21
Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
Kelmarin saya terpaksa menanggalkan pelekat poster Save Gaza dari bumper hadapan Myvi saya. Sudah hampir setahun ia kekal tertampal, sejak perhimpunan Save Gaza di Shah Alam pada bulan tiga tahun lepas. Perhimpunan yang berjaya mengumpulkan lima ribu orang di dalam stadium Melawati atas isu yang serius dan sangat bersemangat.
Sebolehnya ingin sahaja ia dibiarkan tertampal di Myvi. Rasanya di Parcel D, Putrajaya, itulah satu-satunya kereta yang keluar masuk berpelekat Save Gaza. Pelekat tersebut telah menarik banyak mata-mata untuk bertumpu seketika kepada kereta saya. Namun sticker yang sudah semakin pudar di makan cuaca itu jelas kelihatan tidak lagi menarik dan relevan untuk dikekalkan.
Pada awal–awal dahulu, ada yang menyokong, menegur dan bertanya di mana boleh dapatkannya. Namun lama-kelamaan ada juga yang menyindir dan sedikit sinis. Seolah-olah saya memfokus pada isu yang terlalu jauh, hanya gimik dan tiada kemampuan. Padahal isu di Malaysia berlambak lagi yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Iya ke?
Ada ketikanya, pelekat SG itu juga memberi nilai tambah di mata penguatkuasa. Pernahlah terlepas saman laju hanya selepas pegawai polis itu menyedari adanya poster SG tertampal di hadapan. Sebab itu setiap kali road block, pelekat tersebut mampu menurunkan rasa syak wasangka mereka pada saya. Tidak perlu menyediakan cd mengaji, standby kopiah di tepi seperti yang disarankan oleh seorang kawan bagi tujuan menambah kepercayaan apabila ditahan pihak berkuasa. Bagus juga.
Sudah setahun berlalu peristiwa Gaza dibedil secara besar-besaran yang berlaku pada awal tahun lepas. Peristiwa yang telah menggemparkan seluruh umat Islam seketika. Ya, hanya seketika. Malah begitu banyak kutipan secara besar-besaran yang menyeluruh dijalankan . Atas dasar sikap prihatin dan pemurah yang ada pada sebahagian rakyat Malaysia, ianya berjaya dilaksanakan dengan jumlah kutipan yang boleh dibanggakan.
Tidak kurang yang mengutuk dasar dan sikap kejam Israel tanpa mengira kedudukan dan latar belakang termasuk ahli politik dan artis-artis. Kempen kesedaran termasuk boikot juga rancak dan lantang disuarakan di mana-mana flat form yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai risalah-risalah yang berkaitan dengan isu Palestin. Umat Islam di serata dunia dan di Malaysia khususnya seolah-olah bersatu seketika atas dasar cintakan Palestin, Masjid Aqsa dan kasih pada saudara Muslim yang tertindas. Semangat! Semangat!
Itulah antara hikmah yang terpaksa ditelan pahit oleh rejim Israel atas tindakan bodoh yang keterlaluan dan sikap biadap mereka tersebut. Malah Gaza masih bertahan hingga kini dan sokongan serta kepercayaan terhadap Hamas makin meningkat dan bukannya merosot. Rupa-rupanya strategi menindas secara terang-terangan tidak memberikan kredit tambahan pada mereka berbanding jika umat Islam dilalaikan. Hanya untuk test power bolehlah.
Namun sayang, awal tahun ini suasana itu tidak muncul lagi. Masing-masing membisu dan mungkin isu ini dianggap basi atau terlebih sudu. Tak tahulah mana silapnya, semangat itu semakin pudar dan lesu. Seolah-olah dunia sebelah sana tiada apa yang berlaku. Cerita Datin Rosmah berjaya pujuk Suzane Mubarak jugalah yang laku.
Adakah kita tertunggu-tunggu satu lagi operasi Yahudi terhadap rakyat Palestin secara terang-terangan?
Perlukah rejim Israel menyembelih saudara kita di sana secara beramai-ramai?
Perlukah sekali lagi Israel peragakan kekuatan militernya dengan angkuh di jalanan Gaza?
Rasanya mungkinlah kot.
Apa kata kita ambil peduli sekejap, dengan klik di sini
Popularity: 35% [?]
One Comment to “Cerita Poster, Gaza dan Aqsa”
Post comment
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked












adam
assalamualaikum bamg..dah lama dah saye mencari sticker nih..abang bole tolong belikan kat saye tak?tolong bang.(adam4667@streamyx.com)
[Reply]