“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.
Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”
Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.
Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Bodohnya kerana mereka tidak mengaku jahil dan berpura-pura pula tahu. Bodohnya juga kerana mereka tidak menyedari hakikat suatu persoalan.
Soalan lebih luas mediumnya berbanding dengan jawapan dan sesiapa boleh melontarkannya. Apa yang kita rasa, lihat, atau dengar, semuanya boleh melahirkan berjuta persoalan dan pertanyaan. Namun orang yang bertanya belum tentu mempunyai jawapan. Dia hanya mampu bertanya dan belum tentu menemukan jawapannya. Maknanya setiap persoalan adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak diketahui atau tidak jelas. Manakala jawapan hanya berkaitan dengan sesuatu yang diketahui.
Pengetahuan manusia sangatlah terbatas dan terhad berbanding ruang ilmu yang luas. Kita akui bahawa apa yang tidak diketahui lebih banyak daripada apa yang kita ketahui. Kerana itu kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin sehingga hayat masih ada. Apatah lagi jalur keluasan pencarian ilmu sekarang makin luas sehingga diistilahkan maklumat hanya di hujung jari.
Meskipun begitu perlu diingat, tidaklah kesemua maklumat itu bernama ilmu. Langkah terbaik, penyebaran maklumat ini perlu disaring dan dikaji sebaik mungkin. Barulah jelas sejauh mana kebenarannya dan di tahap mana kesahihannya. Bahkan walau sehebat mana teknologi, walau sebijak mana otak yang dimiliki, hakikatnya ilmu Allah tetap luas dan tidak mampu dicakupi.
Fitrah keterbatasan dan kelemahan inilah yang seringkali menjadikan perkiraan seseorang meleset dan hasilnya di luar jangka. Sehingggakan ada kalanya sesuatu yang meragukan dianggap ilmu, kebatilan dianggap kebenaran dan begitulah sebaliknya. Ini kerana persoalan sangat luas dan tidak dibatasi kelemahan. Ia tidak terbatas dengan ruang lingkup kehidupan yang kecil berbanding dengan jawapan.
Justeru cuba kita renung sebuah hadis yang menyatakan:
Dari Ibnu Umar, ada seorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tempat apakah yang paling buruk?”.
Nabi menjawab, “Aku tidak tahu sehingga aku akan bertanya kepada Jibrail.”
Setelah ditanyakan kepada Jibrail, Jibrail mengatakan, “Aku juga tidak tahu. Kutanyakan dulu kepada Mikail.”
Pada akhirnya, Jibril datang dan mengatakan, “Tempat yang paling baik adalah masjid, sedangkan tempat yang paling buruk adalah pasar.”
(HR Ibnu Hibban no 1599 .Hasan)
Inilah prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w sendiri yang menunjukkan kerendahan hatinya dan amanahnya pada ilmu. Jadi nampak bodoh sangatkah bila mengaku tak tahu?
Sekali lagi rendahkanlah hatimu kerana perubahan perlukan kerendahan.
Boleh juga baca artikel berkaitan:
Popularity: 45% [?]
13 Comments to “Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?”
Post comment
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 76% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 38% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Naik Sawang Dah Blog Ni..
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- maze
on Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- Helmi KRIM N9
on Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked













NoorAfzan
sayapun suka jawab tidak tahu daripada jawab meraban..
[Reply]
tintataghyir
Reply:
January 28th, 2010 at 3:41 pm
Dalam exam je kena buat-buat tahu dengan menggoreng. Kosonglah markah kalau tulis tidak tahu.
[Reply]
AMR
Reply:
March 8th, 2010 at 11:33 pm
setuju sangat.. kalau dalam exam kita jawab no komen., markah pun no komen la.. goreng2 pun adala jugak markah yang sangkut.. haha..
[Reply]
hadjie
Reply:
March 9th, 2010 at 7:09 pm
Tu terpaksa, mana tahu kok goreng tu kena perasanya. Cuma masa saya belajar dulu paper al-Quran saja tak boleh mandai-mandai. Tak ingat menganga jela.
eshare_qelate
hahahaha..macam pernah dengar jer citer ni..apa-apa pun saya sokong ustaz…ye la xsemua org berilmu mampu menjawab semua jenis soalan yg ditanya….
[Reply]
imran
Jawapan paling mantap tetapi ringkas adalah : ” ????? ????”
[Reply]
tintataghyir
Reply:
January 29th, 2010 at 3:42 pm
Ala sorryla Imran, blog aku ni tak boleh baca Arab. Tu yang tulisan keluar ????. Tak jumpa lagi plugin yang best untuk tulis Arab ni. Makin poning adalah.
[Reply]
imran
Napo kek blog den rilex jo kuar tulisan arab? konfius… konfius….
imran´s last blog ..Adab Terhadap Al-Quran
[Reply]
tintataghyir
Reply:
January 29th, 2010 at 11:45 pm
Tak tahulah (praktik ni). Kau pakai plugin apa untuk masuk tulisan arab? Cuba ko cek2 sikit. Aku ada juga cuba plugin yang ada dalam wordpress.org tu, tapi makin poning tulisan.
[Reply]
imran
Den takdo guno plugin untuk tulisan pun, pakai standard yo…
imran´s last blog ..Plugin Menarik
[Reply]
tintataghyir
Reply:
January 30th, 2010 at 12:10 am
Agaknya Baitulbytes tu dah siap tukar settingnya kat c-panel kot. Aku pernah try, akaun terus jadi suspended. Kalau ko dah tahu nanti, kongsi2lah ok.
[Reply]
l bro m
erkk.. trkena atas hidung aku le..
haha
[Reply]
tintataghyir
Reply:
February 11th, 2010 at 5:32 pm
Takpa, jom pakat-pakat jujur ikut cara Imam Malik. Baru gentle.
[Reply]