“Rumah ini bukan sahaja dipulaukan, malah pernah diugut, dibaling batu, sos dan cat.”

“Mereka ini perlukan kelas kemahiran dan agama, tetapi sayang tidak ramai yang sanggup datang. Tidak ramai yang berani melangkaui pagar yang di hadapan sana. Malah jika ada yang datang, membocorkan pula rahsia peribadi penghuni di luar”

“Masalah juga timbul apabila ingin menguruskan kematian suami mereka. Pernah upah yang diminta mencecah hampir dua ribu. Stigma masyarakat terlalu kuat sehingga ada yang mencurah klorok di sekeliling kubur suami mereka.”

“Mereka ini bila membuat barang jualan, tiada siapa yang ingin membeli, jika menjahit tiada siapa yang ingin menempah. Padahal mereka mampu dan ingin sekali menyara makan minum anak-anak dengan hasil sendiri.”

Itulah antara keluhan dan cabaran yang dihadapi oleh Pengurus rumah perlindungan bagi ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang hidup bersama HIV/AIDS. Atas lawatan kerja, saya berpeluang menziarahi rumah tersebut yang terletak di sebuah negeri yang tidak perlulah disebut. Takut nanti isu ini terus dipandang dari sudut politik pula oleh golongan tertentu.

Kegigihan Dr Zaharin yang mengusahakan rumah tersebut dengan sokongan ibunya amatlah dikagumi. Terasa betapa masih kurangnya pengorbanan kita untuk membantu saudara kita yang lain tanpa mengharapkan ganjaran. Beliau sanggup berhenti kerja sebagai doktor perubatan demi memastikan komuniti ibu-ibu tunggal yang hidup bersama HIV/AIDS di tempatnya terbela. Namun hasrat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Betapa ianya sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat, malah diri sendiri yang dicemuh. Hanya atas kerelaan untuk berbakti kepada mereka yang hidupnya sangat dipinggirkan.

Mereka ini rata-ratanya adalah isteri yang setia dan taat, namun kesetian dan kecintaan mereka itu dianugerahkan oleh suami mereka dengan satu gelaran yang terpaksa mereka bawa sehingga mati. Atas kecurangan dan kesilapan hidup yang dipilih oleh suami, mereka pula yang terpaksa berkongsi beban menanggung penyakit HIV. Malah saya seperti seakan tidak percaya disebalik keletah anak-anak comel mereka, ada keperitan yang tersimpan dan mungkin akan ada dendam yang perlu dileraikan.

Ketika sesi tazkirah, saya hanya mampu melirikkan kesabaran dan menitipkan harapan. Mengharap mereka redho dengan ketentuan, tabah dalam kesengsaraan meskipun saya sendiri dalam ketidakpastian.  Adakah diri mampu memikul beban yang peritnya sedemikian sehingga harga diri seolah tiada ruang dalam kehidupan.

Melihat gaya kami yang datang tanpa unsur stigma, hati mereka tersentuh. Seorang ibu tunggal yang paling muda di situ sangat terharu ketika menceritakan kehidupannya yang perit berstatus HIV positif. Malah anaknya yang kelihatan seperti kanak-kanak lembam yang aktif juga menerima nasib yang sama. Ada manik-manik jernih yang gugur diakhir bicaranya. Nasib baik sesi luahan yang merungkai diari kehidupan mereka tidak sempat diungkap oleh setiap penghuni di situ atas kesuntukan waktu. Jika tidak pasti kami sendiri yang akan menjadi sebak lantaran ada nada kepiluan pada setiap butir bicara mereka.

Mereka kelihatan kekampungan, lurus dan naif. Anggukan mereka dari setiap bicara saya membuatkan saya makin rasa bersalah dan kerdil. Saya hanya mampu berbicara manis dan indah, namun kepedihan tetap mereka tanggung sendirian. Biarpun rasa kasihan melihat wanita-wanita naif itu meneruskan sisa kehidupan, namun mereka sebenarnya adalah manusia hebat. Allah Ta’ala tidak akan menguji hambanya melainkan dengan melihat kekuatan yang dimiliki oleh hambaNya. Semakin besar ujian yang ditanggung, bermakna semakin besar keupayaan hamba itu miliki. Semakin tabah jiwa mereka, semakin besarlah ganjaran yang akan mereka terima.

Merenung mereka dari dalam, terpempan sebenarnya dengan ketabahan yang terpancar dari riak wajah  mereka. Mungkin keutuhan iman dan penggantungan mereka pada Allah lebih kukuh dan hebat. Kesakitan dan penghinaan itu telah menjadi nadi kematangan, merencah kekuatan yang tiada siapa boleh menilainya melainkan mereka sendiri.

Cuma harapan dan ruang penerimaan yang mereka dambakan dari masyarakat agar mereka mampu menyara dan membesarkan anak-anak. Wajarkah mereka dilemparkan segala kehinaan dan dianggap simbol kecelakaan yang mereka sendiri tidak pinta? Berilah mereka peluang untuk hidup bebas biarpun di sudut dunia mereka yang kecil.  Tingkatlah kefahaman kita mengenai penyakit HIV/AIDS, agar kita tidak bertindak bodoh dan berstigma yang keterlaluan. Apa yang pasti, bukan mudah penyakit ini berjangkit melainkan hanya melalui hubungan seks dan darah.

Di sebalik ketidakmatangan kita bertindak, kewajaran  yang kita rasa, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan, berdasarkan kenyataan yang didedahkan oleh Dr Zaharin dan ibunya.

“Kami juga sangat mementingkan pendidikan dan program bagi anak-anak yang hidup dengan HIV ini. Ini kerana ada kes yang membimbangkan di mana ada di kalangan mereka ini sangat berdendam dengan masyarakat. Akibat kehinaan dan diskriminasi yang diterima oleh keluarga mereka, ada di kalangan mereka yang berikrar dan berusaha untuk menularkan penyakit ini. Antaranya melalui aktiviti seks rambang di kalangan rakan-rakan remaja mereka. Malah ada remaja lelaki muda yang  terjebak kerana paksaan hubungan seks sonsang yang dilakukan oleh abang senior yang positif HIV terhadapnya ketika tinggal di asrama.”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 45% [?]

13 Comments to “Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan”

  • hubungan sejenis kini semakin meruncing..tak tahu nak kate ape..dunia mmg dah terbalik dah. masyarakat islam kini hanya menunggu masa untuk ditukar kan kepada umat yg lebih baik. pasal kesedaran masyarakat tentang stigma ini bg ana ramai dah tahu dan ada kesedaran, tapi mngkin melihat kepada masalah umat yg semakin hilang kemanusian terutama bab seks, mgkn itu mnjd tanggapan asas bg pesakit HIV nie.. Tanpa melihat sebab pipih yg mendatang seperti anak dari hasil itu dan pesakit yg tidak disengajakan seperti terkena darah HIV…Itu semua perlu ditangani dengan ilmu..w’allahhu a’lam..

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Beri mereka ruang. Sekurang-kurangnya mereka mampu berdiri dengan kaki sendiri. Jangan doakan bukan-bukan bro.

    [Reply]

  • Tahniah la ustaz, sbenarnya masih ramai di kalangan masyarakat kita tidak boleh menerima golongan seperti ini. Ekoran dari kejahilan mereka dalam pengetahuan tentang HIV/AIDS ini. Dengan kata kata lain Stigma yang telah berkarat pada fikiran meraka. Semoga insan-insan terpinggir seperti ini tabah menerima dugaan.

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Tahniah aponya Ise? Kitalah kena usaha keras sikit untuk mengurangkan stigma masyarakat ni. Pelan tindakan mana? Mana pelan tindakan?

    [Reply]

  • Salam ustaz,
    bila melihat keperitan mereka, apa yang mampu ialah menghulur secebis rasa simpati dan memberi harapan. tetapi, mereka sendirilah yang perlu bangkit dan meneruskan perjuangan…

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Mereka ingin bangkit, mereka ingin berusaha. Malah ada yang datang secara sukarela kerana takut membebankan keluarga. Namun wajar ke kalau ingin belajar agama atau satu dua kemahiran, mereka ditolak mentah-mentah?

    [Reply]

  • menakutkan bila cerita mengenai hubungan seks songsang ni… terutama pada pelajar berasrama penuh

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Kena buat ujian saringan HIV ni bila masuk asrama.

    [Reply]

    ariffNo Gravatar Reply:

    Ades. Betul2 berlaku ke? Aku dulu SBP gak. tapi takde pun kes pelik-pelik macam ni.
    ariff´s last blog ..ariffshah: Jalan Jalan Beijing (Part 4) – Beijing: Pelik & Menarik http://gengblogger.com/read/31340 My ComLuv Profile

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Tapi itulah yang diceritakan pada saya. Sebab itu diaorang ini sungguh-sungguh take care biar jangan merebak. Malah ibu-ibu tunggal tu semua yang kematian suami sebab HIV/AIDS. Kalau yang bercerai hidup diaorang tak ambil, takut rujuk balik.

    [Reply]

    muhammad fakhruddinNo Gravatar Reply:

    Assalamualaikum,
    ya mungkin gejala ini berputik di asrama penuh.Tetapi bukan semua,hanya segelintir.
    muhammad fakhruddin´s last blog ..Valentine’s Special My ComLuv Profile

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Ish, tidaklah semua. Cuma dari kenyataan tu, bukan sebab nafsu tapi atas rasa dendam dan ketidakpuashatian. Memang kita sakit hati dengarnya, tapi sikap masyarakat yang kejam juga menjadi puncanya. Kita yang telah bakulkan sekali semua mereka dalam raga nista.

    [Reply]

  • sampaikan salam pd syabab (fairuzzaman)…
    dakwatpena´s last blog ..Qiraat Syazzah; Bawang Putih My ComLuv Profile

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 13278
Currently Online: 0

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters