Browsing all articles in Luahan Kehidupan

“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Read more »

Popularity: 15% [?]

Macam tidak percaya ada lagi yang terpaksa menjual diri dalam umur 60 an. Bukan di Thailand atau Indonesia , tapi di sini. Tidak tahulah silap di mana, sehingga mereka terpaksa memilih jalan hina tersebut. Kesempatan outreach saya baru-baru ini benar-benar telah menyentak minda dan perasaan.

Malam itu, bersama petugas pusat khidmat sosial berdekatan, kami mula berpecah dan bergerak  dalam kumpulan yang kecil. Ketika itu perasaan ingin tahu bercampur baur dengan rasa gelisah. Adakah kami akan diganggu atau dirayu? Atau adakah kami akan tergoda dengan kecantikan dan godaan mereka nanti? Kesemua kemungkinan itu menambahkan lagi rasa cuak, seriau dan berdebar yang masih tidak hilang.

Namun, kesemua itu tiba-tiba berubah menjadi rasa hairan bercampur kasihan. Bertukar gara-gara bertemu dengan  Mia (bukan nama sebenar), wanita sasar pertama yang ketemu di jalanan. Read more »

Popularity: 24% [?]

Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula membelai. Read more »

Popularity: 22% [?]

Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan. Read more »

Popularity: 37% [?]

Kelmarin saya terpaksa menanggalkan pelekat poster Save Gaza dari bumper hadapan Myvi saya. Sudah hampir setahun ia kekal tertampal, sejak perhimpunan Save Gaza di Shah Alam pada bulan tiga tahun lepas. Perhimpunan yang berjaya mengumpulkan lima ribu orang di dalam stadium Melawati atas isu yang serius dan sangat bersemangat.

Sebolehnya ingin sahaja ia dibiarkan tertampal di Myvi.  Rasanya di Parcel D, Putrajaya, itulah satu-satunya kereta yang keluar masuk berpelekat Save Gaza. Pelekat tersebut telah menarik banyak mata-mata untuk bertumpu seketika kepada kereta saya. Namun sticker yang sudah semakin pudar di makan cuaca itu jelas kelihatan tidak lagi menarik dan relevan untuk dikekalkan.

Pada awal–awal dahulu, ada yang menyokong, menegur dan bertanya di mana  boleh dapatkannya. Namun lama-kelamaan ada juga yang menyindir dan sedikit sinis. Seolah-olah saya memfokus pada isu yang terlalu jauh, hanya gimik dan  tiada kemampuan. Read more »

Popularity: 35% [?]

“Rumah ini bukan sahaja dipulaukan, malah pernah diugut, dibaling batu, sos dan cat.”

“Mereka ini perlukan kelas kemahiran dan agama, tetapi sayang tidak ramai yang sanggup datang. Tidak ramai yang berani melangkaui pagar yang di hadapan sana. Malah jika ada yang datang, membocorkan pula rahsia peribadi penghuni di luar”

“Masalah juga timbul apabila ingin menguruskan kematian suami mereka. Pernah upah yang diminta mencecah hampir dua ribu. Stigma masyarakat terlalu kuat sehingga ada yang mencurah klorok di sekeliling kubur suami mereka.”

“Mereka ini bila membuat barang jualan, tiada siapa yang ingin membeli, jika menjahit tiada siapa yang ingin menempah. Padahal mereka mampu dan ingin sekali menyara makan minum anak-anak dengan hasil sendiri.” Read more »

Popularity: 45% [?]

Orang kita memang terlalu rigid dengan cara berpakaian. Ia sememangnya ada kebaikan namun dari satu sudut kelihatan sedikit menyukarkan. Terutama apabila dilihat dari segi pelaksanaan, ruang dakwah dan proses tarbiyah. Contoh mudah pakaian ketika ingin bersolat di masjid. Orang kita selalunya wajib berpakaian Melayu, berkain dan berkopiah lengkap untuk bersolat terutama Maghrib dan Isyak.

Dalam hal ini berlainan pula di Mesir. Lazimnya tiada pakaian khusus yang dikenakan untuk ke masjid. Malah pemuda yang memakai tshirt tetapi melazimi solat berjemaah ini lebih diawasi oleh pihak perisik kerajaan Read more »

Popularity: 36% [?]

“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.

Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”

Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja  menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.

Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Read more »

Popularity: 45% [?]

Sebelum keputusan, sudah seperti ada sedikit sangkaan bahawa ‘permainan’ ini berakhir dengan kemenangan di pihak Herald. Secara umumnya ramai tersentak, tidak bersetuju dan begitu kecewa dengan keputusan tersebut. Namun ada yang was-was dan mula berfikir luar kotak kononnya, setelah melihat pihak-pihak yang mereka dokong seolah-olah tidak terlalu keras dan berlembut dengan keputusan ini. Lalu alasan dakwah diketengahkan sekalipun hakikatnya terpaksa menelan pahit melihat senario akidah generasi kini yang masih longgar.

Sebetulnya saya tidak mahu mengulas isu ini lantaran kekurangan fakta dan fatwa untuk dinyatakan. Walaupun begitu jauh di sudut hati saya masih tidak dapat menerima kebenaran ini secara praktikal. Puas direnung dan ditenung, namun kerisauan itu tetap hadir biarpun sememangnya tidak sanggup menerima kenyataan kita tertewas. Apatah lagi terasa kecewa apabila  isu ini seolah dipandang dari segi kepentingan pengundi bangsa lain politik dan bukannya lebih pada agama.

Biarlah orang kata ianya drama, retorik, dirancang atau puak bersongkok ingin menjadi hero, namun kesannya tetap perlu difikirkan. Read more »

Popularity: 19% [?]

Kali ini sanggup pula saya bersusah payah ke Kuala Lumpur pada malam tahun baru kelmarin. Bukan untuk ke Dataran Merdeka, tetapi teringin untuk mengikuti program pencerapan gerhana bulan di Masjid Negara. Bersama beberapa orang rakan, saya pergi dengan satu kereta menuju ke Bandaraya seawal pukul 11 malam.

Jika sebelum ini ahli jawatankuasa Masjid Negara dan Masjid Jamik terpaksa pening kepala memikirkan program alternatif untuk malam tahun baru, kali ini jangkaan gerhana bulan seperti banyak membantu mereka. Read more »

Popularity: 12% [?]

Malam itu seperti yang direncanakan kami akan mengadakan temuseru dengan beberepa golongan sasar. Selepas diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kumpulan, kami mula bergerak untuk menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Saya mengikut kumpulan yang pertama yang akan menemui sekumpulan pemuda yang akitivitinya merempit.

Setiba di lokasi yang dijanjikan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul dan seperti menunggu kami. Di bawah lampu taman yang samar-samar, mereka nampaknya seperti bersedia untuk bertemu. Read more »

Popularity: 28% [?]

Dec
1

Kaku Idea

Apakah perasaan kita apabila kita yang boleh bermain badminton, tiba-tiba tidak pandai memukul bulu tangkis? Kita yang pantas mengelecek dan merembat bola, tiba-tiba bermain dengan gerak sumbang dan terkial-kial? Atau lebih parah semalam pandai menyuap nasi, besoknya tidak tahu cara menjamah? Pastinya kehampaan yang mendalam atau hairan kebingungan yang tidak tahu punca. Read more »

Popularity: 10% [?]

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

August 2010
M T W T F S S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 11116
Currently Online: 0

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters