Perubahan Perlukan Kerendahan » Artikel

Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Tiba-tiba dia beriya-iya sangat meminta lebihan air minuman saya. Bukan mengada-ngada, tetapi semata-mata yakin akan mendapat berkat mulia.

Berkat apa tu? Berkatnya atas sisa air saya sebagai pelajar tahfiz. Padahal hafalan ketika itu masih lagi boleh dikira. Saya tidak pasti sekarang beliau di mana, apakah kini berjaya cemerlang dek sisa tersebut atau hidupnya merana.

Baiklah, apabila sebut guru, bukan setakat teringat rotan atau Hari Guru. Tetapi sebut guru, pelajar dan ilmu pasti terkait rapat. Digelar pelajar kerana berguru dan digelar guru kerana ada pelajar yang haus ilmu. Siapa di dunia ini mahu berlagak pandai tanpa guru?

Nabi s.a.w sendiri diajar secara berguru dengan Jibrail a.s yang sangat-sangat membantu. Adab Baginda bersama guru banyak terakam ketika peristiwa Isra dan Mikraj selain menerima wahyu. Lantaran tunjuk ajar yang dicurahkan, Baginda sangat memuliakan Jibrail a.s selama ia menjadi pengantara antara Baginda Nabi s.a.w dengan Allah Ta’ala.

Adab atau cara berguru juga ada dipaparkan dalam bentuk kisah di dalam al-Quran. Seperti kisah pengalaman Nabi Musa a.s ketika bersama dengan seorang yang lebih berilmu dan tahu darinya. Biasalah tidak tahu, belajarlah dari orang yang tahu. Yang terasa jahil, menuntutlah dari orang yang ‘alim biarpun diri akan terasa kerdil.

Dalam tasawuf, guru jangan dibuat main-main. Dia diangkat pada satu tingkat yang begitu tinggi dan sangat dimuliakan. Malah tingkat seorang ahli tasawuf berdasarkan sejauh mana ketaatan dan keakrabannyan dengan guru mereka yang lebih di kenali sebagai Syeikh. Syeikh yang menjadi murabbi ini akan memantau segala gerak laku muridnya dengan penuh ketelitian,  berdasarkan takwa mereka yang tinggi.

Kata Syeikh Abdul Kadir al-Jilani, “Sesiapa yang tidak mempercayai kesempurnaan pada gurunya dia tidak akan berjaya sama sekali.”

Fuh, mesti bangga para guru mendengarnya. Justeru ramailah guru terutamanya para ustaz yang teringin sangat dimuliakan bagai seorang Syeikh. Mereka mahu dihormati, dipatuhi, ditaati dan dikasihi. Tidak cukup dengan itu ada yang tidak segan untuk dampak hebat dengan pakaian ala Syeikh. Segaknya, dengan berselendang kemas serban di bahu, selain berjubah dan berserban putih. Memang dampak hebat.

Mereka mahukan pelajar yang bukan sahaja cerdas tetapi sempurna total tahap ketaatannya. Taat yang tak boleh blah. Kalau boleh pelajar itu pijak jarum pun tak rasa sakit apabila di hadapannya. Jangan sedikit pun ada ruang untuk mempertikaikannya, baik secara pandangan atau luahan semata. Sayangnya kesemua itu bagi mereka nampak remeh atau budak-budak punya cerita. Apatah lagi jika tentangan, kritikan dan bantahan secara jelas. Melampau dan memang cari nahaslah budak tu. Bila hati panas, maka semakin tipislah limpahan keberkatan yang tuntas, biarpun pelajar itu belajarnya cerdas. Tak berkat weh!

Itulah antara kelebihan berkorban menjadi guru. Sememangnya jelas dan kita perlu setuju bahawa pelajar kena hormatkan guru. Tiada guru kita akan mati kutu. Jadi, apa masalahnya?

Tidak ada apa masalah, cuma masih ada kelirunya tentang persoalan berkat guru ni. Apa kata  kita cuba renung-renung dahulu persoalan-persoalan ini.

Meskipun pengorbanannya sangat mulia, tetapi semakbul mana sebenarnya doa guru mampu dikabulkan?

Apakah ciri-ciri guru yang mempunyai keberkatan dan kekuatan doa yang mustajab?

Adakah sememangnya guru tidak boleh sama sekali dipertikaikan?

Mana lebih penting, liabiliti perguruan atau ilmu dan qudwah(teladan) yang perlu ditunjukkan?

Bersambung kot….

SELAMAT HARI GURU…

Kreatifnya Kerana Cinta
Abu Bakar r.a. ketika dalam perjalanan hijrah bersama Nabi s.a.w, sering ditanya siapa yang  menunggang di hadapannya. Bagi mengelakkan mereka dikenali dan dikesan musuh, maka beliau menjawab dengan kreatif, “Dia  adalah penunjuk ‘jalan’ku.”

Dimaksudkannya adalah jalan kebenaran  mengenal Allah Taala. Bukanlah penunjuk jalan yang sebenarnya, seperti mana  yang difahami oleh mereka yang sangsi tersebut.

Renung pula kisah Nabi Yusuf yang bukan setakat hensem, tapi dia juga seorang perancang yang kreatif. Dia merancang hanya untuk memberi kesedaran yang lebih berimpak maksima pada saudara-saudaranya. Segala perancangan yang teliti dan bijaksana diatur, meskipun ia terpaksa bersabar menunggu hasil harapannya. Kerana kedua-dua beranak itu adalah kalangan Nabi yang mulia, Nabi Yaakub tidak kurang hebat fikirannya. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, beliau sempat berpesan pada anak-anaknya, “Janganlah kalian masuk bersama-sama  dari satu pintu, dan masuklah dari pintu-pintu yang berlainan.”

Lihat pula Habab al-Munzir yang bijak mencipta ruang untuk melemahkan musuh ketika perang Badar. Beliau berani menolak rancangan Nabi s.a.w mengenai tempat untuk berkhemah. Lalu beliau mencadangkan agar tempat mereka berkhemah diubah ke tempat yang lebih dekat dengan telaga musuh dan Nabi s.a.w terus bersetuju. Hasilnya musuh rasa terdesak kerana punca air mereka berjaya disekat.

Salman al-Farisi juga bijak berkreatif dengan mengaplikasikan taktik peperangan ditempat asalnya dengan kota Madinah. Beliau telah mencadangkan kepada Nabi s.a.w agar menggali parit di sekeliling kota bagi persediaan menghadapi peperangan Ahzab. Memang pelik bagi orang Arab tapi Nabi berani untuk mencubanya.Ternyata taktiknya itu langsung tidak diduga oleh musuh dan akhirnya berjaya melemahkan pihak musuh ketika peperangan itu berlaku.

Tak terfikir kita betapa kreatifnya Hasan dan Husin cucu Baginda Nabi  s.a.w ketika ingin menegur seorang tua yang tidak sempurna wudhuknya.  Lantas orang itu diminta menjadi hakim  untuk pertelagahan mereka  berdua. Kononnya mereka bergaduh tentang bagaimana cara mengambil wudhuk  yang sebenar. Akhirnya orang tua itu sendiri tersedar dan berkata,  “Sebenarnya wudhuk anda berdua sangat sempurna dan mengikut cara Nabi  s.a.w, Cuma saya yang masih ada kesilapan dalam berwudhuk.”

Banyak lagi kisah orang dahulu yang kreatif menyampaikan sesuatu atau mencapai tujuan untuk kecintaan Agama yang satu. Tapi kreatif perlu diiringi dengan keberanian untuk mencuba. Mengubah mentaliti yang kadangkala terus disanggah tanpa melihat kepada kerasionalannya.

Begitu juga dengan revolusi dan pendekatan dakwah itu sendiri. Sekarang ni kalau dakwah hanya di dalam masjid, pakai serban tebal-tebal, konteksnya tidak akan meluas. Jika dakwah dilihat hanya melalui ceramah, remaja akan bosan mengantuk tak sudah. Kalau sekadar berucap di dewan ilmiah, orang kampung, mat rempit tak kan berubah.

Lalu para pendakwah apa yang perlu dilakukan? Cara perlu dipelbagaikan atau hanya berpegang pada ketradisionalan? Kita mungkin tak mahu dakwah dilihat sesuatu yang taboo. Atau jangan sampai dakwah apabila disebut, orang akan cabut. Makanya penyampaian dakwah perlu pelbagai, menerobos segala ruang tanpa melepaskan peluang.

Begitulah juga bagi seorang yang cintakan dakwah ni, bila memilih menjadi penulis atau juga blogger tegar. Penulis  berjaya tidak semestinya puitis tetapi perlu kreatif beserta kritis.  Tulisannya tidak nampak kaku namun tidaklah sampai bernafsu. Itulah yang  menjadikan coretannya laku meskipun zamannya nanti sudah jauh berlalu.

Nampaknya kita kena bijak dan berani mencipta ruang, manfaatkan peluang dan strategi perlu cemerlang. Tingkatkan kreativiti, manfaatkan potensi. Dunia semakin luas, namun  masa makin terbatas.

Sambungan dari entry Lari Dari Keterbatasaan

Lari Dari Keterbatasan
Seorang pengemis buta yang tidak berupaya telah duduk di tepi jalan. Sambil itu dia mengetuk-getuk tin kosong ditangannya bagi menarik perhatian. Tergantung sekeping papan nipis di lehernya yang tertulis, “Bantulah saya kerana saya orang buta.”

Namun tidak ramai yang menghulurkan wang, meskipun sempat membaca kenyataannya. Setelah lama dia bosan di situ, lalulah seorang lelaki. Dia berhenti seketika di hadapan pengemis itu sambil merenung papan tersebut.

Tanpa menghulurkan sedikit wangpun, dia terus menanggalkan papan itu lalu diterbalikkannya. Terpinga-pinga pengemis buta tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa. Kemudian lelaki itu menulis pula sesuatu dan menggantungkannya semula di leher orang buta tersebut dan segera berlalu.

Tidak semena-mena, ramai orang mula menghulurkan wang berbanding sebelumnya. Orang buta itu merasa sangat gembira namun hatinya masih tertanya-tanya. Lalu dia meminta orang lain untuk membacakan tulisan tersebut. Rupa-rupanya lelaki tadi telah mengubahnya dengan menulis, “Kita berada di musim bunga yang indah, namun keindahannya tiada bermakna bagiku kerana mataku tidak dapat menikmatinya.”

Kita ini memang sering terkurung dengan keterbatasan dan kekurangan. Namun ianya bukanlah kelemahan sekiranya kita mampu mencipta keadaan bukan terus menyalahkannya sebagai punca kegagalan. Di sinilah kuncinya kreativiti untuk menarik graviti. Sentiasa berfikir di luar kotak, dengan melawan kejumudan untuk mengatasi permasalahan.

Keluh seorang pesimis, “Masalah ini mungkin boleh selesai tetapi agak sukar.”

Namun yakin seorang optimis, “Masalah ini agak sukar, tetapi mungkin boleh selesai.”

Kreatif sangat memerlukan fokus pada sesuatu peluang. Tidak semestinya  ia hanya lahir dari cubaan mengatasi permasalahan, tetapi eksploitasikan  segala momentum yang hadir untuk mencapai kekreatifan. Latihlah melihat  sesuatu itu dengan berfikir dan merenung, agar hadirnya percambahan  idea dan cara tindakan.

Kreatif mengajar kita banyak berfikir untuk mencari resolusi tindakan yang terbaik. Justeru ia akan mengajar kita berfikir di luar kotak dan bukannya hanya mengikut kebiasaan yang telah menjadi keterbiasaan. Janganlah kita sentiasa suka menjadi quo dan cintailah perubahan.

Percayalah! Kejumudan cara pandang akan mewujudkan keterbatasan dan hanya terus menjadi kekangan. Kreatiflah antara jalan penyelesaian.

Bersambung di entry Kreatifnya Kerana Cinta

Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
“Aku sangat mengangan-angankan jika di dalam rumah ini adanya tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya.”

Betapa Umar r.a sangat merasakan peranan pemuda-pemuda yang hebat melebihi segala-galanya. Pemuda jiwanya kental, semangatnya tinggi dan tenaganya kuat. Ia adalah peringkat seseorang yang normal itu memiliki segala-galanya. Tanpa pemuda hebat, sesuatu bangsa itu akan mudah jatuh. . Mereka bagaikan pasak keutuhan suatu binaan agung. Masakan tidak, sejarah telah pun membuktikannya!

Pernah tak kita dengar bagaimana gerak langkah orang Eropah dahulu membaca kelemahan orang Islam?

Sebelum berlakunya penaklukan mereka terhadap Andalusia, apa yang mereka lakukan?

Bagaimana mereka boleh tahu bilakah umat Islam ketika itu berada dalam titik kelemahan?

Macamana Andalusia boleh jatuh dalam beberapa bulan sahaja setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun?

Semuanya adalah sangat berkait rapat dengan fikrah dan pemikiran pemuda. Pemuda harapan agama dan bangsa. Wahai mereka yang merasakan dirinya pemuda, marilah kita renungkan hal ini bersungguh-sungguh.

Sebelum penaklukan Andalusia berlaku, orang Eropah atau Portugal telah menghantar beberapa perisik ke sana. Mereka dikehendaki untuk membaca keadaan Andalusia bagi menentukan adakah kota berpengaruh itu sudah mampu ditakluki atau belum sampai masanya untuk dikalahkan.

Mereka datang bukanlah melihat betapa banyak bangunan tinggi dan cantik yang dibina.  Atau sekadar mengira betapa ramai menteri-menteri yang dilantik dan berjawatan. Jauh sekali  sekadar melawat taman-taman dan membeli segala cenderamata kenang-kenangan.

Namun mereka ada satu misi. Mereka ingin menjangka kekuatan Islam,  dari suatu sudut yang tidak disedari oleh Muslimin. Cukup hanya ingin melihat cara pemikiran pemuda Andalusia pada masa itu.

Sebab itu mereka telah menghantar  perisik mereka ke sana. Perisik ini cuba meneliti dan menyelidiki apakah isu yang menjadi perdebatan para pemuda di kota yang termasyhur itu. Suatu ketika itu,  dia mendengar bualan beberapa orang  pemuda yang bekumpul.

Seorang dari mereka telah berkata, “Aku telah menghafal hadis-hadis Sahih Bukhari  lebih banyak dari kamu.”

Seorang lagi pemuda pula bersuara, “Aku telah menguasai ilmu kimia lebih baik dari kamu semua dan siapa yang boleh setara ilmu kimianya dengan aku?”

Seorang lagi tidak mahu mengalah, lalu dia berdiri dan berkata,”Baik, siapa pula yang mampu  kalahkan ketangkasan aku dalam menunggang kuda? Silakan.”

Lalu perisik ini terus pulang kepada kumpulannya yang akan melaporkan pada pembesar negaranya. Ujarnya, “Pulanglah kalian, laporkanlah pada ketua negara kita untuk menangguhkan rancangannya dahulu dan janganlah masuk ke Andalusia sekarang.”

Setelah beberapa ketika  yang panjang, mereka sekali lagi menghantar para perisiknya untuk meninjau semula keadaan di Andalusia. Ketika itu didapati pemuda Andalusia masih lagi mengejar ilmu dan kualiti tetapi berlumba dalam syair dan kesusasteraan. Mereka masih biarkan lagi dan menangguh perancangan besar mereka.

Hinggalah tiba suatu masa segalanya berubah. Setelah berlalunya generasi-generasi  dahulu, barulah mereka dapati generasi pemuda Muslim masa itu sudah lemah. Cara pemikiran dan gaya hidup mereka tidak lagi berteras ilmu atau menyentuh perkara serius. Kesemuanya gara-gara mereka melihat seorang pemuda yang sangat sugul dan tidak terurus. Lalu ditanyakan apakah masalah yang dihadapinya.

Jawab pemuda itu “ Aku terlalu sedih kerana ditinggalkan oleh teman wanitaku.”

Lantas mereka bergegas pulang dan menggesa ketuanya. Dengan semangat ketua perisik itu berkata,”Sekaranglah masa yang sesuai untuk kita masuk ke Andalus dan mengalahkan mereka!”

Akhirnya dalam dua tiga bulan sahaja, mereka telah berjaya menakluk Andalusia. Kota yang diperintah Muslimin selama 800 rataus tahun, telah ditumbangkan. Bukan berpuluh-puluh tahun, tapi cukup beberapa bulan. Hanya kerana apa? Hanya setelah mengamati perhatian dan arah fokus para pemuda  Andalusia.

Kesimpulan yang mudah tetapi impaknya sangat besar dan berkesan. Musuh hanya membaca kelemahan Andalusia hanya dengan melihat gaya pemuda. Inilah juga cara yang masih dilakukan mereka terhadap negara-negara Islam. Teori sosial ini masih dipercayai dan telah dimulakan beribu tahun yang lepas. Tinggal lagi sekarang merekalah yang membekalkan dan berusaha mewujudkan unsur kelalaian tersebut. Lalu jika jiwa pemuda kosong, bagaimana untuk kita berjaya dan menjadi golongan yang dijanjikan kemenangan?

Janji Allah itu sangat benar. Islam akan menjulang dan menguasai. Tinggal lagi ciri umat gemilang yang dijanjikan kemenangan itu masih jauh dan tersasar. Islam agama fitrah dan dia dikuatkan  dengan usaha dan tenaga. Bukan dengan keajaiban semata-mata atau dengan kaedah menunggu dan lihat sahaja.

Maka selagi mana bicara kita bicara remeh, selagi itu Islam diremeh-remehkan.  Wahai pemuda, jadilah kita ejen perubah. Orang yang jiwanya kecil hanya berbicara perkara yang kecil, orang yang jiwanya besar, bicaranya turut perkara yang besar.

Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman
Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini  seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah  sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan  strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar  setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu  diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas  pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang  mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula  membelai.

Usrah secara kolektif adalah dakwah khusus yang mengikat rasa  kebersamaan dalam sesuatu jemaah. Ikatan kukuh yang disulami perasaan  kasih sayang dalam menjaga kesamaan fikrah, hala dan tuju yang didokong.  Ia melibatkan kemesraan yang berhorizontal sesama ahli dan mementingkan  vertikal antara ahli dan mas’ul (ketua usrah).Dengan bilangannya yang  dalam kelompok-kelompok kecil, hati lebih mudah disentuh, fikrah lebih  jelas dialur dan jiwa lebih rapat dan telus.

Ia seharusnya adalah gabungan dan pertemuan ilmu, sebagai usaha  menghidupkan taman-taman syurga di dunia. Juga langkah untuk merebut  tempat yang dicemburui oleh para Nabi dan Syuhadak di akhirat. Mereka  yang berkasih sayang bukan kerana pertalian mahupun harta. Namun  hati-hati mereka tertaut hanya kerana Allah s.w.t dan RasulNya.

Apabila merenung wajah-wajah rakan seusrah, sesekali hati kita  mungkin berkata sendirian, “Bagaimanalah aku boleh mengenali dan bersama  dengan mereka ini? Bagaimana mereka boleh bersungguh-sungguh mengambil  berat padahal masalah aku itu mungkin remeh?” Inilah mungkin rasanya  manis dan indahnya persaudaraan. Sabda Nabi s.a.w:

“Ruh-ruh ini bagaikan barisan tentera dalam ketenteraan. Sekiranya  saling mengenali maka ia akan bertaut, sekiranya saling renggang maka  ia akan berselisih.” Bukhari Muslim dan Abu Daud

Senyuman mereka menggugurkan segala kelelahan. Kita dan antara mereka  langsung tiada kepentingan, namun boleh rasa senang. Bertemu tidak  jemu, berpisah tidak gelisah. Ada ketika, bersama dalam bersusah payah  memikirkan masalah orang lain. Berusaha memerah otak  dan mencair fikrah  di samping cuba bertindak dengan pelbagai variasi. Malah  idea-idea  digali dicari, dengan kerisauan jelas bertumpuk di hati.

Kesemua itu bukan kerana ingin menjana duniawi atau sekadar menagih  populariti. Hanya untuk cuba mengisi sesuatu yang sebelumnya kosong atas  nama kecintaan agama. Menyebarkan kebaikan buat individu yang lain untuk  menerima nikmat yang sama. Berfikir untuk membahagiakan manusia yang  bukan sahaja di dunia, malah yang penting nasib di akhirat sana.  Motivasi dan galakan ini sering jelas dari mereka tanpa mengharap upah  dan habuan dunia.

Tarbiyah dengan berusrah sebenarnya bagai mengubah semula kod DNA.  Sahabat berubah dari kafir juhalak kepada mukmin luar biasa adalah   dengan iman dan tarbiyah. Konsep penekanan Mu’az bin Jabal yang  dipopularkan oleh Abdullah bin Rawahah cuba diterapkan sebaik mungkin.

Inti  tarbiyah pastinya adalah perubahan. Dari biasa menjadi luar biasa. Dari  kekosongan dan keterbatasan menjadi kelimpahan. Orang yang tidak mahu berubah, kita  agak setuju dia sukar untuk berjaya dalam hidupnya. Jauh sekali  bergabung untuk membina kekuatan, yang pasti rencahnya memerlukan  kerendahan hati dan perasaan.

Itupun selagi mana ia menutup pintu hatinya untuk menerima  perubahan, menolak teguran dan masih menimang-nimang keegoan.

Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan.

Menariknya juga sirah (perjalanan) Baginda s.a.w menjadi salah satu rujukan hukum bagi umat Islam. Bermakna kisahnya akan sentiasa dipelihara dan diteliti oleh ulamak sehinggalah akhir zaman. Amatlah menyedihkan jika seorang yang bergelar Muslim tidak pernah mengetahui atau tak ambil port langsung akan kisah Nabinya yang mulia.

Keistimewaan sirah Baginda Rasul s.a.w ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai sudut kehidupan. Antaranya:

1.         Merupakan sirah seorang Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah (pembaharuan) yang paling sahih dan tepat. Ia sangat berpegang pada periwayatan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Ini berbeza dengan Rasul yang lain sebelumnya, yang mana kisahnya sudah banyak diselewengkan. Antara contoh kisah-kisah Rasul yang kurang tepat seperti kisah Nabi Musa a.s dalam Taurat, kisah Nabi Isa dalam Injil, atau kisah tokoh-tokoh bagi agama yang ramai pengikut seperti Buddha dan Confucious.

2. Kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas. Ia bermula sejak kehidupan keluarga bapa baginda sendiri iaitu Abdullah. Kemudiannya dikisahkan perkahwinan bapa Baginda  dengan ibu Baginda tercinta, Aminah. Kisah-kisahnya berterusan sehinggalah saat Allah Ta’ala menjemput kekasihNya ini kembali bertemu denganNya. Hari yang menjadi kesedihan yang teramat pada sahabt-sahabat yang sangat mencintai Baginda Rasul s.a.w.

3. Kisah perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun kemuliaan itu  tidak sampai mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Nabi tetap hidup seperti seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hidup beristeri, bersahabat dan mempunyai tanggungjawab pada masyarakat, keluarga dan juga dirinya sendiri. Meskipun begitu Nabi telah dijanjikan dengan jaminan ma’sum yang menjadikan Nabi terpelihara daripada sebarang dosa.

4.         Sirah Rasulullah s.a.w meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Nabi telah diangkat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan. Baginda menjadi contoh sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi, suami dan bapa yang penyayang, panglima perang yang bijak berstrategi dan malah baginda seorang motivator yang sentiasa menjadi inspirasi.

5.         Satu-satunya sirah yang menjadi dalil atas kebenaran risalah yang dibawa dan kenabian Baginda s.a.w sendiri. Ia menunjukkan betapa seorang yang sangat dimusuhi oleh kaumnya akhirnya menjadi seorang yang sangat dicintai oleh umatnya. Malah menjadi satu individu yang sangat berpengaruh dan dicemburui oleh musuh-musuh Islam sehingga kini. Berbeza dengan musuh-musuh tegarnya seperti Abu Jahal yang hidupnya terus di telan zaman dan hanya terkenal kerana sejarah penentangannya sahaja.

Banyak lagi yang boleh dikupas dari sudut keistimewaan Sirah Baginda s.a.w berbanding kisah-kisah yang lain. Malah sirah ini sentiasa dikaji oleh musuh-musuh Islam sendiri dan begitu dihadam oleh ramai orientalis atas nama mencari kelemahan.

Apa kata kita buat satu perubahan dari sudut rasa menunjukkan kecintaan kita yang hakiki pada Baginda s.a.w. Kecintaan pada Rasul mulia bukannya bermusim atau hanya bersempena.  Setiap detik kehidupannya sangat penting kita hayati dan diingati. Kecintaan hakiki perlu ditanam kemas dan subur sentiasa dalam hati. Barulah kita layak mengharap syafaat Nabi di akhirat nanti.

Hayatilah kisahnya dengan penuh keasyikan dan kecintaan. Begitu banyak ulama yang menulis kisahnya dengan penuh ketelitian yang masih berpegang pada kesahihan. Saya syorkan buku yang paling berkesan ketika ini ialah karangan Abdullah Mubarakfuri yang bertajuk Rahiq Makhtum. Buku ini sudah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Sirah perlulah diangkat menjadi satu ilmu yang wajib baca dan wajib tahu untuk lebih dihayati dan jelas difahami. Jika anda sangat mencintai Nabi, maka tidak perlu anda mencipta alasan untuk mengabaikan sirah. Menghayati sirah pastinya iman bercambah, sikap berubah, ego menyembah dan kecintaan pada agama kan meruah-ruah.

Sewangian kasturi kisah Muhamad, seharuman merbak kasihmu Umat.

Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
Kelmarin saya terpaksa menanggalkan pelekat poster Save Gaza dari bumper hadapan Myvi saya. Sudah hampir setahun ia kekal tertampal, sejak perhimpunan Save Gaza di Shah Alam pada bulan tiga tahun lepas. Perhimpunan yang berjaya mengumpulkan lima ribu orang di dalam stadium Melawati atas isu yang serius dan sangat bersemangat.

Sebolehnya ingin sahaja ia dibiarkan tertampal di Myvi.  Rasanya di Parcel D, Putrajaya, itulah satu-satunya kereta yang keluar masuk berpelekat Save Gaza. Pelekat tersebut telah menarik banyak mata-mata untuk bertumpu seketika kepada kereta saya. Namun sticker yang sudah semakin pudar di makan cuaca itu jelas  kelihatan tidak lagi menarik dan relevan untuk dikekalkan.

Pada awal–awal dahulu, ada yang menyokong, menegur dan bertanya di mana  boleh dapatkannya. Namun lama-kelamaan ada juga yang menyindir dan sedikit sinis. Seolah-olah saya memfokus pada isu yang terlalu jauh, hanya gimik dan  tiada kemampuan. Padahal isu di Malaysia berlambak lagi yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Iya ke?

Ada ketikanya, pelekat SG itu juga memberi nilai tambah di mata penguatkuasa.  Pernahlah terlepas saman laju hanya selepas pegawai polis itu menyedari adanya poster SG tertampal di hadapan. Sebab itu setiap kali road block, pelekat tersebut mampu menurunkan rasa syak wasangka mereka pada saya. Tidak perlu menyediakan cd mengaji, standby kopiah di tepi seperti yang disarankan oleh seorang kawan bagi tujuan menambah kepercayaan apabila ditahan pihak berkuasa. Bagus juga.

Sudah  setahun berlalu peristiwa Gaza dibedil secara besar-besaran  yang berlaku pada awal tahun lepas. Peristiwa yang telah menggemparkan seluruh umat Islam seketika. Ya, hanya seketika. Malah begitu banyak kutipan secara besar-besaran yang menyeluruh dijalankan . Atas dasar sikap prihatin dan pemurah yang ada pada sebahagian rakyat Malaysia,  ianya berjaya dilaksanakan dengan jumlah kutipan yang boleh dibanggakan.

Tidak kurang yang mengutuk dasar dan sikap kejam Israel tanpa mengira kedudukan dan latar belakang termasuk ahli politik dan artis-artis. Kempen kesedaran termasuk boikot juga rancak dan lantang disuarakan di mana-mana flat form yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai  risalah-risalah yang berkaitan dengan isu Palestin. Umat Islam di serata dunia dan di Malaysia khususnya seolah-olah bersatu seketika atas dasar cintakan Palestin, Masjid Aqsa dan kasih pada saudara Muslim yang tertindas. Semangat! Semangat!

Itulah antara hikmah yang terpaksa ditelan pahit oleh rejim Israel atas tindakan bodoh yang keterlaluan dan sikap biadap mereka tersebut. Malah Gaza masih bertahan hingga kini dan sokongan serta kepercayaan terhadap Hamas makin meningkat dan bukannya merosot. Rupa-rupanya strategi menindas secara terang-terangan tidak memberikan kredit tambahan pada mereka berbanding jika umat Islam dilalaikan. Hanya untuk test power bolehlah.

Namun sayang, awal tahun ini suasana itu tidak muncul lagi. Masing-masing membisu dan mungkin isu ini dianggap basi atau terlebih sudu. Tak tahulah mana silapnya, semangat itu semakin pudar dan lesu. Seolah-olah dunia sebelah sana tiada apa yang berlaku. Cerita Datin Rosmah berjaya pujuk Suzane Mubarak jugalah yang laku.

Adakah kita tertunggu-tunggu satu lagi operasi Yahudi terhadap rakyat Palestin secara terang-terangan?

Perlukah rejim Israel menyembelih saudara kita di sana secara beramai-ramai?

Perlukah sekali lagi Israel peragakan kekuatan militernya dengan angkuh di jalanan Gaza?

Rasanya mungkinlah kot.

Apa kata kita ambil peduli sekejap, dengan klik di sini

Mencari Nilai Pemuda Di Senja Zaman
Lelaki itu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengan Doktor Raghib al-Sirjani, yang merupakan seorang pemikir Islam masa kini. Rupa-rupanya dia hanya ingin mengadu masalah sikap  anaknya yang baru menginjak dua puluhan.

“Saya benar-benar bingung dengan gaya hidupnya, Doktor” tuturnya sambil mengeluh.

Melihat kesugulan lelaki tersebut, Doktor Raghib merasa kasihan. Namun beliau masih tidak jelas apakah sikap buruk anak lelaki tersebut.

“Apa maksud tuan sebenarnya? Adakah tuan ingin menceritakan sikap buruknya? Adakah dia anak yang tidak bersolat, malas belajar, tidak menundukkan pandangannya atau telah derhaka kepada orang tuanya?” Tanya Doktor Raghib sambil menebak.

Duganya itulah yang dirunsingkan oleh bapa itu seperti kebanyakan ibu bapa yang menghadapi karenah anak muda sekarang. Namun Doktor Raghib terperanjat apabila bapa itu menceritakan sebaliknya dengan penuh emosi, “Bukan begitu. Anak saya terlalu komitmen dengan agama. Ia selalu mencari dan mengkaji hukum hakam, baik yang kecil apatah lagi yang besar. Solatnya lebih banyak di masjid. Masa lapangnya hanya dihabiskan dengan membaca kitab berat-berat dan rujukan yang tebal. Hari- hari tidak jemu,  hanya asyik bicara tentang nasib Palestin, Iraq, Sudan dan Chechnya.”

Ujarnya lagi, “Saya sudah menasihatinya agar meninggalkan semua itu dan nikmatilah hidup selayak umur mudanya. Saya tidak pernah melarang dia bersolat, tetapi saya ingin dia bermain dan bersantai seperti layaknya pemuda lain. Tolonglah nasihatkan saya apa yang patut saya lakukan?”

Terus beliau menasihatinya agar bersyukur dan lebih banyak belajar daripada anaknya. Ia perlu sedar anaknya telah mendapat hikmah yang masih tidak kunjung tiba pada orang tua meskipun ia masih muda. Namun, emosi bapa itu semakin menjadi-jadi pula dan langsung tidak cuba memahami nasihat tersebut.

Bahkan ia bertegas, “Wahai Doktor, anak saya masih muda remaja, dan bukankah dia baru berumur dua puluh tahun!?”

Lantas Doktor Raghib terfikir kembali, apakah yang dimaksudkan dengan remaja atau pemuda dalam Islam? Apakah dan sejauh mana peranan serta tanggungjawab mereka sebenarnya? Adakah namanya pemuda, maka hidupnya perlu bersuka ria dan tidak perlu berfikir serius seperti kebanyakan pemuda sekarang? Hanya perlu berteman, bersosial dan habiskan masa bersenggang dangan perihal yang remeh temeh?

Persoalan ini, jika ditanya secara rambang pastinya mempunyai prepepsi yang berbeza. Jawapan yang pengaruhnya adalah mengikut pemikiran, cara dan suasana seseorang itu dibesarkan, dididik atau juga ditarbiyah. Pasti ada sahaja tanggapan dan alasan untuk mempertahankan gaya hidup yang dipilih. Hari ini Wardina jentik sikit sahaja perihal artis, sudah ada artis yang menyanggah dan mungkin menyampah.

Namun sampai bila generasi muda kini perlu hanyut dengan budaya luar, kita pun tidak pasti. Masih ramai yang mengejar dan bertemu cinta di Valentine, ringan-ringan di panggung wayang, meloncat-loncat di konsert dan sebagainya. Cuba-cubalah fikirkan, adakah masih lagi adanya generasi pemuda di kalangan bangsa kita yang seperti diangankan Umar dahulu?

Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
“Rumah ini bukan sahaja dipulaukan, malah pernah diugut, dibaling batu, sos dan cat.”

“Mereka ini perlukan kelas kemahiran dan agama, tetapi sayang tidak ramai yang sanggup datang. Tidak ramai yang berani melangkaui pagar yang di hadapan sana. Malah jika ada yang datang, membocorkan pula rahsia peribadi penghuni di luar”

“Masalah juga timbul apabila ingin menguruskan kematian suami mereka. Pernah upah yang diminta mencecah hampir dua ribu. Stigma masyarakat terlalu kuat sehingga ada yang mencurah klorok di sekeliling kubur suami mereka.”

“Mereka ini bila membuat barang jualan, tiada siapa yang ingin membeli, jika menjahit tiada siapa yang ingin menempah. Padahal mereka mampu dan ingin sekali menyara makan minum anak-anak dengan hasil sendiri.”

Itulah antara keluhan dan cabaran yang dihadapi oleh Pengurus rumah perlindungan bagi ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang hidup bersama HIV/AIDS. Atas lawatan kerja, saya berpeluang menziarahi rumah tersebut yang terletak di sebuah negeri yang tidak perlulah disebut. Takut nanti isu ini terus dipandang dari sudut politik pula oleh golongan tertentu.

Kegigihan Dr Zaharin yang mengusahakan rumah tersebut dengan sokongan ibunya amatlah dikagumi. Terasa betapa masih kurangnya pengorbanan kita untuk membantu saudara kita yang lain tanpa mengharapkan ganjaran. Beliau sanggup berhenti kerja sebagai doktor perubatan demi memastikan komuniti ibu-ibu tunggal yang hidup bersama HIV/AIDS di tempatnya terbela. Namun hasrat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Betapa ianya sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat, malah diri sendiri yang dicemuh. Hanya atas kerelaan untuk berbakti kepada mereka yang hidupnya sangat dipinggirkan.

Mereka ini rata-ratanya adalah isteri yang setia dan taat, namun kesetian dan kecintaan mereka itu dianugerahkan oleh suami mereka dengan satu gelaran yang terpaksa mereka bawa sehingga mati. Atas kecurangan dan kesilapan hidup yang dipilih oleh suami, mereka pula yang terpaksa berkongsi beban menanggung penyakit HIV. Malah saya seperti seakan tidak percaya disebalik keletah anak-anak comel mereka, ada keperitan yang tersimpan dan mungkin akan ada dendam yang perlu dileraikan.

Ketika sesi tazkirah, saya hanya mampu melirikkan kesabaran dan menitipkan harapan. Mengharap mereka redho dengan ketentuan, tabah dalam kesengsaraan meskipun saya sendiri dalam ketidakpastian.  Adakah diri mampu memikul beban yang peritnya sedemikian sehingga harga diri seolah tiada ruang dalam kehidupan.

Melihat gaya kami yang datang tanpa unsur stigma, hati mereka tersentuh. Seorang ibu tunggal yang paling muda di situ sangat terharu ketika menceritakan kehidupannya yang perit berstatus HIV positif. Malah anaknya yang kelihatan seperti kanak-kanak lembam yang aktif juga menerima nasib yang sama. Ada manik-manik jernih yang gugur diakhir bicaranya. Nasib baik sesi luahan yang merungkai diari kehidupan mereka tidak sempat diungkap oleh setiap penghuni di situ atas kesuntukan waktu. Jika tidak pasti kami sendiri yang akan menjadi sebak lantaran ada nada kepiluan pada setiap butir bicara mereka.

Mereka kelihatan kekampungan, lurus dan naif. Anggukan mereka dari setiap bicara saya membuatkan saya makin rasa bersalah dan kerdil. Saya hanya mampu berbicara manis dan indah, namun kepedihan tetap mereka tanggung sendirian. Biarpun rasa kasihan melihat wanita-wanita naif itu meneruskan sisa kehidupan, namun mereka sebenarnya adalah manusia hebat. Allah Ta’ala tidak akan menguji hambanya melainkan dengan melihat kekuatan yang dimiliki oleh hambaNya. Semakin besar ujian yang ditanggung, bermakna semakin besar keupayaan hamba itu miliki. Semakin tabah jiwa mereka, semakin besarlah ganjaran yang akan mereka terima.

Merenung mereka dari dalam, terpempan sebenarnya dengan ketabahan yang terpancar dari riak wajah  mereka. Mungkin keutuhan iman dan penggantungan mereka pada Allah lebih kukuh dan hebat. Kesakitan dan penghinaan itu telah menjadi nadi kematangan, merencah kekuatan yang tiada siapa boleh menilainya melainkan mereka sendiri.

Cuma harapan dan ruang penerimaan yang mereka dambakan dari masyarakat agar mereka mampu menyara dan membesarkan anak-anak. Wajarkah mereka dilemparkan segala kehinaan dan dianggap simbol kecelakaan yang mereka sendiri tidak pinta? Berilah mereka peluang untuk hidup bebas biarpun di sudut dunia mereka yang kecil.  Tingkatlah kefahaman kita mengenai penyakit HIV/AIDS, agar kita tidak bertindak bodoh dan berstigma yang keterlaluan. Apa yang pasti, bukan mudah penyakit ini berjangkit melainkan hanya melalui hubungan seks dan darah.

Di sebalik ketidakmatangan kita bertindak, kewajaran  yang kita rasa, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan, berdasarkan kenyataan yang didedahkan oleh Dr Zaharin dan ibunya.

“Kami juga sangat mementingkan pendidikan dan program bagi anak-anak yang hidup dengan HIV ini. Ini kerana ada kes yang membimbangkan di mana ada di kalangan mereka ini sangat berdendam dengan masyarakat. Akibat kehinaan dan diskriminasi yang diterima oleh keluarga mereka, ada di kalangan mereka yang berikrar dan berusaha untuk menularkan penyakit ini. Antaranya melalui aktiviti seks rambang di kalangan rakan-rakan remaja mereka. Malah ada remaja lelaki muda yang  terjebak kerana paksaan hubungan seks sonsang yang dilakukan oleh abang senior yang positif HIV terhadapnya ketika tinggal di asrama.”

Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
Orang kita memang terlalu rigid dengan cara berpakaian. Ia sememangnya ada kebaikan namun dari satu sudut kelihatan sedikit menyukarkan. Terutama apabila dilihat dari segi pelaksanaan, ruang dakwah dan proses tarbiyah. Contoh mudah pakaian ketika ingin bersolat di masjid. Orang kita selalunya wajib berpakaian Melayu, berkain dan berkopiah lengkap untuk bersolat terutama Maghrib dan Isyak.

Dalam hal ini berlainan pula di Mesir. Lazimnya tiada pakaian khusus yang dikenakan untuk ke masjid. Malah pemuda yang memakai tshirt tetapi melazimi solat berjemaah ini lebih diawasi oleh pihak perisik kerajaan berbanding mereka yang berjubah. Ini kerana ada yang hairan dan curiga dari mana kesedaran pemuda biasa tersebut telah datang.

Jadi jangan kita terlalu memandang dengan kurang senang terhadap pemuda yang tidak berapa menjaga etika pakaian orang kita di masjid. Kesedaran solat dan ingin berjemaah itu lebih penting. Kemungkinan dia di dalam perjalanan atau urusan. Ataupun beliau masih kurang peka dan baru sahaja hadir kesedaran dalam melazimi solat berjemaah. Akan tetapi kalau sudah tahu, janganlah sengaja buat-buat sengal pakai baju bergambar Metalica di belakang.

Bercerita tentang etika berpakaian, saya sendiri sering menghadapi masalah ini di tempat kerja. Cara berpakaian dapat menentukan kedudukan seseorang samaada ia seorang pegawai atau kakitangan sokongan. Oleh kerana itu sekali sekala saya ditegur juga kerana tidak mengenakan tali leher ketika waktu di pejabat.

Bukannya tidak mahu tetapi masalah berat badan yang meningkat membuatkan sukar untuk mengancing butang baju di leher. (Bilalah nak mula makan JM5) Namun ketika bermesyuarat apatah lagi jika sebagai pegawai mewakili Jabatan, maka saya terpaksa bertali leher meskipun rimas dan terasa seperti tercekik.

Seorang rakan pernah menukar cara pakaiannya secara drastik apabila ia mengajar. Kebiasaannya beliau berpakaian sedikit ala hip hop tetapi tidaklah sampai bertopi senget.  Namun ketika mengajar tutor, beliau mengenakan jubah, berkopiah dan berselendang serban di bahu. Mungkin dia ada alasan dan pandangan tersendiri mengenai cara berpakaian.

Teringat juga tiba-tiba ramai pula sibuk mengulas Forum Perdana pada Disember lepas. Kebanyakannya kerana gara-gara seorang ahli panelnya tidak menutup aurat dengan kemas dan pengacaranya pula tidak bersongkok. Maka kisah tudung tersebut, telah dijadikan modal hilang mengantuk ketika memberi tazkirah atau kuliah.

Sememangnya rasa peka itu sangat dipuji, namun masih perlu lagi kita cuba belajar sedikit meneliti. Ahli panel itu dijemput kerana beliau memegang jawatan penting dalam Majlis Aids Malaysia (MAC) dan sesuailah dengan minggu tersebut yang merupakan minggu AIDS sedunia.

Maka layaklah juga diberikan peluang untuk menceritakan usaha yang telah dilakukan dalam menangani masalah AIDS ini. Bukannya ingin bertanya hukum agama, apatah lagi meminta fatwa darinya. Ia juga adalah satu dakwah kepadanya di samping mengajak golongan yang terpinggir bagi mengikuti program yang berbentuk keagamaan.

Sebab itu JAKIM ketika itu cuba menukar format forum yang sudah taboo dengan baju Melayu bersongkok kepada pakaian yang ringkas. Malah kerusi VIP sendiri hanya kerusi merah dan bukannya sofa besar seperti kebiasaan. Bahkan pada minggu tersebut, khutbah Jumaat untuk empat masjid besar juga berkisar mengenai isu yang sama mengenai HIV/AIDS. Mungkin ada yang tidak perasan kerana terlena keletihan.

Cerita perihal HIV/AIDS, kita tidak boleh nafi ramai para ‘alimin yang masih tidak cuba mendekati golongan terpinggir ini. Malah ada yang tidak tahu, dahulunya terdapat pesakit di kalangan Muslim ini  dibela oleh pihak gereja.

Namun sayang, malam penayangan itu, isi dan harapan forum yang ingin disampaikan mungkin tidak begitu sampai.  Adakah atas kesilapan etika pemakaian semata-mata atau kesilapan dari sudut fokus penonton itu sendiri?

Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.

Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”

Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja  menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.

Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Bodohnya kerana mereka tidak mengaku jahil dan berpura-pura pula tahu. Bodohnya juga kerana mereka tidak menyedari hakikat suatu persoalan.

Soalan lebih luas mediumnya berbanding dengan jawapan dan sesiapa boleh melontarkannya. Apa yang kita rasa, lihat, atau dengar, semuanya boleh melahirkan berjuta persoalan dan pertanyaan.  Namun orang yang bertanya belum tentu mempunyai jawapan. Dia hanya mampu bertanya dan belum tentu menemukan jawapannya. Maknanya setiap persoalan adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak diketahui atau tidak jelas. Manakala jawapan hanya berkaitan dengan sesuatu yang diketahui.

Pengetahuan manusia sangatlah terbatas dan terhad berbanding ruang ilmu yang luas. Kita akui bahawa apa yang tidak diketahui lebih banyak daripada apa yang kita ketahui. Kerana itu kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin sehingga hayat masih ada. Apatah lagi jalur keluasan pencarian ilmu sekarang makin luas sehingga diistilahkan maklumat hanya di hujung jari.

Meskipun begitu perlu diingat, tidaklah kesemua maklumat itu bernama ilmu.  Langkah terbaik, penyebaran maklumat ini perlu disaring dan dikaji sebaik mungkin. Barulah jelas sejauh mana kebenarannya dan  di tahap mana kesahihannya. Bahkan walau sehebat mana teknologi, walau sebijak mana otak yang dimiliki, hakikatnya ilmu Allah tetap luas dan tidak mampu dicakupi.

Fitrah keterbatasan dan kelemahan inilah yang seringkali menjadikan perkiraan seseorang meleset dan hasilnya di luar jangka. Sehingggakan ada kalanya sesuatu yang meragukan dianggap ilmu, kebatilan dianggap kebenaran dan begitulah sebaliknya. Ini kerana persoalan sangat luas dan tidak dibatasi kelemahan. Ia tidak terbatas dengan ruang lingkup kehidupan yang kecil berbanding dengan jawapan.

Justeru cuba kita renung sebuah hadis yang menyatakan:

Dari Ibnu Umar, ada seorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tempat apakah yang paling buruk?”.

Nabi   menjawab, “Aku tidak tahu sehingga aku akan bertanya kepada Jibrail.”

Setelah ditanyakan kepada Jibrail, Jibrail mengatakan, “Aku juga tidak tahu. Kutanyakan dulu kepada Mikail.”

Pada akhirnya, Jibril datang dan mengatakan, “Tempat yang paling baik adalah masjid, sedangkan tempat yang paling buruk adalah pasar.”

(HR Ibnu Hibban no 1599 .Hasan)

Inilah prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w sendiri yang menunjukkan  kerendahan hatinya dan amanahnya pada ilmu. Jadi nampak bodoh sangatkah bila mengaku tak tahu?

Sekali lagi rendahkanlah hatimu kerana perubahan perlukan kerendahan.

Boleh juga baca artikel berkaitan:

1 Berlagak Tahu Yang Jahil

2 Aku Tidak Tahu

Setakat Badan Besar Belum Tentu
Kemarahan sering menimbulkan situasi tegang dan dituruti kebencian. Sudah pasti ia merenggangkan hubungan yang rapat, malah ada yang terus terputus. Kemarahan apabila meledak, rasional dan pertimbangan akan mula hilang. Namun ada beberapa cara yang diajar Nabi, langkah-langkah untuk mengawal kemarahan yang melampau.

Antaranya apabila terasa begitu marah, tukarkan posisi agar lebih tenang. Jika berdiri hendaklah duduk dan sekiranya masih tidak hilang juga cubalah berbaring jika keadaan mengizinkan. Ini untuk mengurangkan risiko terjadinya tindak balas yang tidak terkawal. Bukankah ketika berdiri lebih mudah untuk bertindak agresif berbanding duduk? Kalau tidak juga surut, beredarlah segera untuk  mencari lebih ketenangan dan kewarasan.

Marah berasal dari syaitan dan ia berasal dari api. Maka padamkanlah api itu dengan air wudhuk. Ucapkan Istia’zah (‘Auzubillah..) agar bertempiaran larinya syaitan yang mencucuk ketika itu. Elakkan juga melebih-lebihkan pertengkaran dan seeloknya diam.

Selain itu boleh juga kita cuba kaedah menarik nafas sedalam-dalamnya dan cepat-cepat kita beristigfar. Bila merasa tenang, fikirkan apa yang telah kita lakukan atau katakan tadi relevan atau tidak. Di Mesir sekiranya seseorang itu marah, akan ada orang menyuruhnya berselawat untuk kembali tenang dan jika di Saudi kalimah Ittaqillah diingatkan.

Adakah anda merasa kuat kerana memiliki tubuh badan berotot atau mempunyai tujuh lapan tali pinggang hitam ilmu pertahanan? Belum tentu, jika tidak mampu mengawal marah. Islam sangat menekankan kekuatan dalaman berbanding luaran. Maka itu Nabi ada bersabda yang maksudnya:

“Orang  yang kuat bukanlah orang yang kuat tubuh badannya, tetapi (orang yang  kuat itu adalah ) orang yang mampu menahan dirinya ketika marah.”  Muslim-2608

Apa yang penting kemarahan jangan di panjang-panjangkan dan terbawa-bawa sehingga menimbulkan perasaan benci dan dendam. Namanya Melayu, kata walau bertapis, tapi kalau terasa hati boleh bernanah habis. Namun sebagai penyejuk jiwa yang lahir dari naluri dan perasaan marah ini ialah KEMAAFAN.

Maaf adalah kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman kerana sesuatu kesalahan. Kemaafan itu biarpun berat tetapi adalah dendam yang terindah dalam keleraian di ufuk warna kehidupan kita sebagai insan yang hidup  bersahabat,bersaudara dan saling memerlukan.

Siramilah api kemarahan itu dengan kemaafan yang menunjukkan kematangan jiwa. Sekiranya marah itu menimbulkan ketegangan, pohonlah segera kemaafan apabila perasaan kembali tenang. Tidak gugur daging muka kita hanya kerana memohon maaf, malah memudahkan kita daripada terpaksa mencarinya di akhirat kelak. Sekiranya kita merasa benar sekalipun, hulurkanlah kemaafan pada yang terlanjur melakukan kesilapan.

Rendahkanlah hatimu kerana perubahan perlukan kerendahan.

Entry yang berkaitan: Amarah Tertahan Syurga Tergapai Tak nak ke bro?