“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”

Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar  nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.

Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Tiba-tiba dia beriya-iya sangat meminta lebihan air minuman saya. Bukan mengada-ngada, tetapi semata-mata yakin akan mendapat berkat mulia.

Berkat apa tu? Berkatnya atas sisa air saya sebagai pelajar tahfiz. Padahal hafalan ketika itu masih lagi boleh dikira. Saya tidak pasti sekarang beliau di mana, apakah kini berjaya cemerlang dek sisa tersebut atau hidupnya merana.

Baiklah, apabila sebut guru, bukan setakat teringat rotan atau Hari Guru. Tetapi sebut guru, pelajar dan ilmu pasti terkait rapat. Digelar pelajar kerana berguru dan digelar guru kerana ada pelajar yang haus ilmu. Siapa di dunia ini mahu berlagak pandai tanpa guru?

Nabi s.a.w sendiri diajar secara berguru dengan Jibrail a.s yang sangat-sangat membantu. Adab Baginda bersama guru banyak terakam ketika peristiwa Isra dan Mikraj selain menerima wahyu. Lantaran tunjuk ajar yang dicurahkan, Baginda sangat memuliakan Jibrail a.s selama ia menjadi pengantara antara Baginda Nabi s.a.w dengan Allah Ta’ala.

Adab atau cara berguru juga ada dipaparkan dalam bentuk kisah di dalam al-Quran. Seperti kisah pengalaman Nabi Musa a.s ketika bersama dengan seorang yang lebih berilmu dan tahu darinya. Biasalah tidak tahu, belajarlah dari orang yang tahu. Yang terasa jahil, menuntutlah dari orang yang ‘alim biarpun diri akan terasa kerdil.

Dalam tasawuf, guru jangan dibuat main-main. Dia diangkat pada satu tingkat yang begitu tinggi dan sangat dimuliakan. Malah tingkat seorang ahli tasawuf berdasarkan sejauh mana ketaatan dan keakrabannyan dengan guru mereka yang lebih di kenali sebagai Syeikh. Syeikh yang menjadi murabbi ini akan memantau segala gerak laku muridnya dengan penuh ketelitian,  berdasarkan takwa mereka yang tinggi.

Kata Syeikh Abdul Kadir al-Jilani, “Sesiapa yang tidak mempercayai kesempurnaan pada gurunya dia tidak akan berjaya sama sekali.”

Fuh, mesti bangga para guru mendengarnya. Justeru ramailah guru terutamanya para ustaz yang teringin sangat dimuliakan bagai seorang Syeikh. Mereka mahu dihormati, dipatuhi, ditaati dan dikasihi. Tidak cukup dengan itu ada yang tidak segan untuk dampak hebat dengan pakaian ala Syeikh. Segaknya, dengan berselendang kemas serban di bahu, selain berjubah dan berserban putih. Memang dampak hebat.

Mereka mahukan pelajar yang bukan sahaja cerdas tetapi sempurna total tahap ketaatannya. Taat yang tak boleh blah. Kalau boleh pelajar itu pijak jarum pun tak rasa sakit apabila di hadapannya. Jangan sedikit pun ada ruang untuk mempertikaikannya, baik secara pandangan atau luahan semata. Sayangnya kesemua itu bagi mereka nampak remeh atau budak-budak punya cerita. Apatah lagi jika tentangan, kritikan dan bantahan secara jelas. Melampau dan memang cari nahaslah budak tu. Bila hati panas, maka semakin tipislah limpahan keberkatan yang tuntas, biarpun pelajar itu belajarnya cerdas. Tak berkat weh!

Itulah antara kelebihan berkorban menjadi guru. Sememangnya jelas dan kita perlu setuju bahawa pelajar kena hormatkan guru. Tiada guru kita akan mati kutu. Jadi, apa masalahnya?

Tidak ada apa masalah, cuma masih ada kelirunya tentang persoalan berkat guru ni. Apa kata  kita cuba renung-renung dahulu persoalan-persoalan ini.

Meskipun pengorbanannya sangat mulia, tetapi semakbul mana sebenarnya doa guru mampu dikabulkan?

Apakah ciri-ciri guru yang mempunyai keberkatan dan kekuatan doa yang mustajab?

Adakah sememangnya guru tidak boleh sama sekali dipertikaikan?

Mana lebih penting, liabiliti perguruan atau ilmu dan qudwah(teladan) yang perlu ditunjukkan?

Bersambung kot….

SELAMAT HARI GURU…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 15% [?]

8 Comments to “Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?”

  • salam…

    Hmm… ustaz sampaikan mesej kat atas begitu santai/sempoi je… ada kala macam ustaz bercakap dengan kami as reader je… hmmm

    Ya, persoalan2 kat bawah tu yang saya nantikan jawapannya…

    Ada kala guru yang melampaui batas kesabaran muridnya… apakah hak sebagai murid? rr… susah mahu putuskan kesimpulannya…

    selamat Hari Ustaz(guru)!
    Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog .. My ComLuv Profile

    [Reply]

    hadjieNo Gravatar Reply:

    Persoalan-persoalan tu bukan untuk ditunggu jawapannya dari saya, tapi diajak untuk menjawab sama.
    Boleh nak tulis terlebih sempoi Li, tapi nanti tak sepadan umur pulak.

    [Reply]

    Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)No Gravatar Reply:

    salam…

    mmmm.. nak jawab tapi tak da dalil ,,,

    tapi masa sekolah dulu memang saya respect guru sampai saya rasa cikgu itu orang yang sangat dan wajib dihormati..Tapi bila masuk U, hmmm.. saya tak nampak dimana ketokohan guru di kebanyakan jiwa lecturer… jarang jumpa… :) sadly…
    apa2pun kena juga hormat mereka…

    Hmmm.. jangan sempoi sangat Ustaz, biasa2 sudah.
    Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog .. My ComLuv Profile

    [Reply]

  • Berkat atau tidak bukan masalah utama. Yang menjadi permasalahan adalah adab :D

    [Reply]

    hadjieNo Gravatar Reply:

    Benar, tapi ada guru yang menuntut adab dengan menggertak berkat, bukan dengan qudwah dan sikap.

    [Reply]

  • Jasa seorang guru amatlah tak terkira nilainya,kalau la masa boleh di undurkan kembali,nak juga bertemu semua guru yang mengajar saya dahulu
    wazy´s last blog ..Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an My ComLuv Profile

    [Reply]

  • bagi aku, kalo cikgu tue ok jer, mengajar, tak makan gaji buta, peduli hal ehwal pelajar.. oklaaa tue, hormat laa dia.. hohoo
    samanosuke_04´s last blog ..Aku VS Lisa Surihani… My ComLuv Profile

    [Reply]

  • salam…selamat hari guru ustaz!!!!!!maap tlwat sgt2 dh ni…bru mula mbca blog plak ni.dh lama tggalkn…halalkan ilmu y ustaz ajar dlu yer…

    Halim..ukm

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 13547
Currently Online: 1

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters