Perubahan Perlukan Kerendahan » Luahan Kehidupan

Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Tiba-tiba dia beriya-iya sangat meminta lebihan air minuman saya. Bukan mengada-ngada, tetapi semata-mata yakin akan mendapat berkat mulia.

Berkat apa tu? Berkatnya atas sisa air saya sebagai pelajar tahfiz. Padahal hafalan ketika itu masih lagi boleh dikira. Saya tidak pasti sekarang beliau di mana, apakah kini berjaya cemerlang dek sisa tersebut atau hidupnya merana.

Baiklah, apabila sebut guru, bukan setakat teringat rotan atau Hari Guru. Tetapi sebut guru, pelajar dan ilmu pasti terkait rapat. Digelar pelajar kerana berguru dan digelar guru kerana ada pelajar yang haus ilmu. Siapa di dunia ini mahu berlagak pandai tanpa guru?

Nabi s.a.w sendiri diajar secara berguru dengan Jibrail a.s yang sangat-sangat membantu. Adab Baginda bersama guru banyak terakam ketika peristiwa Isra dan Mikraj selain menerima wahyu. Lantaran tunjuk ajar yang dicurahkan, Baginda sangat memuliakan Jibrail a.s selama ia menjadi pengantara antara Baginda Nabi s.a.w dengan Allah Ta’ala.

Adab atau cara berguru juga ada dipaparkan dalam bentuk kisah di dalam al-Quran. Seperti kisah pengalaman Nabi Musa a.s ketika bersama dengan seorang yang lebih berilmu dan tahu darinya. Biasalah tidak tahu, belajarlah dari orang yang tahu. Yang terasa jahil, menuntutlah dari orang yang ‘alim biarpun diri akan terasa kerdil.

Dalam tasawuf, guru jangan dibuat main-main. Dia diangkat pada satu tingkat yang begitu tinggi dan sangat dimuliakan. Malah tingkat seorang ahli tasawuf berdasarkan sejauh mana ketaatan dan keakrabannyan dengan guru mereka yang lebih di kenali sebagai Syeikh. Syeikh yang menjadi murabbi ini akan memantau segala gerak laku muridnya dengan penuh ketelitian,  berdasarkan takwa mereka yang tinggi.

Kata Syeikh Abdul Kadir al-Jilani, “Sesiapa yang tidak mempercayai kesempurnaan pada gurunya dia tidak akan berjaya sama sekali.”

Fuh, mesti bangga para guru mendengarnya. Justeru ramailah guru terutamanya para ustaz yang teringin sangat dimuliakan bagai seorang Syeikh. Mereka mahu dihormati, dipatuhi, ditaati dan dikasihi. Tidak cukup dengan itu ada yang tidak segan untuk dampak hebat dengan pakaian ala Syeikh. Segaknya, dengan berselendang kemas serban di bahu, selain berjubah dan berserban putih. Memang dampak hebat.

Mereka mahukan pelajar yang bukan sahaja cerdas tetapi sempurna total tahap ketaatannya. Taat yang tak boleh blah. Kalau boleh pelajar itu pijak jarum pun tak rasa sakit apabila di hadapannya. Jangan sedikit pun ada ruang untuk mempertikaikannya, baik secara pandangan atau luahan semata. Sayangnya kesemua itu bagi mereka nampak remeh atau budak-budak punya cerita. Apatah lagi jika tentangan, kritikan dan bantahan secara jelas. Melampau dan memang cari nahaslah budak tu. Bila hati panas, maka semakin tipislah limpahan keberkatan yang tuntas, biarpun pelajar itu belajarnya cerdas. Tak berkat weh!

Itulah antara kelebihan berkorban menjadi guru. Sememangnya jelas dan kita perlu setuju bahawa pelajar kena hormatkan guru. Tiada guru kita akan mati kutu. Jadi, apa masalahnya?

Tidak ada apa masalah, cuma masih ada kelirunya tentang persoalan berkat guru ni. Apa kata  kita cuba renung-renung dahulu persoalan-persoalan ini.

Meskipun pengorbanannya sangat mulia, tetapi semakbul mana sebenarnya doa guru mampu dikabulkan?

Apakah ciri-ciri guru yang mempunyai keberkatan dan kekuatan doa yang mustajab?

Adakah sememangnya guru tidak boleh sama sekali dipertikaikan?

Mana lebih penting, liabiliti perguruan atau ilmu dan qudwah(teladan) yang perlu ditunjukkan?

Bersambung kot….

SELAMAT HARI GURU…

Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Macam tidak percaya ada lagi yang terpaksa menjual diri dalam umur 60 an. Bukan di Thailand atau Indonesia , tapi di sini. Tidak tahulah silap di mana, sehingga mereka terpaksa memilih jalan hina tersebut. Kesempatan outreach saya baru-baru ini benar-benar telah menyentak minda dan perasaan.

Malam itu, bersama petugas pusat khidmat sosial berdekatan, kami mula berpecah dan bergerak  dalam kumpulan yang kecil. Ketika itu perasaan ingin tahu bercampur baur dengan rasa gelisah. Adakah kami akan diganggu atau dirayu? Atau adakah kami akan tergoda dengan kecantikan dan godaan mereka nanti? Kesemua kemungkinan itu menambahkan lagi rasa cuak, seriau dan berdebar yang masih tidak hilang.

Namun, kesemua itu tiba-tiba berubah menjadi rasa hairan bercampur kasihan. Bertukar gara-gara bertemu dengan  Mia (bukan nama sebenar), wanita sasar pertama yang ketemu di jalanan. Bukan di lorong gelap yang hanyir, bukan di pintu-pintu bilik maksiat yang suram. Tetapi  hanya di kaki lima kedai menjual kereta.

Mia bukanlah anak gadis solid molid yang boleh tergoda iman. Jauh sekali memakai seksi, berlurah, bertumit tinggi atau berbeg tangan. Mia cuma  seorang wanita yang telah menganjak usia lima puluhan. Setiap malam dia tidur di kaki lima tersebut dengan hanya berselimutkan kain yang tersangatlah lusuh dan hapak. Jelas hidupnya sama sekali tidak terurus dan selekeh terbiar sendirian.

Sangka saya dia hanya seorang fakir yang tiada saudara mara dan mengharap simpati. Namun rupa-rupanya dia juga seorang yang melacur diri. Hanya sedikit palitan gincu dibibir pudarnya sebagai tanda kesanggupan. Mengadu sudah tiga bulan tidak ada yang datang melanggan. Dari zahir sudah ketahuan kenapa tiada lelaki si hidung belang yang datang. Malah saya sendiri terpaksa menahan nafas dengan sehabis baik. Mencengkam kuatnya bau hapak di sekelilingnya.Tidak tergambar saya akan ada juga yang sanggup melangganinya dalam keadaan sedemikian tanpa rasa kasihan. Betapa kejilah sungguh pelanggan tersebut apabila nafsu sudah buta tidak berperasaan.

“Anak makcik dah besar-besar belaka, dan ada kerja tetap. Pelanggan tak tentu. Ada tu budak muda pun melanggan juga. Serba salah makcik dibuatnya.” cerita Mak Mia bersahaja sambil tersenyum pahit.

“Mak ai budak muda pun selera?” Getus saya dalam hati.

Di ICnya tertera binti yang bermakna Mak Mia seorang Muslim. Lantas hati saya bimbang apabila dia menyatakan,“Church ada juga datang selalu ke sini. Biasanya dia bagilah sedikit roti ke, apa ke…”

Merasakan ini pertama kali, maka tidak banyak yang saya  dapat sentuh mengenainya. Saya hanya mampu menasihatinya sepatah dua. Sentiasalah menghubungi dan mengikuti program Pusat Khidmat Sosial yang berdekatan. Selang berapa langkah ketemu lagi seorang wanita yang rasanya berumur empat puluhan. Setelah tahu kami dari Jabatan, dia seperti segan-segan untuk berbicara.

Kemudian kami mula melalui lorong-lorong gelap di belakang deretan kedai usang. Bau busuk longkang sudah mula menusuk kuat di hidung. Ikut hati mahu sahaja saya berpatah balik ke pusat. Di satu tempat, dari jauh kelihatan beberapa orang wanita sedang duduk-duduk berkumpul sambil berbual dengan agak kuat.

Dalam samar-samar kegelapan itu, kami mula menghampiri kumpulan tersebut. Tidak ada aksi digoda atau kami dirayu. Mungkin kerana mereka sedikit kaget dengan kedatangan dua tiga pemuda yang masih segak namun asing bagi mereka. Lazimnya hanya lelaki-lelaki tua atau warga asing yang terdesak sahaja melanggani mereka. Seorang dua mula masuk ke dalam bangunan mungkin kerana segan bercampur bimbang.

Kelihatan di dalam terdapat beberapa daun pintu bilik yang buruk usang dan berkopak. Seorang di antara mereka itu tetap tidak berganjak. Duduk bersahaja sambil menggoyang-goyang kaki di pangkin menunggunya. Apabila disapa, dia mula tersenyum. Lihat gayanya dia seorang  yang ramah dan mula sedikit selesa setelah disapa. Mungkin sudah berumur empat puluhan.  Dialah yang rasanya masih ada sedikit potongan badan berbanding yang lain.

“Mek ada anak tak?”

“Ada, dua orang, tapi tinggal dengan mertua. Laki dah tadok.”

“Mek, kita ada bagi barang sikit, ada sabun, berus gigi, tuala, semuanya letak kat pusat. Nanti ambillah ya,” celah rakan saya menambah ramah.

“Ha, mesti doh.”

“Anak-anak tahu ke ni?” Saya menambah.

”Dok tahu, tapi kalau mek  ada duit lebih sikit, mek bagila dia oghe.”

Selang kemudian, Mek terpaksa kami tinggalkan menjamah kesuraman hidupnya. Kami masih menyusur lorong hapak tersebut. Apabila lalu dengan beberapa tapak sahaja, terjumpa pula dua pelacur India. Mereka juga sudah kelihatan agak berumur.  Kami pula disapa dahulu setelah menyedari Kak Ros, petugas pusat sosial,  ada bersama kami. Melangkah lagi ke lorong depan, ada lagi sekumpulan wanita, seperti mereka yang lain. Kali ini ada yang berumur awal 60 an. Saya tidak mampu terkata apa-apa. Inilah realiti di satu sudut terpencil masyarakat kita.

Selepas itu berapa orang lagi kami ketemu dan hairannya kebanyakan dari mereka ramah-ramah belaka. Bukanlah ramah untuk menarik kami sebagai pelanggan, tetapi seperti menganggap kami ini sebaya anak atau adik-adik mereka. Paling akhir kami ketemu dua orang wanita yang salah seorangnya juga warga tua di sebuah kedai makan. Jika tidak disapa oleh Kak Ros, pasti kami tidak menyedari mereka juga melacurkan diri.

“Alah, kau panggil yo lah Acik ni Macik ko, Uwan ko, semuo boleh,” ujarnya ceria.

“Ko oghang neghoghi ko?” Dia bertanya saya.

“Err..ya,” jawab saya teragak-agak.

“Eh, oghang kito ghamai kek sini.” Ujar makcik warga tua tersebut dengan bernada sungguh.

Saya  tersenyum perit. Dunia ini bukan indah segalanya. Manusia ini bukan bahagia sepenuhnya. Maka pertemuan itu adalah penutup sementara kegelisahan kami sepanjang outreach malam tersebut. Lalu kami berjalan menapak pulang. Meninggalkan lorong-lorong yang semakin hidup meski malam merangkak gelap.

Itu hanya sebahagian atau secalit dari satu realiti kehidupan. Masih ramai lagi mereka yang mendamba cinta palsu yang menjijikkan atau terperangkap dengan kehidupan yang menggamit teramat rasa kehinaan. Akhirnya kami beredar dengan perasaan tidak keruan dan kasihan  penuh kebingungan. Jauh di sudut perasaan, hati saya tertanya-tanya tanpa jawapan.

Hidup mereka adakah pilihan, atau sekadar pasrah menanti ditentukan?

Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman
Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini  seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah  sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan  strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar  setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu  diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas  pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang  mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula  membelai.

Usrah secara kolektif adalah dakwah khusus yang mengikat rasa  kebersamaan dalam sesuatu jemaah. Ikatan kukuh yang disulami perasaan  kasih sayang dalam menjaga kesamaan fikrah, hala dan tuju yang didokong.  Ia melibatkan kemesraan yang berhorizontal sesama ahli dan mementingkan  vertikal antara ahli dan mas’ul (ketua usrah).Dengan bilangannya yang  dalam kelompok-kelompok kecil, hati lebih mudah disentuh, fikrah lebih  jelas dialur dan jiwa lebih rapat dan telus.

Ia seharusnya adalah gabungan dan pertemuan ilmu, sebagai usaha  menghidupkan taman-taman syurga di dunia. Juga langkah untuk merebut  tempat yang dicemburui oleh para Nabi dan Syuhadak di akhirat. Mereka  yang berkasih sayang bukan kerana pertalian mahupun harta. Namun  hati-hati mereka tertaut hanya kerana Allah s.w.t dan RasulNya.

Apabila merenung wajah-wajah rakan seusrah, sesekali hati kita  mungkin berkata sendirian, “Bagaimanalah aku boleh mengenali dan bersama  dengan mereka ini? Bagaimana mereka boleh bersungguh-sungguh mengambil  berat padahal masalah aku itu mungkin remeh?” Inilah mungkin rasanya  manis dan indahnya persaudaraan. Sabda Nabi s.a.w:

“Ruh-ruh ini bagaikan barisan tentera dalam ketenteraan. Sekiranya  saling mengenali maka ia akan bertaut, sekiranya saling renggang maka  ia akan berselisih.” Bukhari Muslim dan Abu Daud

Senyuman mereka menggugurkan segala kelelahan. Kita dan antara mereka  langsung tiada kepentingan, namun boleh rasa senang. Bertemu tidak  jemu, berpisah tidak gelisah. Ada ketika, bersama dalam bersusah payah  memikirkan masalah orang lain. Berusaha memerah otak  dan mencair fikrah  di samping cuba bertindak dengan pelbagai variasi. Malah  idea-idea  digali dicari, dengan kerisauan jelas bertumpuk di hati.

Kesemua itu bukan kerana ingin menjana duniawi atau sekadar menagih  populariti. Hanya untuk cuba mengisi sesuatu yang sebelumnya kosong atas  nama kecintaan agama. Menyebarkan kebaikan buat individu yang lain untuk  menerima nikmat yang sama. Berfikir untuk membahagiakan manusia yang  bukan sahaja di dunia, malah yang penting nasib di akhirat sana.  Motivasi dan galakan ini sering jelas dari mereka tanpa mengharap upah  dan habuan dunia.

Tarbiyah dengan berusrah sebenarnya bagai mengubah semula kod DNA.  Sahabat berubah dari kafir juhalak kepada mukmin luar biasa adalah   dengan iman dan tarbiyah. Konsep penekanan Mu’az bin Jabal yang  dipopularkan oleh Abdullah bin Rawahah cuba diterapkan sebaik mungkin.

Inti  tarbiyah pastinya adalah perubahan. Dari biasa menjadi luar biasa. Dari  kekosongan dan keterbatasan menjadi kelimpahan. Orang yang tidak mahu berubah, kita  agak setuju dia sukar untuk berjaya dalam hidupnya. Jauh sekali  bergabung untuk membina kekuatan, yang pasti rencahnya memerlukan  kerendahan hati dan perasaan.

Itupun selagi mana ia menutup pintu hatinya untuk menerima  perubahan, menolak teguran dan masih menimang-nimang keegoan.

Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan.

Menariknya juga sirah (perjalanan) Baginda s.a.w menjadi salah satu rujukan hukum bagi umat Islam. Bermakna kisahnya akan sentiasa dipelihara dan diteliti oleh ulamak sehinggalah akhir zaman. Amatlah menyedihkan jika seorang yang bergelar Muslim tidak pernah mengetahui atau tak ambil port langsung akan kisah Nabinya yang mulia.

Keistimewaan sirah Baginda Rasul s.a.w ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai sudut kehidupan. Antaranya:

1.         Merupakan sirah seorang Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah (pembaharuan) yang paling sahih dan tepat. Ia sangat berpegang pada periwayatan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Ini berbeza dengan Rasul yang lain sebelumnya, yang mana kisahnya sudah banyak diselewengkan. Antara contoh kisah-kisah Rasul yang kurang tepat seperti kisah Nabi Musa a.s dalam Taurat, kisah Nabi Isa dalam Injil, atau kisah tokoh-tokoh bagi agama yang ramai pengikut seperti Buddha dan Confucious.

2. Kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas. Ia bermula sejak kehidupan keluarga bapa baginda sendiri iaitu Abdullah. Kemudiannya dikisahkan perkahwinan bapa Baginda  dengan ibu Baginda tercinta, Aminah. Kisah-kisahnya berterusan sehinggalah saat Allah Ta’ala menjemput kekasihNya ini kembali bertemu denganNya. Hari yang menjadi kesedihan yang teramat pada sahabt-sahabat yang sangat mencintai Baginda Rasul s.a.w.

3. Kisah perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun kemuliaan itu  tidak sampai mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Nabi tetap hidup seperti seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hidup beristeri, bersahabat dan mempunyai tanggungjawab pada masyarakat, keluarga dan juga dirinya sendiri. Meskipun begitu Nabi telah dijanjikan dengan jaminan ma’sum yang menjadikan Nabi terpelihara daripada sebarang dosa.

4.         Sirah Rasulullah s.a.w meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Nabi telah diangkat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan. Baginda menjadi contoh sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi, suami dan bapa yang penyayang, panglima perang yang bijak berstrategi dan malah baginda seorang motivator yang sentiasa menjadi inspirasi.

5.         Satu-satunya sirah yang menjadi dalil atas kebenaran risalah yang dibawa dan kenabian Baginda s.a.w sendiri. Ia menunjukkan betapa seorang yang sangat dimusuhi oleh kaumnya akhirnya menjadi seorang yang sangat dicintai oleh umatnya. Malah menjadi satu individu yang sangat berpengaruh dan dicemburui oleh musuh-musuh Islam sehingga kini. Berbeza dengan musuh-musuh tegarnya seperti Abu Jahal yang hidupnya terus di telan zaman dan hanya terkenal kerana sejarah penentangannya sahaja.

Banyak lagi yang boleh dikupas dari sudut keistimewaan Sirah Baginda s.a.w berbanding kisah-kisah yang lain. Malah sirah ini sentiasa dikaji oleh musuh-musuh Islam sendiri dan begitu dihadam oleh ramai orientalis atas nama mencari kelemahan.

Apa kata kita buat satu perubahan dari sudut rasa menunjukkan kecintaan kita yang hakiki pada Baginda s.a.w. Kecintaan pada Rasul mulia bukannya bermusim atau hanya bersempena.  Setiap detik kehidupannya sangat penting kita hayati dan diingati. Kecintaan hakiki perlu ditanam kemas dan subur sentiasa dalam hati. Barulah kita layak mengharap syafaat Nabi di akhirat nanti.

Hayatilah kisahnya dengan penuh keasyikan dan kecintaan. Begitu banyak ulama yang menulis kisahnya dengan penuh ketelitian yang masih berpegang pada kesahihan. Saya syorkan buku yang paling berkesan ketika ini ialah karangan Abdullah Mubarakfuri yang bertajuk Rahiq Makhtum. Buku ini sudah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Sirah perlulah diangkat menjadi satu ilmu yang wajib baca dan wajib tahu untuk lebih dihayati dan jelas difahami. Jika anda sangat mencintai Nabi, maka tidak perlu anda mencipta alasan untuk mengabaikan sirah. Menghayati sirah pastinya iman bercambah, sikap berubah, ego menyembah dan kecintaan pada agama kan meruah-ruah.

Sewangian kasturi kisah Muhamad, seharuman merbak kasihmu Umat.

Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
Kelmarin saya terpaksa menanggalkan pelekat poster Save Gaza dari bumper hadapan Myvi saya. Sudah hampir setahun ia kekal tertampal, sejak perhimpunan Save Gaza di Shah Alam pada bulan tiga tahun lepas. Perhimpunan yang berjaya mengumpulkan lima ribu orang di dalam stadium Melawati atas isu yang serius dan sangat bersemangat.

Sebolehnya ingin sahaja ia dibiarkan tertampal di Myvi.  Rasanya di Parcel D, Putrajaya, itulah satu-satunya kereta yang keluar masuk berpelekat Save Gaza. Pelekat tersebut telah menarik banyak mata-mata untuk bertumpu seketika kepada kereta saya. Namun sticker yang sudah semakin pudar di makan cuaca itu jelas  kelihatan tidak lagi menarik dan relevan untuk dikekalkan.

Pada awal–awal dahulu, ada yang menyokong, menegur dan bertanya di mana  boleh dapatkannya. Namun lama-kelamaan ada juga yang menyindir dan sedikit sinis. Seolah-olah saya memfokus pada isu yang terlalu jauh, hanya gimik dan  tiada kemampuan. Padahal isu di Malaysia berlambak lagi yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Iya ke?

Ada ketikanya, pelekat SG itu juga memberi nilai tambah di mata penguatkuasa.  Pernahlah terlepas saman laju hanya selepas pegawai polis itu menyedari adanya poster SG tertampal di hadapan. Sebab itu setiap kali road block, pelekat tersebut mampu menurunkan rasa syak wasangka mereka pada saya. Tidak perlu menyediakan cd mengaji, standby kopiah di tepi seperti yang disarankan oleh seorang kawan bagi tujuan menambah kepercayaan apabila ditahan pihak berkuasa. Bagus juga.

Sudah  setahun berlalu peristiwa Gaza dibedil secara besar-besaran  yang berlaku pada awal tahun lepas. Peristiwa yang telah menggemparkan seluruh umat Islam seketika. Ya, hanya seketika. Malah begitu banyak kutipan secara besar-besaran yang menyeluruh dijalankan . Atas dasar sikap prihatin dan pemurah yang ada pada sebahagian rakyat Malaysia,  ianya berjaya dilaksanakan dengan jumlah kutipan yang boleh dibanggakan.

Tidak kurang yang mengutuk dasar dan sikap kejam Israel tanpa mengira kedudukan dan latar belakang termasuk ahli politik dan artis-artis. Kempen kesedaran termasuk boikot juga rancak dan lantang disuarakan di mana-mana flat form yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai  risalah-risalah yang berkaitan dengan isu Palestin. Umat Islam di serata dunia dan di Malaysia khususnya seolah-olah bersatu seketika atas dasar cintakan Palestin, Masjid Aqsa dan kasih pada saudara Muslim yang tertindas. Semangat! Semangat!

Itulah antara hikmah yang terpaksa ditelan pahit oleh rejim Israel atas tindakan bodoh yang keterlaluan dan sikap biadap mereka tersebut. Malah Gaza masih bertahan hingga kini dan sokongan serta kepercayaan terhadap Hamas makin meningkat dan bukannya merosot. Rupa-rupanya strategi menindas secara terang-terangan tidak memberikan kredit tambahan pada mereka berbanding jika umat Islam dilalaikan. Hanya untuk test power bolehlah.

Namun sayang, awal tahun ini suasana itu tidak muncul lagi. Masing-masing membisu dan mungkin isu ini dianggap basi atau terlebih sudu. Tak tahulah mana silapnya, semangat itu semakin pudar dan lesu. Seolah-olah dunia sebelah sana tiada apa yang berlaku. Cerita Datin Rosmah berjaya pujuk Suzane Mubarak jugalah yang laku.

Adakah kita tertunggu-tunggu satu lagi operasi Yahudi terhadap rakyat Palestin secara terang-terangan?

Perlukah rejim Israel menyembelih saudara kita di sana secara beramai-ramai?

Perlukah sekali lagi Israel peragakan kekuatan militernya dengan angkuh di jalanan Gaza?

Rasanya mungkinlah kot.

Apa kata kita ambil peduli sekejap, dengan klik di sini

Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
“Rumah ini bukan sahaja dipulaukan, malah pernah diugut, dibaling batu, sos dan cat.”

“Mereka ini perlukan kelas kemahiran dan agama, tetapi sayang tidak ramai yang sanggup datang. Tidak ramai yang berani melangkaui pagar yang di hadapan sana. Malah jika ada yang datang, membocorkan pula rahsia peribadi penghuni di luar”

“Masalah juga timbul apabila ingin menguruskan kematian suami mereka. Pernah upah yang diminta mencecah hampir dua ribu. Stigma masyarakat terlalu kuat sehingga ada yang mencurah klorok di sekeliling kubur suami mereka.”

“Mereka ini bila membuat barang jualan, tiada siapa yang ingin membeli, jika menjahit tiada siapa yang ingin menempah. Padahal mereka mampu dan ingin sekali menyara makan minum anak-anak dengan hasil sendiri.”

Itulah antara keluhan dan cabaran yang dihadapi oleh Pengurus rumah perlindungan bagi ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang hidup bersama HIV/AIDS. Atas lawatan kerja, saya berpeluang menziarahi rumah tersebut yang terletak di sebuah negeri yang tidak perlulah disebut. Takut nanti isu ini terus dipandang dari sudut politik pula oleh golongan tertentu.

Kegigihan Dr Zaharin yang mengusahakan rumah tersebut dengan sokongan ibunya amatlah dikagumi. Terasa betapa masih kurangnya pengorbanan kita untuk membantu saudara kita yang lain tanpa mengharapkan ganjaran. Beliau sanggup berhenti kerja sebagai doktor perubatan demi memastikan komuniti ibu-ibu tunggal yang hidup bersama HIV/AIDS di tempatnya terbela. Namun hasrat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Betapa ianya sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat, malah diri sendiri yang dicemuh. Hanya atas kerelaan untuk berbakti kepada mereka yang hidupnya sangat dipinggirkan.

Mereka ini rata-ratanya adalah isteri yang setia dan taat, namun kesetian dan kecintaan mereka itu dianugerahkan oleh suami mereka dengan satu gelaran yang terpaksa mereka bawa sehingga mati. Atas kecurangan dan kesilapan hidup yang dipilih oleh suami, mereka pula yang terpaksa berkongsi beban menanggung penyakit HIV. Malah saya seperti seakan tidak percaya disebalik keletah anak-anak comel mereka, ada keperitan yang tersimpan dan mungkin akan ada dendam yang perlu dileraikan.

Ketika sesi tazkirah, saya hanya mampu melirikkan kesabaran dan menitipkan harapan. Mengharap mereka redho dengan ketentuan, tabah dalam kesengsaraan meskipun saya sendiri dalam ketidakpastian.  Adakah diri mampu memikul beban yang peritnya sedemikian sehingga harga diri seolah tiada ruang dalam kehidupan.

Melihat gaya kami yang datang tanpa unsur stigma, hati mereka tersentuh. Seorang ibu tunggal yang paling muda di situ sangat terharu ketika menceritakan kehidupannya yang perit berstatus HIV positif. Malah anaknya yang kelihatan seperti kanak-kanak lembam yang aktif juga menerima nasib yang sama. Ada manik-manik jernih yang gugur diakhir bicaranya. Nasib baik sesi luahan yang merungkai diari kehidupan mereka tidak sempat diungkap oleh setiap penghuni di situ atas kesuntukan waktu. Jika tidak pasti kami sendiri yang akan menjadi sebak lantaran ada nada kepiluan pada setiap butir bicara mereka.

Mereka kelihatan kekampungan, lurus dan naif. Anggukan mereka dari setiap bicara saya membuatkan saya makin rasa bersalah dan kerdil. Saya hanya mampu berbicara manis dan indah, namun kepedihan tetap mereka tanggung sendirian. Biarpun rasa kasihan melihat wanita-wanita naif itu meneruskan sisa kehidupan, namun mereka sebenarnya adalah manusia hebat. Allah Ta’ala tidak akan menguji hambanya melainkan dengan melihat kekuatan yang dimiliki oleh hambaNya. Semakin besar ujian yang ditanggung, bermakna semakin besar keupayaan hamba itu miliki. Semakin tabah jiwa mereka, semakin besarlah ganjaran yang akan mereka terima.

Merenung mereka dari dalam, terpempan sebenarnya dengan ketabahan yang terpancar dari riak wajah  mereka. Mungkin keutuhan iman dan penggantungan mereka pada Allah lebih kukuh dan hebat. Kesakitan dan penghinaan itu telah menjadi nadi kematangan, merencah kekuatan yang tiada siapa boleh menilainya melainkan mereka sendiri.

Cuma harapan dan ruang penerimaan yang mereka dambakan dari masyarakat agar mereka mampu menyara dan membesarkan anak-anak. Wajarkah mereka dilemparkan segala kehinaan dan dianggap simbol kecelakaan yang mereka sendiri tidak pinta? Berilah mereka peluang untuk hidup bebas biarpun di sudut dunia mereka yang kecil.  Tingkatlah kefahaman kita mengenai penyakit HIV/AIDS, agar kita tidak bertindak bodoh dan berstigma yang keterlaluan. Apa yang pasti, bukan mudah penyakit ini berjangkit melainkan hanya melalui hubungan seks dan darah.

Di sebalik ketidakmatangan kita bertindak, kewajaran  yang kita rasa, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan, berdasarkan kenyataan yang didedahkan oleh Dr Zaharin dan ibunya.

“Kami juga sangat mementingkan pendidikan dan program bagi anak-anak yang hidup dengan HIV ini. Ini kerana ada kes yang membimbangkan di mana ada di kalangan mereka ini sangat berdendam dengan masyarakat. Akibat kehinaan dan diskriminasi yang diterima oleh keluarga mereka, ada di kalangan mereka yang berikrar dan berusaha untuk menularkan penyakit ini. Antaranya melalui aktiviti seks rambang di kalangan rakan-rakan remaja mereka. Malah ada remaja lelaki muda yang  terjebak kerana paksaan hubungan seks sonsang yang dilakukan oleh abang senior yang positif HIV terhadapnya ketika tinggal di asrama.”

Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
Orang kita memang terlalu rigid dengan cara berpakaian. Ia sememangnya ada kebaikan namun dari satu sudut kelihatan sedikit menyukarkan. Terutama apabila dilihat dari segi pelaksanaan, ruang dakwah dan proses tarbiyah. Contoh mudah pakaian ketika ingin bersolat di masjid. Orang kita selalunya wajib berpakaian Melayu, berkain dan berkopiah lengkap untuk bersolat terutama Maghrib dan Isyak.

Dalam hal ini berlainan pula di Mesir. Lazimnya tiada pakaian khusus yang dikenakan untuk ke masjid. Malah pemuda yang memakai tshirt tetapi melazimi solat berjemaah ini lebih diawasi oleh pihak perisik kerajaan berbanding mereka yang berjubah. Ini kerana ada yang hairan dan curiga dari mana kesedaran pemuda biasa tersebut telah datang.

Jadi jangan kita terlalu memandang dengan kurang senang terhadap pemuda yang tidak berapa menjaga etika pakaian orang kita di masjid. Kesedaran solat dan ingin berjemaah itu lebih penting. Kemungkinan dia di dalam perjalanan atau urusan. Ataupun beliau masih kurang peka dan baru sahaja hadir kesedaran dalam melazimi solat berjemaah. Akan tetapi kalau sudah tahu, janganlah sengaja buat-buat sengal pakai baju bergambar Metalica di belakang.

Bercerita tentang etika berpakaian, saya sendiri sering menghadapi masalah ini di tempat kerja. Cara berpakaian dapat menentukan kedudukan seseorang samaada ia seorang pegawai atau kakitangan sokongan. Oleh kerana itu sekali sekala saya ditegur juga kerana tidak mengenakan tali leher ketika waktu di pejabat.

Bukannya tidak mahu tetapi masalah berat badan yang meningkat membuatkan sukar untuk mengancing butang baju di leher. (Bilalah nak mula makan JM5) Namun ketika bermesyuarat apatah lagi jika sebagai pegawai mewakili Jabatan, maka saya terpaksa bertali leher meskipun rimas dan terasa seperti tercekik.

Seorang rakan pernah menukar cara pakaiannya secara drastik apabila ia mengajar. Kebiasaannya beliau berpakaian sedikit ala hip hop tetapi tidaklah sampai bertopi senget.  Namun ketika mengajar tutor, beliau mengenakan jubah, berkopiah dan berselendang serban di bahu. Mungkin dia ada alasan dan pandangan tersendiri mengenai cara berpakaian.

Teringat juga tiba-tiba ramai pula sibuk mengulas Forum Perdana pada Disember lepas. Kebanyakannya kerana gara-gara seorang ahli panelnya tidak menutup aurat dengan kemas dan pengacaranya pula tidak bersongkok. Maka kisah tudung tersebut, telah dijadikan modal hilang mengantuk ketika memberi tazkirah atau kuliah.

Sememangnya rasa peka itu sangat dipuji, namun masih perlu lagi kita cuba belajar sedikit meneliti. Ahli panel itu dijemput kerana beliau memegang jawatan penting dalam Majlis Aids Malaysia (MAC) dan sesuailah dengan minggu tersebut yang merupakan minggu AIDS sedunia.

Maka layaklah juga diberikan peluang untuk menceritakan usaha yang telah dilakukan dalam menangani masalah AIDS ini. Bukannya ingin bertanya hukum agama, apatah lagi meminta fatwa darinya. Ia juga adalah satu dakwah kepadanya di samping mengajak golongan yang terpinggir bagi mengikuti program yang berbentuk keagamaan.

Sebab itu JAKIM ketika itu cuba menukar format forum yang sudah taboo dengan baju Melayu bersongkok kepada pakaian yang ringkas. Malah kerusi VIP sendiri hanya kerusi merah dan bukannya sofa besar seperti kebiasaan. Bahkan pada minggu tersebut, khutbah Jumaat untuk empat masjid besar juga berkisar mengenai isu yang sama mengenai HIV/AIDS. Mungkin ada yang tidak perasan kerana terlena keletihan.

Cerita perihal HIV/AIDS, kita tidak boleh nafi ramai para ‘alimin yang masih tidak cuba mendekati golongan terpinggir ini. Malah ada yang tidak tahu, dahulunya terdapat pesakit di kalangan Muslim ini  dibela oleh pihak gereja.

Namun sayang, malam penayangan itu, isi dan harapan forum yang ingin disampaikan mungkin tidak begitu sampai.  Adakah atas kesilapan etika pemakaian semata-mata atau kesilapan dari sudut fokus penonton itu sendiri?

Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.

Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”

Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja  menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.

Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Bodohnya kerana mereka tidak mengaku jahil dan berpura-pura pula tahu. Bodohnya juga kerana mereka tidak menyedari hakikat suatu persoalan.

Soalan lebih luas mediumnya berbanding dengan jawapan dan sesiapa boleh melontarkannya. Apa yang kita rasa, lihat, atau dengar, semuanya boleh melahirkan berjuta persoalan dan pertanyaan.  Namun orang yang bertanya belum tentu mempunyai jawapan. Dia hanya mampu bertanya dan belum tentu menemukan jawapannya. Maknanya setiap persoalan adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak diketahui atau tidak jelas. Manakala jawapan hanya berkaitan dengan sesuatu yang diketahui.

Pengetahuan manusia sangatlah terbatas dan terhad berbanding ruang ilmu yang luas. Kita akui bahawa apa yang tidak diketahui lebih banyak daripada apa yang kita ketahui. Kerana itu kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin sehingga hayat masih ada. Apatah lagi jalur keluasan pencarian ilmu sekarang makin luas sehingga diistilahkan maklumat hanya di hujung jari.

Meskipun begitu perlu diingat, tidaklah kesemua maklumat itu bernama ilmu.  Langkah terbaik, penyebaran maklumat ini perlu disaring dan dikaji sebaik mungkin. Barulah jelas sejauh mana kebenarannya dan  di tahap mana kesahihannya. Bahkan walau sehebat mana teknologi, walau sebijak mana otak yang dimiliki, hakikatnya ilmu Allah tetap luas dan tidak mampu dicakupi.

Fitrah keterbatasan dan kelemahan inilah yang seringkali menjadikan perkiraan seseorang meleset dan hasilnya di luar jangka. Sehingggakan ada kalanya sesuatu yang meragukan dianggap ilmu, kebatilan dianggap kebenaran dan begitulah sebaliknya. Ini kerana persoalan sangat luas dan tidak dibatasi kelemahan. Ia tidak terbatas dengan ruang lingkup kehidupan yang kecil berbanding dengan jawapan.

Justeru cuba kita renung sebuah hadis yang menyatakan:

Dari Ibnu Umar, ada seorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tempat apakah yang paling buruk?”.

Nabi   menjawab, “Aku tidak tahu sehingga aku akan bertanya kepada Jibrail.”

Setelah ditanyakan kepada Jibrail, Jibrail mengatakan, “Aku juga tidak tahu. Kutanyakan dulu kepada Mikail.”

Pada akhirnya, Jibril datang dan mengatakan, “Tempat yang paling baik adalah masjid, sedangkan tempat yang paling buruk adalah pasar.”

(HR Ibnu Hibban no 1599 .Hasan)

Inilah prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w sendiri yang menunjukkan  kerendahan hatinya dan amanahnya pada ilmu. Jadi nampak bodoh sangatkah bila mengaku tak tahu?

Sekali lagi rendahkanlah hatimu kerana perubahan perlukan kerendahan.

Boleh juga baca artikel berkaitan:

1 Berlagak Tahu Yang Jahil

2 Aku Tidak Tahu

Isu Larangan Kalimah Allah: Katakanlah Allah itu Esa
Sebelum keputusan, sudah seperti ada sedikit sangkaan bahawa ‘permainan’ ini berakhir dengan kemenangan di pihak Herald. Secara umumnya ramai tersentak, tidak bersetuju dan begitu kecewa dengan keputusan tersebut. Namun ada yang was-was dan mula berfikir luar kotak kononnya, setelah melihat pihak-pihak yang mereka dokong seolah-olah tidak terlalu keras dan berlembut dengan keputusan ini. Lalu alasan dakwah diketengahkan sekalipun hakikatnya terpaksa menelan pahit melihat senario akidah generasi kini yang masih longgar.

Sebetulnya saya tidak mahu mengulas isu ini lantaran kekurangan fakta dan fatwa untuk dinyatakan. Walaupun begitu jauh di sudut hati saya masih tidak dapat menerima kebenaran ini secara praktikal. Puas direnung dan ditenung, namun kerisauan itu tetap hadir biarpun sememangnya tidak sanggup menerima kenyataan kita tertewas. Apatah lagi terasa kecewa apabila  isu ini seolah dipandang dari segi kepentingan pengundi bangsa lain politik dan bukannya lebih pada agama.

Biarlah orang kata ianya drama, retorik, dirancang atau puak bersongkok ingin menjadi hero, namun kesannya tetap perlu difikirkan. Statistik mereka yang murtad amatlah membimbangkan. Remaja Islam bangga meraikan Hari Krismas sungguh merisaukan. Ramai yang tidak tahu membaca al-Quran dan ramai yang tidak dirikan tiang agama amatlah menyedihkan. Alih-alih kita mahu menyedapkan hati dengan mengatakan, “Baguslah untuk dakwah.” “Nanti ramailah orang Kristian terpesong akidah.” Atau adakah sebenarnya sengaja mencari kelainan pandangan atas sebab-sebab tertentu?

Saya tidak menolak pandangan yang menyatakan ianya dibolehkan dari sudut ilmiah. Namun apabila ingin disesuaikan dengan qadiah(keadaan) Malaysia, rasanya tidak patut dan tidak wajar serta perlu penilaian yang sedalam-dalamnya. Kita seolah-olah menambah minyak tanah pada pelita musuh untuk bersinar atau boleh juga membakar, padahal pelita kita masih lagi malap-malap sinarnya.

Kita kata bahawa kita membenarkan tetapi dalam penggunaan yang terkawal. Namun kita lupa istilah beri betis mahu peha. Lupa keredhaan mereka ditahap mana dan millah mereka sudah banyak meresap dalam generasi kita.  Konon bimbang,  bila tengok anak muda kemaruk raikan Krismas siap dengan berwish-wish lagi. Nanti takut akan ada anak Islam bertanya ibunya, “Santa Claus tidak turunkah malam ini?”. Namun bila keluar isu ini, terus mengata dengan confident, “Ohh, kenapa perlu takut? Islam itulah yang hak”

Sebenarnya dalam kita melayan puak yang belum tentu motifnya ini, kita terlupa dalam Islam adanya penekanan terhadap Tamayuz (perbezaan antara Islam dan agama lain). Tamayuz ini sangatlah dititikberatkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat.

Puasa Asyura mengapa kita digalakkan berpuasa pada 9 atau 11 Muharam, bukannya 10 Muharam? Tidak lain adalah untuk kelihatan berbeza dengan amalan Yahudi.

Begitu juga soal kiblat, mengapa Rasulullah s.a.w lebih suka untuk menghadap kaabah sehingga sangat memohon kepada Allah s.w.t agar dikabulkan? Hanya Nabi s.a.w tidak suka ianya sama dengan Yahudi dan sememangnya mereka pula sangat kecewa apabila kiblat sudah beralih ke Kaabah.

Zaman Saidina Umar r.a.,mengapa ahli zimmah tidak boleh menyimpan janggut dan perlu pakai tali jerut pinggang? Manakala orang Islam kenapa berbeza dengan memakai jubah lepas seperti kita pakai sekarang?

Jadi selagi mana kita boleh meningkatkan Tamayuz, selagi itu patut dilakukan, apatah lagi ia berkenaan kalimah agung Allah dan sekaligus melibatkan akidah, terutamanya masyarakat umum. Masyarakat kita yang mana masih ramai  solatnya macam chips more, poster Metalica depan pintu dan telinga bersumbat lagu hantu. Baca Al-Quran pula langsung tidak tahu, malah tanya nama sahabat masih lagi termanggu-manggu.

“Ish, Abu Jahal pun sebut Allah, Nabi tidak larang pun? Siap bersumpah Wallahi lagi”

Berhujah dengan melihat akuan Musyrikin zaman Nabi tidaklah sesuai untuk ‘rakan’ Kristian di negara kita. Orang Musyrikin sebelum Nabi s.a.w  dibangkitkan lagi, mereka sudah mengguna istilah tersebut. Puak Herald dan sekutunya, dahulu tidak pakai istilah ini, kemudian tiba-tiba memohon untuk memakainya. Apa cerita?

A Pong, cina yang betul atap rumah kampung saya dan India tua yang datang bersih halaman pun pernah sebut Tuhan Allah. Namun saya percaya Allah yang mereka sebut adalah Allah yang kita fahami iaitu Allah yang Esa, bukannya tuhan-tuhan  tokpekong mereka. Sebab itu tidak timbul isu mereka ingin guna nama Allah untuk ganti Seri Rama dan sebagainya. Maka mereka ini mungkin sesuai jika ingin dikaitkan dengan musyrikin zaman Nabi yang menyembah berhala. Bila sebut Allah mereka tahu, bahawa Allah itu Esa, bukannya Latta dan Uzza. Cuma mereka tergamak menyekutukanNya dan tidak pula mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi.

Jika masih tidak bersetuju, cuba kita lihat pula dari sudut pendidikan dan tarbiyah Islam. Zaman Nabi s.a.w, iman para sahabat terlalu kukuh dan mendalam. Kenapa Bilal apabila diseksa dengan dihempap batu  besar hanya kalimah Ahad yang dilontarkan, bukan kalimah Allah? (Jangan pula masa kena burger (cara bergurau turun temurun sekolah saya dengan menghimpit rakan ramai-ramai) kita sebut Ahad..Ahad..Ahad.) Bilal pilih kalimah Ahad untuk tekankan betapa beza akidahnya dengan Musyrikin yang menyeksanya. Generasi sekarang yang dok pakai topi Krismas itu bolehkah memahami  sebegitu?

Banyak perkara zaman Nabi berubah ketika zaman Khalifah berdasarkan kefahaman Maqasid Syarak. Zaman Nabi orang yang diminum arak disebat 40 kali, tetapi zaman Umar r.a diupkan sampai 80 kali untuk hifz (menjaga) akal.

Zaman Nabi apabila terjumpa unta hilang yang tidak dikenali tuannya, dibiarkan sahaja. Akan tetapi zaman Uthman r.a., kena ambil dan bela sehinggalah tuannya datang menuntut dan hukum ini atas dasar hifz mal(harta).

Cerai talak tiga zaman Nabi jatuh hanya satu, tetapi zaman Umar r.a tetap jatuh tiga agar umat serius soal nikah kahwin cerai, bukannya sebagai bahan senda gurau.

Oleh itu, dalam isu Kalimah Allah ini, dari sudut hifz din(agama) zaman kita ini macam mana pula? Samakah ia dengan zaman Nabi s.a.w dan Khulafak? Tarbiyahnya pula adakah kukuh seperti di rumah pemuda al-Arqam, contoh generasi remaja yang berani menanggung risiko demi agama? Dakwahnya adakah sudah sehebat Musab yang hampir kesemua rumah di Yathrib diketuknya? Imannya adakah sedasyhat Hanzalah yang sampai merasakan adakala dirinya Munafik?

Ah Seng sebelah rumah kita pun masih tidak Islam walaupun sudah berpuluh tahun hidup berjiran. Anak-anak kenal usrah sedikit sudah bimbang, takut pelajaran terganggu atau nanti jadi al-Qaeda pula. Akan tetapi bila mereka berperang Counter Strike sampai terlepas Subuh, kita buat tidak tahu sahaja. Keluar raikan tahun baru pun tidak kisah atas kerana istilah anak muda perlu enjoy.

Anak muda kita bila datang budaya Black Metal, ramai yang terpengaruh sampai bakar al-Quran dan mandi darah kambing. Begitu juga pengaruh Skin Head tidak kurang hebatnya sampai sanggup tikam menikam. Kalau mahu dinisbahkan yang mengaji agama sendiri pun ramai yang malu dan malas untuk serius berdakwah. Namun cukup bangga mengaku peminat taksub kipas susah mati pasukan bolasepak PL. Padahal gerakan Kristianisasi sudah maju ke hadapan biarpun hanya berbekal dakyah yang kabur. Awal belasan tahun sudah memikirkan agama, malah berani masuk ceruk kampung berdakwah. Begitulah yang diakui oleh sahabat saya Ustaz Farhan yang kini giat berdakwah.

Cuma kalau mahu befikir luar kotak juga, carilah hikmah di sebalik keputusan ini. Bagi saya hikmahnya orang Islam mula tersedar dan kembali menekankan isu akidah. Tidak kisahlah free hair ke, , Mat Rempit ke, Pakatan ke atau kerajaan sendiri, mula memikirkan masalah dan impaknya ke atas akidah Umat Islam. Jangan dicemuh atau dikatakan bodoh bagi mereka yang tidak bersetuju.

Setiap Muslim berhak untuk peka dalam memikirkannya selagi mana pandangan mereka adalah ikhlas kerana agama dan juga atas semangat tauhid yang tinggi. Jadikanlah isu larangan ini sebagai pemangkin untuk kita mendalami ilmu agama lebih luas dan mendalam. Masih lagi jauh di sudut hati, saya berhusnu zan bahawa mereka yang tersentak dan melatah-latah ini adalah lahir dari rasa kecintaan pada agama dan keyakinan pada keesaan Allah  Ta’ala. Adakaha masyarakat kita sudah bersedia untuk fight dengan keterbukaan ini? Tepuk dada tanyalah iman. Wallahu ‘alam.

Saya yakin dengan adanya kenyataan Tuan Guru yang terbaru ini, ramailah mereka yang bersetuju, berlembut, rasa berfikir luar kotak sebelum ini, tiba-tiba mula berubah dan berbicara pula penuh kerisauan terhadap kesannya nanti.

Gerhana Anak Muda
Kali ini sanggup pula saya bersusah payah ke Kuala Lumpur pada malam tahun baru kelmarin. Bukan untuk ke Dataran Merdeka, tetapi teringin untuk mengikuti program pencerapan gerhana bulan di Masjid Negara. Bersama beberapa orang rakan, saya pergi dengan satu kereta menuju ke Bandaraya seawal pukul 11 malam.

Jika sebelum ini ahli jawatankuasa Masjid Negara dan Masjid Jamik terpaksa pening kepala memikirkan program alternatif untuk malam tahun baru, kali ini jangkaan gerhana bulan seperti banyak membantu mereka. Teringat saya ketika penghujung 1997 saya mengikut abang pergi ke Masjid Negara untuk menyaksikan konsert Islami. Hampir-hampir ditemuramah oleh krew program remaja TV3 yang turut berada di sana. Cepat-cepat saya beredar sebelum sempat mereka mendekati. Namun sebelum pukul 12 kami telah angkat kaki untuk pulang agar tidak terperangkap dengan kesesakan gelombang manusia yang ingin meraikan tahun baru di Dataran Merdeka.

Sepanjang jalan saya berpapasan dengan mereka yang menuju ke Dataran. Ada yang sempat mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada saya sambil membawa batang yang berkelip-kelip. Sungguh berbudi dan ramah anak-anak muda tersebut. Saya yang masih naif dengan Kuala Lumpur terus berjalan cepat sehinggalah sampai di belakang Pertama, dan di sana barulah kami berjaya mendapatkan teksi. Itu cerita lebih 10 tahun dahulu, namun rasanya suasana Dataran masih tidak berubah biarpun generasi remaja yang ada sudah bertukar.

Ketika tepat pukul 12 malam kelmarin, saya masih di dalam kereta sambil memperlahankan kenderaan untuk melihat percikan bunga api yang berhamburan di udara. Sampai di Masjid Negara, kelihatan orang ramai sudah ada yang berkumpul di satu ruang perkarangannya. Tersedia di situ sebuah layar besar dan beberapa alat pencerap bulan. Bulan dijangka mengalami gerhana pada pukul 1.17 pagi, menurut anak gadis Cina yang menjadi jurucakap pada malam tersebut. Namun sayangnya bila sampai pada waktu tersebut, awan bergerak menutupi bulan dalam jangka masa yang agak lama.

Pada pukul 2.30, orang ramai mula naik ke dalam masjid unutk mengerjakan solat gerhana. Solat ini dipimpin oleh Ustaz Amru, Imam Masjid Negara yang juga merupakan junior saya di sekolah dahulu. Sempat juga dia menerangkan kaifiat dan menceritakan cara yang lebih afdal jika mengikut amalan Nabi. Solat yang dilakukan oleh Nabi, bacaannya adalah satu surah Baqarah penuh untuk satu rakaat. Namun solat kali ini tidaklah sebegitu panjang bacaannya. Beliau tahu menelah suasana dengan hanya membaca satu maqrak sahaja bersesuaian dengan makmumnya yang rata-rata daripada golongan umum.

Melihat beberapa keluarga yang sanggup datang dengan anak-anak kecil membuatkan saya kagum dengan mereka.  Malah kanak-kanak yang hadir, kelihatan segar dan tidak mengantuk serta dapat mengikuti solat itu bersama-sama. Mereka ini sanggup bersusah payah datang bagi memeriahkan program ringkas tersebut, sekaligus dapat mengerjakan solat gerhana dan tahajud di malam awal tahun Masihi.

Mungkin ada yang berkata, “Alah, gerhana itu boleh tengok di rumah dan solat itu boleh buat sendiri.” Itu kata-kata bagi mereka yang tinggi imannya. Namun bagi saya tidaklah mampu  rasanya untuk mengerjakan solat tersebut pada waktu sebegitu jika bersendirian. Seusai solat, Imam membaca khutbah yang antara isinya menasihati jemaah agar sentiasa mentadabbur kejadian-kajadian alam ini untuk mengukuhkan lagi keimanan pada kekuasaan Allah s.w.t.

Kami terus pulang seusai khutbah tersebut kerana mata semakin memberat. Tetapi sebelum saya menuju pulang, kami sempat melalui jalan Bukit Bintang untuk melihat sendiri tinggalan sasi baki sisa sambutan sebelum itu. Sungguh menyedihkan apabila melihat  masih lagi ramai anak-anak muda yang berkeliaran dan duduk termanggu-manggu.  Kebanyakannya adalah budak Melayu yang berbaju hitam dan bertopi. Hendak sahaja saya menyuruh mereka pulang dan lebih baik tidur di rumah, dari melepak dengan tidak tahu apa yang ingin dilakukan  Malah ada yang seusia 10 ke 11 tahun yang masih berkeliaran secara berkumpulan. Tidak tahulah bagaimana kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka terhadap kebebasan mereka tersebut.

Saya teringat kata seorang anak gadis apabila ditimbulkan persoalan ketika program outreach baru-baru ini. “Emak ayah bagi ke keluar dengan kawan-kawan lelaki ini?” Tanya seorang peserta wanita kepadanya.

“Mak saya tidak kisah, janji pandai jaga diri dan syaratnya dengan siapa saya keluar, dengan dia itulah saya pulang,” ujarnya bersahaja.

Cukup sporting, cukup simple dan cukup tinggi tawakal ibunya berdasarkan syarat yang diberikan. Teringat saya cerita Puan Afidah yang menguruskan Sinar Salam di Chow Kit mengenai beberapa kisah anak muda yang menagih dadah. Awalnya mereka pergi melepak-lepak dan bersukaria di bukit Bintang sehingga ketinggalan bas untuk pulang. Kemudian bermalamlah di pondok-pondok kecil di lorong-lorong belakang, bersama rakan yang ada kalanya baru dikenali. Lantas disitulah nanti akan terus mula disuakan dadah. Akhirnya terjebak dan menjadi hamba dadah dalam usia yang begitu muda.

Ramai lagi emak ayah yang kononnya mengamalkan dasar keterbukaan. Kalau dulu masyarakat biasa terutama yang bertudung cukup segan untuk ke konsert, tetapi sekarang tidak lagi. Menonton wayang juga perkara yang tidak perlu disempitkan, janji pandai jaga diri. Malah anak jadi penyanyi pun sudah cukup bangga dan keluarga akan sangat menyokong. Sudah biasa kita sakit telinga mndengar kenyataan-kenyataan ibu bapa sebegini.

“Alah biasalah, budak-budak muda, mana mahu lekat di rumah.”

“Alah, budak muda, biarlah dia hendak bersuka ria.”

Malah tidak terperanjat kita mendengar kenyataan biasa seorang artis remaja gara-gara gambar panasnya tersebar. “Saya macam remaja lain juga, ingin bersosial bersama teman-teman.”

Malam semalam, berita televisyen pula dengan bangganya menayangkan sedutan gambaran perayaan tahun baru. Peliknya, mereka juga melaporkan aktiviti bersedudukan oleh beberapa pasangan yang dapat ditangkap. Tidakkah mereka terfikir bahawa perhimpunan itu sendiri telah menyumbang peranan yang besar terhadap pelakuan sumbang anak-anak muda tersebut?

Isu sosial adalah isu yang sama akan dibangkitkan setiap kali perayaan awal tahun atau merdeka. Cuma sekali ianya senyap apabila rakyat masih terpingga-pingga dan insaf dengan kejadian Tsunami yang melanda pada akhir tahun 2004. Adakah kita ingin menunggu kejadian-kejadian sebegini berlaku sekali lagi untuk menghentikan budaya karut marut ini? Entahlah orang kita.

Ruang Mat Rempit Dan Tizz Zaqyah
Malam itu seperti yang direncanakan kami akan mengadakan temuseru dengan beberepa golongan sasar. Selepas diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kumpulan, kami mula bergerak untuk menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Saya mengikut kumpulan yang pertama yang akan menemui sekumpulan pemuda yang akitivitinya merempit.

Setiba di lokasi yang dijanjikan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul dan seperti menunggu kami. Di bawah lampu taman yang samar-samar, mereka nampaknya seperti bersedia untuk bertemu. Motor-motor diletakkan tidak jauh dari bangku mereka melepak. Lagaknya biasa namun ada sedikit kekok dan riak bingung dengan kehadiran kami sekalipun telah diberitahu awal.

Ketika disapa oleh kami, mereka menyambutnya dengan penuh ceria tetapi dengan gaya nada yang sedikit kasar dan bahasa lepas. Gaya anak-anak muda berintonasi, tetapi cukup kurang sesuai untuk berinteraksi sebegitu dengan peserta kami  yang kelihatan mungkin sebaya dengan ayah mereka. Namun dengan pengalaman dan kelembutan bicara orang tua, nada mereka semakin kendur dan berhati-hati. Jelas rasa hormat mereka telah datang dan mereka tidak lebih kelihatan seperti anak-anak muda yang mula pandai menghormati.

Akhirnya setelah luahan dan reaksi mereka kami telan, terucap jua sepatah dua kata pesan nasihat.  Mereka mengangguk sambil tunduk seperti membenarkan. Alasannya  mereka tiada alternatif untuk berhibur. Namun mereka juga mengaku bahawa merempit ini bukan satu yang berfaedah dan boleh membawa kepada perlakuan buruk yang lain. Begitu juga dua tiga anak muda di bangku sebelah yang mengaku menghisap gam. Tiada bahasa kasar dan cemuhan yang mereka lontarkan, malah kerjasama mereka sangat baik.

Baru-baru ini peminat drama sangat teruja dengan tayangan drama bersiri yang bertajuk Nur Kasih. Kerana promosi yang meluas termasuk tanpa berbayar dari mulut ke mulut, maka yang bukan kaki drama Melayu juga terlekat seketika . Setengah jalan pun tidak mengapa asalkan dapat mengetahui apakah yang berlaku kepada Nur di sebalik pengorbanan dan kesabarannya. Malah saya tersenyum apabila membaca sebuah akhbar tabloid yang mengatakan ‘Aidil’ dikejar oleh Datin-datin. Kesemuanya kerana keberkesanan watak yang mereka lakonkan sehingga watak-watak baik itu diharap muncul dalam dunia realiti penonton.

Tidak kurang dengan itu, peribadi pelakon watak Nur, Tizz Zaqyah juga dibongkar dan didedahkan. Dek kerana orang Melayu suka bergosip dan ditambah dengan kejahatan dunia siber, segalanya tersebar meluas dan ceritanya lebih berbentuk negatif. Ramai yang rasa kecewa dan tidak sedikit yang mengutuk habis-habisan. Itulah mungkin realiti kebanyakan artis  yang masyarakat baik kita tidak dapat menerimanya. Sekurang-kurangnya secara zahirnya terlalu jelas perbezaan dirinya yang sebenar dengan Nur.

Apakah kaitan dari dua situasi di atas dan apakah persamaannya? Apabila direnung, sebenarnya terselit rasa kagum saya terhadap anak-anak muda tersebut dan juga pelakon Nur Kasih terutamanya Tizz Zaqyah. Adakah kerana keberanian mereka merempit atau keberkesanan watak Nur yang dilakonkan? Tentu sekali tidak.

Seperti yang kita tahu hidup ini sering terdedah pada dua jalan atau pintu iaitu jalan kebaikan dan keburukan. Kita juga berbeza dalam memilih dua kecenderungan ini yang sebenarnya saling bertarikan. Fitrah memang suka pada kebaikan, tetapi jangan lupa kekuatan nafsu yang suka keburukan apatah lagi jika tidak terkawal. Ada orang hidupnya diberkati dan ia sering memilih lorong kebaikan. Ada pula yang sekejap-sekejap berlari ke jalan bercahaya dan kadang kala terdorong pula ke jalan kegelapan. Namun ada yang lebih malang terus-terusan untuk memilih pintu kejahatan tanpa mencuba untuk membuka pintu kebaikan.

Saya melihat, meskipun anak-anak muda itu banyak melakukan kesilapan dan pelakon yang hidupnya sangat sosial, namun mereka tidak terusan menutup pintu kebaikan yang terbuka. Bermakna mereka masih tidak rasa kecewa dengan rahmat Tuhan meskipun ia perasaan yang mereka tidak sedari. Anak muda itu sanggup meluangkan masanya untuk bertemu dengan golongan pendakwah dari badan agama. Mereka tidak terus memperlecehkan usaha murni tersebut.

Mereka sedar ia bukan pertemuan dengan geng motor lain yang menjanjikan taruhan yang besar, tetapi dengan mereka yang mungkin sangat stigma dengan golongan mereka selama ini. Tetapi mana tahu, di antara peserta kami mungkin ada yang bicaranya ikhlas dan mampu menyedarkan jiwa. Tiidak hairanlah jika anak-anak muda itu mudah terkesan biarpun pesannya hanya sebutir dua perkataan.

Begitu juga watak Nur, Aidil dan yang lain-lain karekter baik dalam drama tersebut.  Di sebalik ia mampu sedikit sebanyak menyuntik kesedaran agama pada penonton, ada juga kemungkinan watak itu turut memberi kesan kepada pelakon itu sendiri, biarpun awalnya ia lebih  berniat komersial. Sekurang-kurangnya mereka akan mula menjaga pergaulan mereka agar tidak dikritik meskipun untuk jangka waktu yang tidak panjang.

Lupakan sementara siapa pelakon itu di luar kerana sememangnya dunia pelakon dan artis, dunia panas yang banyak terbuka jalan fitnah. Namun kita tidak boleh nafikan menerima tawaran melakonkan watak baik yang beragama, lebih baik dari watak jalang yang terdedah sini sana. Maka pelakon Nur Kasih tidak malu untuk melakonkan watak tersebut meskipun mereka sendiri sedar betapa jauh sifat watak tersebut dengan realiti diri mereka.

Kesanggupan-kesanggupan mereka inilah yang saya fikir, mereka tidak terus menutup pintu kebaikan yang hadir dalam hidup mereka. Kita tidak tahu dengan situasi apa atau dengan siapa kita mampu sedar akan kesilapan dan terus diberi kekuatan untuk berubah. Jauh di sudut curiga kita, perlu juga kita syukuri fenomena dan pengakuan artis yang bertudung setelah sekian lama menerima watak wanita bertudung. Atau berhenti dari lakonan setelah berpeluang mengerjakan haji, umrah dan sebagainya. Atau juga cerita-cerita  anak muda yang insaf setelah dinasihati oleh ulama yang mereka ketemui meskipun hanya sebentar atau sekali mungkin.

Kaku Idea
Apakah perasaan kita apabila kita yang boleh bermain badminton, tiba-tiba tidak pandai memukul bulu tangkis? Kita yang pantas mengelecek dan merembat bola, tiba-tiba bermain dengan gerak sumbang dan terkial-kial? Atau lebih parah semalam pandai menyuap nasi, besoknya tidak tahu cara menjamah? Pastinya kehampaan yang mendalam atau hairan kebingungan yang tidak tahu punca.

Maka saya harus menulis semula biarpun minda terasa beku mengeras dan idea kering meleset. Biarlah coretan mula kali ini hanya puing-puing basi yang nihil dan lebih berkisar diri. Namun ia mungkin awalan  semangat yang masih berasap meskipun sudah lama tidak menyala. Keinginan untuk bangkit semula dalam menterjemahkan kehidupan ini masih ada. Ya, kadangkala adanya sesuatu yang tidak terucap dengan bicara. Namun boleh jadi terkesan melalui ruang bisu biarpun hanya cuma himpunan aksara yang terlontar.

Bicara saya tanpa suara ini masih dengan jiwa yang tersembam dan tidak bergetar. Segalanya berlalu dengan kebingungan dengan memori yang samar dan masa depan yang lebih kondisi menyerah. Akhirnya saya akur, setiap jiwa yang inginkan perubahan pasti niatnya mencoret untuk kebaikan. Namun kebaikan apa yang tercapai jika ia lontaran dari jiwa yang longlai dan miskin amal? Penanya tidak diasah dengan ilmu dan pembacaan, malah dakwatnya sudah tidak likat dengan keikhlasan? Maka kekangan waktu itulah yang akan terusan dipersalahkan.

Sekali lagi saya menerawang memikirkan siapakan pemula dalam meledak keberanian untuk menulis dahulu. Sanggup memperagakannya setelah terpojok di sudut ketidakyakinan yang hampir membunuh. Rasanya dahulu salah seorang inspirasi saya itu bukannya orang dekat, malah tidak pernah ketemu. Jauh sekali dia mengenali saya, cuma hanya satu hubungan peminat dan yang diminati. Karyanya meskipun saya tidak terima bulat-bulat, namun cara adaptasi tentang interaksinya dengan alam dan manusia, sangat jujur dan mengesankan.

Saya sudah lama tidak meminati bacaan novel apatah lagi cerpen. Teringat dahulu ketika di sekolah rendah, karya Khatijah Hashim, Arena Wati, Mana Sikana dan beberapa lagi karyawan ulung dalam bentuk penceritaan yang sangat matang sangat diminati. Masalahnya emak adalah seorang anti novel dan baginya ia satu yang melalaikan dan lorong ke arah kegelapan cinta. Maka buku-buku ini hanya dapat ditatapi di perpustakaan daerah saya di ruang bacaan dewasa. Perpustakaan itu sangat suram dan buku-bukunya jarang ada pertambahan. Apapun ianya sangat unik kerana perpustakaan terletak dalam bangunan sejarah lama yang berwarna putih dan bercirikan seni bina Inggeris. Namun seribu kali sayang bangunan itu kini telah tiada dan dirobohkan oleh mereka yang buta sejarah dan lebih memikirkan keuntungan.

Meskipun peminat tegar cerpen dewasa, saya tetap peminat buku untuk pelbagai genre dan peringkat. Bangganya saya ketika tidak tersengaja menjadi pelopor peminjam satu deretan buku yang sangat lusuh, kuning dan telah dimakan ulat di perpustakaan sekolah. Rasanya ia adalah buku yang diletakkan sejak awal penubuhan sekolah tersebut yang berjudul Hikayat Umar Umaiyah. Rupa-rupanya ia kisah pengembaraan Arab yang boleh tahan merapunya. Ianya  penuh dengan gaya bahasa Melayu lama dengan cetakan tulisan yang padat. Malah tiada satupun gambar atau lukisan diselitkan untuk disesuaikan dengan jiwa kanak-kanak. Namun peliknya meskipun begitu, riwayat itu dapat juga dihabiskan bacaannya sehingga helaian terakhir.

Penceritaannya sangat  menarik dan penuh dengan sesuatu yang tidak terduga. Terus bersungguh-sungguh saya cadangkan pada kawan-kawan yang ketika itu meminati siri penyiasatan Salmah, Hadi dan himpunan kisah rakyat, agar cuba membacanya. Akhirnya Berjaya juga dan buku tersebut penuh dengan tarikh pinjaman.  Di sekolah menengah barulah saya tahu hikayat tersebut menjadi salah satu buku bacaan bagi kertas Sastera tetapi dalam versi Bahasa Melayu baru.

Kerana merasakan kekeringan idea, saya bekunjung ke MPH baru-baru ini biarpun akhirnya hanya kunjungan kosong.  Selang beberapa hari, tertarik juga untuk mencuba spa minda yang baharu yang dicadangkan oleh Saiful Islam iaitu di Granedia Bookshop.  Ia terletak dalam The Mines dan malangnya saya tersesat dan terlajak beberapa kali dalam kehujanan sebelum sampai. Setengah jam membelek buku, tiada juga yang dapat menarik duit poket saya keluar sehinggalah saya tergerak ke ruang novel. Seketika saya terhenti merenung pada sebuah tajuk novel. Rasanya tajuk inilah yang saya pernah dinantikan dahulu. Sah, dan akhirnya kini selera saya untuk kembali membaca telah terbuka.

Siapa lagi kalau ianya buah tangan penulis muda Indonesia yang tengah melejit dengan karya-karyanya yang sangat intelektual dan terkasima. Maka karya Andrea Hirata yang bertajuk Maryamah Karpov itu terus saya genggam. Saya tidak tahu kenapa saya meminati karya triloginya, biarpun pembacaan saya tidak tersusun mengikut aturan terbitannya. Saya memulainya dengan Edensor, itupun setelah melihat isinya sepintas mengenai hirupan pengalaman di bumi asing dan yang lebih penting ianya tidak tebal. Kemudian Sang Pemimpi dan barulah Laskar Pelangi yang lebih tebal tetapi sangat terkesan. Punyalah obses sehingga saya mencari di mana Pulau Belitong dengan menggunakan google.

Edensor dan Sang Pemimpi telah memberikan saya keterujaan untuk cuba menulis apa sahaja tentang kehidupan. Meskipun Andrea karyanya menongkah arus dan berani menggunakan kisah utamanya berdasarkan konsep aku (penceritaan diri) yang kadangkala sukar diterima pembaca novel, tetapi ianya tetap menarik kerana sangat jujur dan bersahaja. Saya bukanlah orang yang layak untuk berkomentar mengenai penilaian novelnya, namun terdapat dua karekter yang sangat mengesankan dalam karyanya. Kegigihan dan ketelusan Arai serta kebijakan dan cara pandang pemikiran Lintang yang kental.

Maka itu saya cuba berani menulis kembali, biarpun saya keliru mengapa Maryamah Karpov diangkat menjadi tajuk karya trilogi Andrea  yang terakhir. Mungkin saya masih bukan orang yang pandai berkarya tetapi saya akan terus mencuba. Zaaba setahu saya bukan penulis novel, tetapi ia tetap berjaya menjadi pengarang yang terbaik dan terkenal. Manakala saya bukannya Zaaba dan saya tetap saya.

Berjaya juga menulis biarpun lebih cerita untuk saya.