Bila pulang ke kampung masa cuti ini, tidak sempat sangat untuk menulis. Emak mana yang tidak bising kalau menghadap komputer sahaja? Merayap ke sesawang lain, saya sangat tersentuh dengan kisah di dalam entry sebuah blog milik rakan abang saya. Bacalah bagi yang masih dihidupkan, untuk peringatan di antara bait-bait wasiat yang tertulis.

Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Turut terkorban dalam nahas itu isterinya Nurah Muhammad, dan beberapa anak perempuannya, Maimunah (20 tahun), Lina (9 tahun), dan Jazi (3 tahun).
Syeikh Abdul Aziz Al-Wuhaiby merupakan anak murid bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz -rahimahullah-. Hubungan mereka berdua amat rapat menjadikan beliau amat terkesan dengan ilmu, akhlak dan peribadi Syeikh Bin Baz. Malah, selepas kewafatan Syeikh Bin Baz, beliau antara yang memandikan jenazah Syeikh Bin Baz. Semoga Allah merahmati mereka berdua.
Sebaik berlaku kemalangan, dijumpai di dalam kenderaan yang mereka naiki sebuah buku nota kepunyaan salah seorang mangsa yang terkorban, Maimunah -rahimahallah-. Tercatit di dalamnya satu wasiat yang tidak sempat dihabiskan. Dipercayai Maimunah menulis wasiatnya beberapa detik sebelum berlaku kemalangan. Tidak sempat dihabiskan catitannya, warkah wasiatnya berterbangan, penanya tercampak, dan darah-darah mengalir. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun.
Inilah warkah wasiat yang tertulis dalam nota catitan Maimunah. Di kulit buku nota ini, masih kelihatan kesan darah akibat kemalangan. (Tulisan beliau ialah yang di dalam kotak garisan merah. Manakala tulisan yang di bawahnya ialah catatan komentar Syeikh Khalid al-Ghamidiy).

Terjemahan wasiat beliau:
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.
AKU BERSAKSI BAHAWA TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH KECUALI ALLAH, DAN MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM ADALAH HAMBANYA DAN RASULNYA.
AKU BERSAKSI BAHAWA ISA ADALAH HAMBA ALLAH, RASULNYA, DAN HAMBA YANG DICIPTAKAN DENGAN KALIMAHNYA YANG DISAMPAIKAN KEPADA MARYAM, DAN DENGAN TIUPAN ROH DARINYA.ADAPUN SELEPAS ITU,
INI ADALAH WASIAT HAMBA YANG MENGHARAPKAN KEAMPUNAN TUHANNYA, MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ AL-WUHAIBY.AKU BERPESAN KEPADA KALIAN SEMUA SUPAYA BERTAQWA KEPADA ALLAH DALAM SEMBUNYI DAN NYATA. TIDAK ADA SEORANG PUN BERTAQWA KEPADA ALLAH KECUALI DIA AKAN SELAMAT.
HENDAKLAH KALIAN BERBUAT KEBAIKAN, MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM, DAN MENGELUARKAN INFAQ. TINGGALKAN PERBUATAN MENGUMPAT DAN MENGACUNG.
SESUNGGUHNYA PENGHUNI-PENGHUNI KUBUR SEKARANG -DAN AKU ADALAH SALAH SEORANGNYA- BERCITA-CITA MAHU KEMBALI KE DUNIA UNTUK MENAMBAHKAN AMALAN SOLEH, DAN MEMOHON AMPUN DARI SEGALA KEJAHATAN.
MAKA BASAHILAH LIDAH-LIDAH KALIAN DENGAN ZIKIR KEPADA ALLAH AZZA WAJALLA.
IBU TERCINTA,
AKU SEKARANG AMAT BERHARAP KEPADA DOAMU DAN REDHAMU KEPADAKU. MAAFKANLAH AKU ATAS SETIAP SALAH SILAP DAN ADAB YANG BURUK YANG LAHIR DARIKU. AKU BERHARAP ENGKAU MAAFKANLAH AKU, DAN DOALAH UNTUKKU DENGAN HATI YANG KASIH DAN IKHLAS. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATIKU DENGAN SEBAB DOA DARIMU.AYAH YANG DIHARGAI,
ENGKAULAH IDOLA DI DALAM RUMAH DAN DI LUAR. JADILAH ENGKAU SEBAGAIMANA YANG KUKENALI, BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM URUSAN AGAMA …
Demikian tulisan wasiat Maimunah yang tidak sempat dihabiskan. Sesungguhnya kematiannya cukup untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup.
Semoga Allah merahmati Syeikh Abdul Aziz al-Wuhaiby, isterinya Nurah Muhammad, dan anak-anak mereka Maimunah, Lina dan Jazi.
Dipetik dari entry Abu Umair
Popularity: 5% [?]
3 Comments to “Warkah Wasiat Maimunah Abd Aziz Al-Wuhaiby”
Post comment
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 76% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 38% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Naik Sawang Dah Blog Ni..
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- maze
on Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- Helmi KRIM N9
on Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked












inas
di mana kemalangan tersebut berlaku?
[Reply]
tintataghyir
Tidak pasti. Mungkin boleh bertanya pada Abu Umair.
[Reply]
Hazim Azhar
Cukup menginsafkan ustaz..
[Reply]