Dalam tinta berbicara,
leraikan segala sengketa, rindunya wajah-wajah ceria,
ukhuwah bukan dinilai rupa meskipun harta,
hanya mengejar tingkat mulia, menjadi cahaya atas cahaya,
bahagianya di taman syurga, tiada dendam hasad haloba,
namun layakkah kita, hati masih dipalit noda,
hadirnya Rejab membawa petanda, peluang amalan berganda,
menanti bulan yang lebih mulia,
maka kemaafan awal dipinta, diiringi secangkir rasa,
moga pintu kemaafan dan ukhuwah terkuaklah seluas-luasnya,
menyambut sama hadirnya takwa dalam diri yang hina.
Popularity: 7% [?]
12
Natrah Yang Memilukan
Kematian Natrah bagai mengguris dan mengungkit semula memori kesedihan pilu kita terhadap penindasan agama dan bangsa kita suatu masa dahulu. Cuma khabar kali ini menoktahkan perjalanan hidupnya yang pengakhirannya tidak seperti kita harapkan. Natrah cuma simbol di sebalik kecintaan bangsa kita terhadap agama suatu masa dahulu. Seramai 18 orang mati dan 173 lagi cedera parah ketika berlakunya rusuhan atas bantahan terhadap kehakiman ketika itu di Singapura. Mereka semua bukannya ada pertalian dengan Natrah, tetapi bangkit atas rasa keagamaan yang tercabar dan perasaan ingin menyelamatkan akidah seorang wanita muslimah.
Sayang Natrah tidak melihat kesemua itu untuk membalasnya dengan kembali (secara zahir) kepada pencarian fitrah yang sebenar. Read more »
Popularity: 5% [?]
(Satu luahan artikel yang terpendam setahun ditulis ketika masih mengajar di Ins. Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQAN). Ia telah digarap semula manakala situasi yang diluahkan mungkin sudah berubah atau kini bertambah baik.)
“Ustaz, bagaimana perkembangan anak saya selama ini?”
“Ustaz, ada perkembangan tidak hafalan anak saya?”
“Ustaz, kenapa matematik anak saya lemah?”
Itulah antara soalan-soalan stereotype yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa semasa sesi pertemuan tiga penjuru. Hari yang membanggakan sebahagian ibu bapa dan memalukan sebahagian yang lain. Apa pun sebagai guru yang belum dua tahun jagung ketika itu, sungguh saya berbesar hati dengan luahan dan perkongsian masalah yang diutarakan.
Ekspresi semangat ibubapa membuatkan perasaan terus terhambau wajah ibu dan arwah ayah yang berwajah gembira, setiap kali datang menghadap guru-guru yang berusaha untuk mendidik saya dahulu. Ayah seorang yang memegang prinsip guru tidak bersalah dan antara hieraki yang mempunyai kuasa penentu keberkatan. Walaupun ayah, bapa yang paling berpengaruh ketika itu, namun dia tidak pernah mempertahankan saya dalam melayan segala adu domba saya padanya.
“Jangan ingat kau pandai, keputusan periksa cemerlang, kau akan berjaya kalau hati dan berkat guru kau tidak mampu jaga. Ayah bukan budak pandai, tetapi mungkin berkat guru, hidup ayah berjaya” ujarnya dan saya hanya mampu tarik muka kelat.
Berbalik pada banyak luahan dan harapan, saya sebenarnya masih terpempan dengan satu luahan seorang ibu.
“Ustaz, saya rasa di sini kurang suasana tarbiyahlah,” Read more »
Popularity: 22% [?]
Wanita Berkalong Serban. Pakainya hanya beberapa babak tetapi dibuat judul. Mungkin mahu digambarkan serban itu simbol perjuangan wanita tersebut. Orang Palestin lilit serban kerana itu lambang budayanya, namun filem ini? Entahlah. Emak saya kadang-kadang pakai kain serban juga yang dibuat tudung kepala.
Biarpun cerita ini mungkin sudah basi bagi Malaysian yang menggemari youtube, namun masih segar bagi saya kerana baru sahaja berkesempatan menonton. Itupun setelah hangat diperkatakan oleh mereka yang melihat perlunya penjelasan terhadapnya. Kerana apa iya perlu diperjelaskan? Read more »
Popularity: 19% [?]
Seusai solat saya cuba berehat sebentar seminit dua di ruang belakang surau. Lelah juga window shopping berseorangan tadi. Tujuannya hanyalah untuk membeli sehelai baju kemeja sahaja, tetapi masa memilhnya terlalu lama dek sikap cerewet dan kewangan pula tidak membantu. Para pengabdi Tuhan masih keluar masuk surau silih berganti, walaupun tidaklah terlalu ramai. Kelihatan gerak mereka sangat segera seperti mengejar masa. Surau-surau persinggahan begini sememangnya dipenuhi oleh manusia-manusia yang sibuk namun tidak sampai melupakan Tuhannya terus.
Seorang pemuda lalu di hadapan saya. Dia mengambil sejadah, lalu membentangnya di tepi dinding dan terus bersolat. Kemudian mampir pula seorang lagi pemuda. Dengan mukanya masih dibasahi air wudhuk, matanya meliar mencari sejadah yang tidak digunakan. Read more »
Popularity: 30% [?]
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked








