Browsing all articles from March, 2010

Macam tidak percaya ada lagi yang terpaksa menjual diri dalam umur 60 an. Bukan di Thailand atau Indonesia , tapi di sini. Tidak tahulah silap di mana, sehingga mereka terpaksa memilih jalan hina tersebut. Kesempatan outreach saya baru-baru ini benar-benar telah menyentak minda dan perasaan.

Malam itu, bersama petugas pusat khidmat sosial berdekatan, kami mula berpecah dan bergerak  dalam kumpulan yang kecil. Ketika itu perasaan ingin tahu bercampur baur dengan rasa gelisah. Adakah kami akan diganggu atau dirayu? Atau adakah kami akan tergoda dengan kecantikan dan godaan mereka nanti? Kesemua kemungkinan itu menambahkan lagi rasa cuak, seriau dan berdebar yang masih tidak hilang.

Namun, kesemua itu tiba-tiba berubah menjadi rasa hairan bercampur kasihan. Bertukar gara-gara bertemu dengan  Mia (bukan nama sebenar), wanita sasar pertama yang ketemu di jalanan. Read more »

Popularity: 24% [?]

“Jangan lupa bawa kamera, nanti boleh ambil gambar masuk dalam blog,” pesan saya pada rakan sebelum kami bertolak pergi ke pesta buku semalam. Seperti tahun-tahun lepas, memang teruja sangatlah hendak pergi KLIBF  untuk 2010 pula. Cuma pergi sekarang ada sedikit dengan jiwa wartawan. Nanti boleh buat laporan dalam blog kononnya.

Sampai sana, parking macam biasa kena pusing-pusing dahulu baru jumpa.  Bila masuk PWTC tu, Nampak susunan gerai-gerainya masih tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cumanya beberapa syarikat buku Melayu gergasi terletak di dewan seberang sungai. Rugilah  siapa yang malas berjalan menyeberangi sungai untuk ke dewan tersebut.  Read more »

Popularity: 35% [?]

Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”

Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat,  bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula membelai. Read more »

Popularity: 22% [?]

Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”

Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?

Ada tak tokoh-tokoh dahulu  yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?

Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita  dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan. Read more »

Popularity: 37% [?]

(Kami dapati akaun tintataghyir.com menggunakan hampir 80% cpu resource server kami, ini menyebabkan server load tinggi dan boleh menyebabkan server down. Maybe plugin/theme atauun pengunjung yang terlalu ramai memasuki laman web awak. Server kami tidak dapat lagi tampung web awak kerana penggunaan resource yang tinggi tersebut. Jadi kami cadangkan kurangkan plugin-plugin yang digunakan ataupun bertukar ke hosting lain yang lebih power dari server kami. Kami masih lagi monitor web awak dan jika masih menyebabkan load yang tinggi dalam masa 24jam selepas ini kami terpaksa suspend terus.)

Kenyataan di atas adalah sebahagian email yang dihantar oleh pihak Sepaku kepada saya. Tidak mahulah ulas email tu panjang-panjang, cuma saya ada satu persoalan. Adakah anda buat blog, perah idea, edit sana, edit sini, blogwalking, komen blog orang, jawab komen dan apa sahaja berkaitan blog anda tanpa ada rasa untuk tingkatkan trafik? Read more »

Popularity: 86% [?]

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 11116
Currently Online: 0

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters