Suatu hari Umar r.a duduk berbual-bual dengan beberapa orang sahabat. Tiba-tiba ia berkata, “Berangan-anganlah sebentar!”

Lantas seorang sahabat bersuara, “Saya mengimpikan wang yang banyak, lalu aku akan membelanjakannya untuk memerdekakan hamba agar dapat meraih ridha Allah.”

Seorang sahabat yang lain pula berkata, “Aku mengimpikan harta yang banyak,  lalu dengan harta itu aku dapat membelanjakannya di jalan Allah.”

“Aku pula berangan-angan mempunyai kekuatan tubuh yang hebat lalu dapatlah aku berkhidmat untuk memberi air zam-zam kepada setiap para jemaah Haji,” sambung seorang lagi menyatakan angan-angannya.

Setelah Umar r.a mendengar angan-angan mereka lalu ia pula menyatakan angan-angannya, “Aku sangat mengangan-angankan jika di dalam rumah ini adanya tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya.”

Apakah pula angan-angan kita dan pernah atau tidak kita mengimpikan sesuatu? Adakah kita takut berangan-angan agar tidak senasib dengan Mat Jenin? Atau merasakan impian hanya membuat kita kecewa?

Kita semua adalah pemimpin. Sabda nabi, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin  bertanggungjawab dengan rakyatnya.”

Maka seorang pemimpin hebat perlu sering bermimpi atau berangan-angan. Jika tidak wawasannya tidak jauh dan dirinya pasti mudah jatuh. Pemimpin perlu otak yang cerdas, berfikir ke hadapan lebih menjangkaui  zaman. Angan-angannya itu akan menjadi cita-cita yang sering melangkaui gagasan orang bawahan,  sehingga melebihi apa yang mereka fikirkan. Itulah bezanya orang alim yang  ditemani oleh Nabi Musa a.s, berbanding dirinya. Ia mampu membaca sesuatu yang jauh, sukar difahami oleh Nabi Musa a.s dan hasil yang langsung tidak terfikir olehnya.

Adakah angan-angan itu sesuatu yang sifatnya mustahil lantas layu? Harapan yang hanya diimpikan dalam erti menghiburkan hati, membuang masa atau mengubat kecewa yang lalu? Pastinya tidak, kerana angan-angan yang berubah menjadi cita-cita besar perlulah kuat dengan  keyakinan. Lalu cuba diungkapkan dengan usaha yang tidak akan tewas dengan kelelahan. Kata D.J Schwartz, “Kalau anda yakin mampu berjaya, anda akan benar-benar berjaya.”

Angan-angan, impian yang menjadi cita-cita  adalah ibarat pintu kebahagiaan, ubat kelemahan, penghilang kesedihan dan mengelak kehinaan. “Ya Rasulullah, jika diberikan aku tiga ratus penunggang kuda yang cekap, pasti aku akan dapat menawan Rom dengannya,” cita-cita Zaid al-khair dengan yakin sebaik sahaja mengucap syahadah.

“Tidak pernah lagi ada yang mengucapkan sebegitu,” ujar Rasulullah s.a.w terharu.

Begitu besar impian Zaid al-Khair, sahabat  yang ditakdirkan cukup sebentar umurnya setelah menerima hidayah. Namun ia telah kembali kepada Allah dalam keadaan dirinya sarat cita-cita mulia. Mati dalam keadaan bercita-cita lebih baik daripada tiada langsung cita-cita. Orang yang tidak mempunyai cita-cita orang yang lemah. Menjadi penakut dan tidak bersedia menerima sebarang risiko. Kata seorang pemimpin, “Kalau kita mulakan langkah dengan takut, maka sebenarnya kita tidak pernah melangkah.”

Mungkin kita takut mengimpikan sesuatu kerana kita takut kecewa menempuh kegagalan. Inilah perasaan yang pernah berlaku dalam diri saya sendiri. Takut kecewa jika gagal, lalu saya tidak memasang tinggi angan-angan untuk berjaya ketika di tahun akhir pengajian. Hanya berusaha tanpa memasang harapan. Hasilnya seperti yang terkhuatir diminda dan sememangnya saya gagal meskipun keseluruhan lebih baik dari sebelumnya. Apa yang kita fikirkan itulah yang kita hasilkan.

Padahal cita-cita yang mulanya hanya dengan angan-angan mampu menyuburkan jiwa, menggerakkan minda kreatif untuk merancang segala, membekalkan tenaga untuk berusaha sehingga berjaya. Impian hari ini adalah kenyataan hari esok, impian kelmarin adalah kenyataan hari ini. Rupa-rupanya hidup perlu sedikit tekanan agar kita akan lebih jauh melonjak ke hadapan.

Bagaimana pula harus sentiasa segar bercita-cita besar? Cubalah genggam dan usahakan prinsip “Hari ini harus lebih baik daripada semalam.” Selama dua puluh tahun Ibrahim al-Harbi berguru dengan Imam Ahmad, selama itulah dia mendapati gurunya sentiasa lebih baik dari sebelumnya.

Apa pula senjata untuk menggapai cita-cita? Untungnya mukmin seperti kita kerana dibekalkan senjata. Mulakanlah dengan doa dan lazimilah ia sepanjang  masa. Kenapa kita diberi nama yang mempunyai makna yang sangat indah-indah belaka? Malah ada yang namanya sempena pahlawan dan tokoh ternama. Tidak lain ia lambang harapan mereka yang bergembira dengan kelahiran kita. Maka nama itulah yang akan sentiasa dipanggil lantas menjadi doa. Namun malang ya, jika nama punyalah sedap, tetapi  hanya dipanggil dengan singkatan tidak bermakna.

Kata Saidina Ali pula, “Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya.” Maknanya hidup tiada masa untuk berehat-rehat apatah lagi tanpa tujuan dengan riang bersuka ria. Hidup akan sentiasa sibuk dan hadapilah ia dengan tenang dan bijaksana. Imam Ahmad pernah ditanya, waktu bilakah seorang mukmin itu beristirehat? Lalu jawabnya, “Saat ia menginjakkan kakinya di syurga” Jawapan selamba tetapi nampak hala tujunya.

Lalu mari kita ciptakan impian dengan segera, tetapi jangan terlalu lama. Luaskan angan-angan dan tinggikan cita-cita biar setinggi bintang sekalipun, kita gapai sedaya upaya. Lihatlah Umar impiannya dasyhat, dambanya generasi hebat.  Mampu atau tidak, kita serahkan kepadaNya, asalkan kita tidak jerih untuk berusaha dan banggalah punyai cita-cita.

Sebelum terlambat, ambillah segera semangat awal tahun yang masih membara, untuk bijak merancang dengan bijaksana. Gagal merancang maka kegagalanlah yang dirancang. Namun yang lebih penting, angan-angan hanya pemula bukan untuk melayang selama-lamanya. Itulah perubahan yang kini saya cuba sedaya upaya.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 17% [?]

9 Comments to “Berangan-anganlah Sebentar”

  • salam..

    first impression… Wah!! comel blog ni dah… diam2 ubi berisi.. dalam diam,ustaz mncari template yg cntik..hihi..

    apa2pun… peringatan di atas tu memng benar… semangat diri sendiri selalu sahaja hilang dan goyah dengan pelbagai masalah.. cuma, keazaman yg kuat mampu menjadikan segalanya itu tercapai,inshaAllah.. :)

    [Reply]

  • Syukran-syukran. Betul, azam (keinginan) perlu sentiasa kuat. Nanti saya cuba cerita tentang azam pula. Bukan apa, ingin menasihati diri sendiri dengan catatan dan luahan.

    [Reply]

  • salam…

    ustaz…. xnak buat gambar khas untuk blog sndiri? nak tengok juga hasil tangkapan gmbar ustaz dn ke’special’an blog ustaz ni….hihi… mcm nelayan plak ada hasil tgkapn.. :)

    determination yg sudah hilang kan pasti ditemui kalau kita mahuknnya… :)

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Gambar? Berminat tetapi tiada kamera hebat dan waktu yang menghambat.

    [Reply]

  • klu blh mntk ust tlg tuliskan cite tntg Zaid al-Khair sikit..

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    InsyaAllah, saya akan cuba melakar sedikit kisah sahabat untuk dijadikan sebagai relung qudwah.

    [Reply]

  • salam..

    Tahniah juga untuk bro,blog ni penuh dgn ilmu

    [Reply]

    tintataghyirNo Gravatar Reply:

    Saudara wazy, terima kasih menjenguk. Harap boleh jadi rakan blogger untuk menambah info.

    [Reply]

  • assalamulaikum,
    bagus artikel ni…bolih baca lg!

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 13547
Currently Online: 1

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters