Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”
Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?
Ada tak tokoh-tokoh dahulu yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?
Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan.
Menariknya juga sirah (perjalanan) Baginda s.a.w menjadi salah satu rujukan hukum bagi umat Islam. Bermakna kisahnya akan sentiasa dipelihara dan diteliti oleh ulamak sehinggalah akhir zaman. Amatlah menyedihkan jika seorang yang bergelar Muslim tidak pernah mengetahui atau tak ambil port langsung akan kisah Nabinya yang mulia.
Keistimewaan sirah Baginda Rasul s.a.w ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai sudut kehidupan. Antaranya:
1. Merupakan sirah seorang Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah (pembaharuan) yang paling sahih dan tepat. Ia sangat berpegang pada periwayatan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Ini berbeza dengan Rasul yang lain sebelumnya, yang mana kisahnya sudah banyak diselewengkan. Antara contoh kisah-kisah Rasul yang kurang tepat seperti kisah Nabi Musa a.s dalam Taurat, kisah Nabi Isa dalam Injil, atau kisah tokoh-tokoh bagi agama yang ramai pengikut seperti Buddha dan Confucious.
2. Kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas. Ia bermula sejak kehidupan keluarga bapa baginda sendiri iaitu Abdullah. Kemudiannya dikisahkan perkahwinan bapa Baginda dengan ibu Baginda tercinta, Aminah. Kisah-kisahnya berterusan sehinggalah saat Allah Ta’ala menjemput kekasihNya ini kembali bertemu denganNya. Hari yang menjadi kesedihan yang teramat pada sahabt-sahabat yang sangat mencintai Baginda Rasul s.a.w.
3. Kisah perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun kemuliaan itu tidak sampai mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Nabi tetap hidup seperti seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hidup beristeri, bersahabat dan mempunyai tanggungjawab pada masyarakat, keluarga dan juga dirinya sendiri. Meskipun begitu Nabi telah dijanjikan dengan jaminan ma’sum yang menjadikan Nabi terpelihara daripada sebarang dosa.
4. Sirah Rasulullah s.a.w meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Nabi telah diangkat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan. Baginda menjadi contoh sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi, suami dan bapa yang penyayang, panglima perang yang bijak berstrategi dan malah baginda seorang motivator yang sentiasa menjadi inspirasi.
5. Satu-satunya sirah yang menjadi dalil atas kebenaran risalah yang dibawa dan kenabian Baginda s.a.w sendiri. Ia menunjukkan betapa seorang yang sangat dimusuhi oleh kaumnya akhirnya menjadi seorang yang sangat dicintai oleh umatnya. Malah menjadi satu individu yang sangat berpengaruh dan dicemburui oleh musuh-musuh Islam sehingga kini. Berbeza dengan musuh-musuh tegarnya seperti Abu Jahal yang hidupnya terus di telan zaman dan hanya terkenal kerana sejarah penentangannya sahaja.
Banyak lagi yang boleh dikupas dari sudut keistimewaan Sirah Baginda s.a.w berbanding kisah-kisah yang lain. Malah sirah ini sentiasa dikaji oleh musuh-musuh Islam sendiri dan begitu dihadam oleh ramai orientalis atas nama mencari kelemahan.
Apa kata kita buat satu perubahan dari sudut rasa menunjukkan kecintaan kita yang hakiki pada Baginda s.a.w. Kecintaan pada Rasul mulia bukannya bermusim atau hanya bersempena. Setiap detik kehidupannya sangat penting kita hayati dan diingati. Kecintaan hakiki perlu ditanam kemas dan subur sentiasa dalam hati. Barulah kita layak mengharap syafaat Nabi di akhirat nanti.
Hayatilah kisahnya dengan penuh keasyikan dan kecintaan. Begitu banyak ulama yang menulis kisahnya dengan penuh ketelitian yang masih berpegang pada kesahihan. Saya syorkan buku yang paling berkesan ketika ini ialah karangan Abdullah Mubarakfuri yang bertajuk Rahiq Makhtum. Buku ini sudah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.
Sirah perlulah diangkat menjadi satu ilmu yang wajib baca dan wajib tahu untuk lebih dihayati dan jelas difahami. Jika anda sangat mencintai Nabi, maka tidak perlu anda mencipta alasan untuk mengabaikan sirah. Menghayati sirah pastinya iman bercambah, sikap berubah, ego menyembah dan kecintaan pada agama kan meruah-ruah.
Sewangian kasturi kisah Muhamad, seharuman merbak kasihmu Umat.
Popularity: 37% [?]
21 Comments to “Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?”
Post comment
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked












zik
Nabi Muhammad S.A.W adalah sebaik contoh buat umat manusia ….perjuangannya menyebarkan dakwah telah tersebar sehingga hari ini… bersyukur sangat sebab lahir2 terus agama islam.

zik´s last blog ..Demi sesuap nasi.
[Reply]
hadjie
Reply:
March 8th, 2010 at 10:31 pm
Beruntung dan nikmatnya iman yang dicari, bukan kerana diwarisi.
[Reply]
ahmadyusrie
salam,
ada hikmahnya juga kan setiap perkataan & perbuatan Rasulullah tu diletak sebagai suatu sunnah.
maka setiap amalan harian baginda akan dilihat dan diamalkan oleh para sahabat dan seterusnya kita pada hari ini..
[Reply]
hadjie
Reply:
March 8th, 2010 at 10:39 pm
Allah Maha Tahu. Nabi qudwah (ikon) yang diberi kredit lagi bila mengikutinya. Bila Muslim beramal berlandaskan sunnah, maka mereka akan menjaga sumber hukum tersebut. Automatik sirah Nabi kukuh dan akhirnya tetap sampai pada kita.
[Reply]
zoul
Salam…
Muhammad SAW…
membawa cahaya dikala kegelapan,
membawa ilmu dikala manusia dalam kejahilan,
Kekasih Allah, manusia sanjungan.
Tetapi.. aku sedih,
Salah tafsiran membawa perpecahan, umatmu kini tiada perpaduan.
Mereka alpa mengejar kemajuan, tidak lagi Islam menjadi pegangan.
Kealpaan umatmu diakhir zaman, Muhammad menjadi bahan tohmahan.
Penghinaan dilemparkan, tiada tangkisan.
Kerna umat mu kini, tidak lagi berani.
Ya Allah padamu ku bergantung, menghadap sikafir tak tahu diuntung.
Semoga mereka dapat menerima, agar tidak dilanda azab dan malapetaka.
zoul´s last blog ..Waktu Aku Kecik
[Reply]
hadjie
Reply:
March 9th, 2010 at 7:14 pm
Islam datang dengan fitrah dan perjuangan. Sebab tu nabi sanggup patah-patah gigi dan gali parit sama-sama. Kita sendiri perlu berjuang untuk agama.
[Reply]
ishak
nabi muhammmad meninggalkan kita seolah-olah baru semalam………
[Reply]
hadjie
Reply:
March 9th, 2010 at 7:20 pm
Semalam kita ditinggalkan, hari ini kita menjadi harapan, esok kitalah penentuan.
[Reply]
surihati_ku
salam tuan rumah..
terima kasih sb sudi masuk ke blog suri..
kekuatan beliau harus dicontohi..diikuti oleh umat2 sekarang..
[Reply]
hadjie
Reply:
March 9th, 2010 at 7:22 pm
Umat-umat tu kitalah orangnya. Orang yang beragama hanif tetap dikira umat meskipun keseorangan.
[Reply]
faizal
salam ustaza
muda-mudi kita lebih kenal artis2 dari nabi sendiri.
moga2 kita menjadi orng yg sentiasa mengikut sifat2 nabi..ameen
p/s:ingatan untuk diri sendiri and then orng lain
faizal´s last blog ..It’s Time for the Job
[Reply]
hadjie
Reply:
March 10th, 2010 at 6:53 pm
Kalau anggap pendidikan agama hanya untuk lulus atau score A, begitulah jadinya kot. Baiknya kalau P. Agama jadi satu paper wajib UPSR untuk permulaan ni.
[Reply]
samanosuke_04
aku suka sirah2 nabi nie.. hehe, aku syorkan semua orang tgk cita ‘evan almighty’, walopon crita tue crite lawak dan mengarut.. tapi kalo korang kaitkan ngan kisah Nabi Nuh, bleh feel gak rr sedeyh die tue…
samanosuke_04´s last blog ..Sikit Follower Twitter? Jom Retweet!
[Reply]
hadjie
Reply:
March 10th, 2010 at 7:01 pm
Bab2 sirah Nabi ni, eloklah cari yang betul2 sahihnya. Kalau orang kafir buat, mesti ada selewengnya. Mungkin sesuai untuk membaca filem, bukan menonton filem.
[Reply]
mus
Segenggam Tabah perlu kita ambil sebagai tanda kasih..
mus´s last blog ..Persis Nill
[Reply]
hadjie
Reply:
March 13th, 2010 at 7:34 am
Tabah jika diuji, tapi kalau mahu diuji kenalah buat kerja-kerja Nabi.
[Reply]
akimsaif
kunjung-mengunjug amalan mulia..
akimsaif´s last blog ..Persis Nill
[Reply]
imran
Bila Maulid, ramai la yang ingat Rasulullah S.A.W. Padahal setiap hari kita dianjurkan mengamalkan Selawat sekurang-kurangnya 100 kali
p/s : Masih guna favicon ‘sepak aku’???
[Reply]
hadjie
Reply:
March 13th, 2010 at 7:29 am
Banyak tu 100 kali. Kalau istiqmah, InsyaAllah banyak ganjarannya. TT ni masih lagi berdomainkan rumah Sepak Aku. Hosting je yang bertukar. Bajet maa…
[Reply]
Nadri
Saya ada mendengar ceramah maulid di tempat saya pd minggu lepas. Penceramah undangan Ustz Fauzi, pengacara program Al-Kuliyah.
Beliau akan menyatakan bahawa mengikut kajian barat, Nabi Muhammad saw menduduki tempat pertama didalam senarai orang2 yang berpengaruh didunia..
Sungguh beruntung kita menjadi umatnya..Nabi mmg amat sayang akan umatnya ttp sedihnya umatnya tak sayang akan nabinya…
[Reply]
hadjie
Reply:
March 18th, 2010 at 5:14 pm
Benar, Nabi Muhammad s.a.w menjadi orang yang pertama dan paling berpengaruh mengikut Michael H. Hart, seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di US dalam bukunya “The 100″
[Reply]