Browsing all articles in Artikel

“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Read more »

Popularity: 15% [?]

Abu Bakar r.a. ketika dalam perjalanan hijrah bersama Nabi s.a.w, sering ditanya siapa yang menunggang di hadapannya. Bagi mengelakkan mereka dikenali dan dikesan musuh, maka beliau menjawab dengan kreatif, “Dia adalah penunjuk ‘jalan’ku.”

Dimaksudkannya adalah jalan kebenaran mengenal Allah Taala. Bukanlah penunjuk jalan yang sebenarnya, seperti mana yang difahami oleh mereka yang sangsi tersebut.

Renung pula kisah Nabi Yusuf yang bukan setakat hensem, tapi dia juga seorang perancang yang kreatif. Dia merancang hanya untuk memberi kesedaran yang lebih berimpak maksima pada saudara-saudaranya. Segala perancangan yang teliti dan bijaksana diatur, meskipun ia terpaksa bersabar menunggu hasil harapannya. Read more »

Popularity: 10% [?]

Seorang pengemis buta yang tidak berupaya telah duduk di tepi jalan. Sambil itu dia mengetuk-getuk tin kosong ditangannya bagi menarik perhatian. Tergantung sekeping papan nipis di lehernya yang tertulis, “Bantulah saya kerana saya orang buta.”

Namun tidak ramai yang menghulurkan wang, meskipun sempat membaca kenyataannya. Setelah lama dia bosan di situ, lalulah seorang lelaki. Dia berhenti seketika di hadapan pengemis itu sambil merenung papan tersebut.

Tanpa menghulurkan sedikit wangpun, dia terus menanggalkan papan itu lalu diterbalikkannya. Terpinga-pinga pengemis buta tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa. Kemudian lelaki itu menulis pula sesuatu dan menggantungkannya semula di leher orang buta tersebut dan segera berlalu.

Tidak semena-mena, ramai orang mula menghulurkan wang berbanding sebelumnya. Orang buta itu merasa sangat gembira namun hatinya masih tertanya-tanya. Read more »

Popularity: 29% [?]

“Aku sangat mengangan-angankan jika di dalam rumah ini adanya tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya.”

Betapa Umar r.a sangat merasakan peranan pemuda-pemuda yang hebat melebihi segala-galanya. Pemuda jiwanya kental, semangatnya tinggi dan tenaganya kuat. Ia adalah peringkat seseorang yang normal itu memiliki segala-galanya. Tanpa pemuda hebat, sesuatu bangsa itu akan mudah jatuh. . Mereka bagaikan pasak keutuhan suatu binaan agung. Masakan tidak, sejarah telah pun membuktikannya!

Pernah tak kita dengar bagaimana gerak langkah orang Eropah dahulu membaca kelemahan orang Islam?

Sebelum berlakunya penaklukan mereka terhadap Andalusia, apa yang mereka lakukan?

Bagaimana mereka boleh tahu bilakah umat Islam ketika itu berada dalam titik kelemahan? Read more »

Popularity: 35% [?]

Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula membelai. Read more »

Popularity: 22% [?]

Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan. Read more »

Popularity: 37% [?]

Kelmarin saya terpaksa menanggalkan pelekat poster Save Gaza dari bumper hadapan Myvi saya. Sudah hampir setahun ia kekal tertampal, sejak perhimpunan Save Gaza di Shah Alam pada bulan tiga tahun lepas. Perhimpunan yang berjaya mengumpulkan lima ribu orang di dalam stadium Melawati atas isu yang serius dan sangat bersemangat.

Sebolehnya ingin sahaja ia dibiarkan tertampal di Myvi.  Rasanya di Parcel D, Putrajaya, itulah satu-satunya kereta yang keluar masuk berpelekat Save Gaza. Pelekat tersebut telah menarik banyak mata-mata untuk bertumpu seketika kepada kereta saya. Namun sticker yang sudah semakin pudar di makan cuaca itu jelas kelihatan tidak lagi menarik dan relevan untuk dikekalkan.

Pada awal–awal dahulu, ada yang menyokong, menegur dan bertanya di mana  boleh dapatkannya. Namun lama-kelamaan ada juga yang menyindir dan sedikit sinis. Seolah-olah saya memfokus pada isu yang terlalu jauh, hanya gimik dan  tiada kemampuan. Read more »

Popularity: 35% [?]

Lelaki itu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengan Doktor Raghib al-Sirjani, yang merupakan seorang pemikir Islam masa kini. Rupa-rupanya dia hanya ingin mengadu masalah sikap  anaknya yang baru menginjak dua puluhan.

“Saya benar-benar bingung dengan gaya hidupnya, Doktor” tuturnya sambil mengeluh.

Melihat kesugulan lelaki tersebut, Doktor Raghib merasa kasihan. Namun beliau masih tidak jelas apakah sikap buruk anak lelaki tersebut.

“Apa maksud tuan sebenarnya? Adakah tuan ingin menceritakan sikap buruknya? Adakah dia anak yang tidak bersolat, malas belajar, tidak menundukkan pandangannya atau telah derhaka kepada orang tuanya?” Tanya Doktor Raghib sambil menebak. Read more »

Popularity: 34% [?]

“Rumah ini bukan sahaja dipulaukan, malah pernah diugut, dibaling batu, sos dan cat.”

“Mereka ini perlukan kelas kemahiran dan agama, tetapi sayang tidak ramai yang sanggup datang. Tidak ramai yang berani melangkaui pagar yang di hadapan sana. Malah jika ada yang datang, membocorkan pula rahsia peribadi penghuni di luar”

“Masalah juga timbul apabila ingin menguruskan kematian suami mereka. Pernah upah yang diminta mencecah hampir dua ribu. Stigma masyarakat terlalu kuat sehingga ada yang mencurah klorok di sekeliling kubur suami mereka.”

“Mereka ini bila membuat barang jualan, tiada siapa yang ingin membeli, jika menjahit tiada siapa yang ingin menempah. Padahal mereka mampu dan ingin sekali menyara makan minum anak-anak dengan hasil sendiri.” Read more »

Popularity: 45% [?]

Orang kita memang terlalu rigid dengan cara berpakaian. Ia sememangnya ada kebaikan namun dari satu sudut kelihatan sedikit menyukarkan. Terutama apabila dilihat dari segi pelaksanaan, ruang dakwah dan proses tarbiyah. Contoh mudah pakaian ketika ingin bersolat di masjid. Orang kita selalunya wajib berpakaian Melayu, berkain dan berkopiah lengkap untuk bersolat terutama Maghrib dan Isyak.

Dalam hal ini berlainan pula di Mesir. Lazimnya tiada pakaian khusus yang dikenakan untuk ke masjid. Malah pemuda yang memakai tshirt tetapi melazimi solat berjemaah ini lebih diawasi oleh pihak perisik kerajaan Read more »

Popularity: 36% [?]

“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.

Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”

Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja  menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.

Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Read more »

Popularity: 45% [?]

Kemarahan sering menimbulkan situasi tegang dan dituruti kebencian. Sudah pasti ia merenggangkan hubungan yang rapat, malah ada yang terus terputus. Kemarahan apabila meledak, rasional dan pertimbangan akan mula hilang. Namun ada beberapa cara yang diajar Nabi, langkah-langkah untuk mengawal kemarahan yang melampau.

Read more »

Popularity: 8% [?]

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

August 2010
M T W T F S S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 11116
Currently Online: 1

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters