly appreciated.
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi hati kita suka.
Popularity: 20% [?]
6
Masihkah ada sinar?

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Baqarah : 195
“Hari ini kita akan pergi ke Sinar Salam untuk agihkan sumbangan raya. Anta kena ikut sekalilah.”
Baru sahaja saya berura-ura ingin mendapat kebenaran keluar untuk mengikuti kelas Sarjana di UKM, tetapi arahan pula yang dapat. Selaku pegawai baru, saya segan untuk meminta pengecualian yang akhirnya saya terpaksa akur dengan arahan tersebut. Selepas mesyuarat di Masjid Wilayah, kami terus ke Sinar Salam yang terletak di celah-celah lorong Chow Kit. Read more »
Popularity: 14% [?]
24
Salam Aidil Fitri 1430H
Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah serta mohon kemaafan zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya. Leraikanlah segala sengketa dan moga Aidil Fitri lebih bermakna dengan jutaan sinar kemaafan yang dihulurkan.

Popularity: 2% [?]
Wanita Berkalong Serban. Pakainya hanya beberapa babak tetapi dibuat judul. Mungkin mahu digambarkan serban itu simbol perjuangan wanita tersebut. Orang Palestin lilit serban kerana itu lambang budayanya, namun filem ini? Entahlah. Emak saya kadang-kadang pakai kain serban juga yang dibuat tudung kepala.
Biarpun cerita ini mungkin sudah basi bagi Malaysian yang menggemari youtube, namun masih segar bagi saya kerana baru sahaja berkesempatan menonton. Itupun setelah hangat diperkatakan oleh mereka yang melihat perlunya penjelasan terhadapnya. Kerana apa iya perlu diperjelaskan? Read more »
Popularity: 19% [?]
Bila pulang ke kampung masa cuti ini, tidak sempat sangat untuk menulis. Emak mana yang tidak bising kalau menghadap komputer sahaja? Merayap ke sesawang lain, saya sangat tersentuh dengan kisah di dalam entry sebuah blog milik rakan abang saya. Bacalah bagi yang masih dihidupkan, untuk peringatan di antara bait-bait wasiat yang tertulis.

Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Read more »
Popularity: 5% [?]
27
KBAZ

Salam, kepada semua yang ingin meneruskan semangat intifadha berkobar dalam diri dan ukhuwah Palestin terus mengalir di setiap urat nadi, datanglah ke “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” anjuran AMAN PALESTIN dengan kerjasama PEMBINA. Ini adalah lanjutan dari Rapat Umum Gaza di Stadium Melawati, Shah Alam yang lalu. Sebarkan dan ajaklah semua yang ingin bersama, berkongsi, merasai dan menyokong dalam apa jua cara, untuk hadir sebagai bukti kepedulian kita terhadap umat Islam Palestin.
Jom, jom, jom. Jom ramai ramaaaaaai.
Popularity: 4% [?]
25
Analisala Berita
Lanjutan Muk
addimah
Bada’tu Bi Bismillah tu, mesti sapa yang sinonim dengan ilmu Qiraat rasa macam pernah hafal. Itulah awal matan Hirz al-Amani, matan yang menerangkan bacaan Qiraat Imam 7. Satu permulaan ayat yang dianjurkan, biarpun awal matan ini dikritik oleh Abi Syamah kerana meletakkan Alhamdulillah yang ketiga, bukannya pertama seperti surah Fatihah.Namun disebut permulaan dengan nama Allah itu sendiri telah melihatkan al-Syatibi tidak melupakan Rabb yang memberikannya keluasan ilmu dan keupayaan.Kiranya kritikan ini bukanlah hendak mencari kesalahan dan kelemahan gurunya seperti yang kadang kala berlaku di kalangan pelajar minum susu awal lembu sekarang. Ia adalah perbahasan dan kritikan yang bertujuan untuk meluaskan ilmu. Read more »
Popularity: 14% [?]
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked











