Orang kita memang terlalu rigid dengan cara berpakaian. Ia sememangnya ada kebaikan namun dari satu sudut kelihatan sedikit menyukarkan. Terutama apabila dilihat dari segi pelaksanaan, ruang dakwah dan proses tarbiyah. Contoh mudah pakaian ketika ingin bersolat di masjid. Orang kita selalunya wajib berpakaian Melayu, berkain dan berkopiah lengkap untuk bersolat terutama Maghrib dan Isyak.
Dalam hal ini berlainan pula di Mesir. Lazimnya tiada pakaian khusus yang dikenakan untuk ke masjid. Malah pemuda yang memakai tshirt tetapi melazimi solat berjemaah ini lebih diawasi oleh pihak perisik kerajaan Read more »
Popularity: 36% [?]
“Saya tidak tahu.” Itu sahaja yang saya mampu jawab ketika seseorang bertanya hukum yang saya sendiri belum jelas selain berjanji akan mencari jawapannya.
Akibatnya saya ditempelak dan disindir pedas, “Mana boleh begitu. Takkan jawab tidak tahu sahaja?”
Memang panas telinga, tetapi saya tetap yakin itu jawapan yang sebaiknya. Menjawab soalan dengan berkata aku tidak tahu kelihatan mudah, namun mungkin sukar untuk sesetengah orang. Ia bukanlah melambangkan seseorang mengambil mudah atau sengaja menyembunyikan ilmunya tetapi ia berlandaskan kejujuran dan ketelusan. Bahkan ia memerlukan kekuatan dan keikhlasan apatah lagi jika ia sangat dikenali sebagai orang yang berilmu dalam masyarakat.
Seorang yang tidak berfikir panjang ketika menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya dan menjawab kesemuanya bukanlah melambangkan kebijaksanaan. Akan tetapi ia memperlihatkan kebodohan dan kejahilannya. Read more »
Popularity: 45% [?]
Kemarahan sering menimbulkan situasi tegang dan dituruti kebencian. Sudah pasti ia merenggangkan hubungan yang rapat, malah ada yang terus terputus. Kemarahan apabila meledak, rasional dan pertimbangan akan mula hilang. Namun ada beberapa cara yang diajar Nabi, langkah-langkah untuk mengawal kemarahan yang melampau.
Popularity: 8% [?]
Minggu lepas, saya terpaksa ke perpustakaan UIA untuk pemulangan buku. Memang malas mahu pergi ke UIA Gombak, tetapi buku yang sudah tamat tempoh terpaksa juga dipulangkan. Lalu selepas habis waktu pejabat di Putrajaya, saya terus memandu ke Gombak. Memandangkan hanya sebar minyak yang tinggal, saya berkira-kira untuk mengisi minyak.
Akhirnya saya singgah di sebuah stesyen minyak yang terletak di tepi Highway Sungai Besi. Selalunya pilihan saya Petronas, tetapi kerana minyak sudah sedikit, maka saya singgahlah mana yang terdekat.
Kerana malas ingin menunggu, saya autokan pengisian dan pergi ke kaunter untuk mengisi borang peraduan. Mengisi borang pula dalam keadaan lambat-lambat dan tidaklah tergesa-gesa. Setelah pastikan borang itu sempurna diisikan, lalu saya masukkannya ke dalam kotak yang disediakan. Kotak yang di sisinya terpampang muka Fahrin Ahmad tersengih.
“Harap-harap bertuahlah,” doa saya dalam hati. Saya kembali semula ke kereta yang hanya beberapa langkah dari tempat mengisi borang. Read more »
Popularity: 74% [?]
10
Berangan-anganlah Sebentar
Suatu hari Umar r.a duduk berbual-bual dengan beberapa orang sahabat. Tiba-tiba ia berkata, “Berangan-anganlah sebentar!”
Lantas seorang sahabat bersuara, “Saya mengimpikan wang yang banyak, lalu aku akan membelanjakannya untuk memerdekakan hamba agar dapat meraih ridha Allah.”
Seorang sahabat yang lain pula berkata, “Aku mengimpikan harta yang banyak, lalu dengan harta itu aku dapat membelanjakannya di jalan Allah.”
“Aku pula berangan-angan mempunyai kekuatan tubuh yang hebat lalu dapatlah aku berkhidmat untuk memberi air zam-zam kepada setiap para jemaah Haji,” sambung seorang lagi menyatakan angan-angannya.
Setelah Umar r.a mendengar angan-angan mereka lalu ia pula menyatakan angan-angannya, Read more »
Popularity: 17% [?]
Sebelum keputusan, sudah seperti ada sedikit sangkaan bahawa ‘permainan’ ini berakhir dengan kemenangan di pihak Herald. Secara umumnya ramai tersentak, tidak bersetuju dan begitu kecewa dengan keputusan tersebut. Namun ada yang was-was dan mula berfikir luar kotak kononnya, setelah melihat pihak-pihak yang mereka dokong seolah-olah tidak terlalu keras dan berlembut dengan keputusan ini. Lalu alasan dakwah diketengahkan sekalipun hakikatnya terpaksa menelan pahit melihat senario akidah generasi kini yang masih longgar.
Sebetulnya saya tidak mahu mengulas isu ini lantaran kekurangan fakta dan fatwa untuk dinyatakan. Walaupun begitu jauh di sudut hati saya masih tidak dapat menerima kebenaran ini secara praktikal. Puas direnung dan ditenung, namun kerisauan itu tetap hadir biarpun sememangnya tidak sanggup menerima kenyataan kita tertewas. Apatah lagi terasa kecewa apabila isu ini seolah dipandang dari segi kepentingan pengundi bangsa lain politik dan bukannya lebih pada agama.
Biarlah orang kata ianya drama, retorik, dirancang atau puak bersongkok ingin menjadi hero, namun kesannya tetap perlu difikirkan. Read more »
Popularity: 19% [?]
2
Gerhana Anak Muda
Kali ini sanggup pula saya bersusah payah ke Kuala Lumpur pada malam tahun baru kelmarin. Bukan untuk ke Dataran Merdeka, tetapi teringin untuk mengikuti program pencerapan gerhana bulan di Masjid Negara. Bersama beberapa orang rakan, saya pergi dengan satu kereta menuju ke Bandaraya seawal pukul 11 malam.
Jika sebelum ini ahli jawatankuasa Masjid Negara dan Masjid Jamik terpaksa pening kepala memikirkan program alternatif untuk malam tahun baru, kali ini jangkaan gerhana bulan seperti banyak membantu mereka. Read more »
Popularity: 12% [?]
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked








