17 Jun 2009

Hari ini saya telah menziarahi pusara ayah. Redup pagi seakan memahami perasaan kesunyian saya ketika di pusara. Rasanya sudah lebih sebulan saya tidak datang ke sini. Datang untuk mendoakan ayah di samping menyedekahkan fatihah, juga buat jiran-jirannya di sana. Selalunya selepas digesa oleh emak, barulah saya datang sambil menemani abang. Tetapi kali ini hati sendiri yang ingin ziarah tanpa di paksa atau di gesa.

Ketika berteleku keseorangan sambil menyentuh pusaranya sudah pasti terhimbau segala kenangan bersama ayah. Betapa saya hargai segala pengorbanan dan kasih sayangnya yang tiada berkurangan. Wajah redupnya jelas terbayang dan rasanya seperti baru semalam ia pergi. Saya bukanlah seorang anak yang terbaik, apatah lagi untuk memenuhi ciri anak yang arwah dambakan. Namun seperti anak-anak yang lain, ayah tetap sumber inspirasi dan hero bagi saya.

Semenjak kecil saya sangat rapat dengan ayah apatah lagi bergelar bongsu. Hari itu saya dan tiga abang yang lain akan bersunat biarpun saya baru berusia enam tahun. Ketika itu sunat sangatlah menyakitkan dan ayah bersama bangah terpaksa memegang kami agar tidak meronta. Ketika giliran dua abang saya, terdengar mereka menjerit-jerit memanggil emak ketika terasa sakit. Ujar saya pada emak, “Nanti maso sunat, bilo ghaso sakit kito akan panggil omak jugaklah.” Emak hanya tersenyum. Namun apabila giliran saya, ayah jugalah yang saya keriaukan.

Ketika di sekolah rendah ayah menjadi pengerusi PIBG. Lantaran itulah saya sering terpilih menjadi pengawas biarpun ada kala keputusan saya merosot. Namun saya tidak pernah membanggakan ayah dengan apa-apa pencapaian yang melebihi orang lain baik dari pelajaran atau sukan. Hanya menjadi penghantar surat mesyuarat setiap kali PIBG mahu mengadakan pertemuan.

Setelah tamat alam sekolah rendah, datang pula tawaran temuduga pemilihan pelajar untuk kelas tahfiz negeri. Saya berkeras untuk tidak mencuba, tetapi ayahlah yang berusaha memujuk berkali-kali. Akhirnya saya akur dan berjaya pula dalam temuduga pemilihan yang sebenarnya saya hadir dengan separuh hati. Ayah sentiasa berbisik kepada saya, “Orang hafal al-Quran ini bukan manusia yang pilih, tetapi Allah Ta’ala yang memilihnya. Jadilah pilihan itu terbaik buat diri kita dan carilah keberkatan ilmu dan guru”

Masuknya saya ke sekolah tahfiz, bermakna kesemua anak-anaknya, ayah sekolahkan di sekolah agama biarpun ketika itu sekolah agama bukan pilihan ibu bapa. Semacam keraguan mereka yang memandang bidang agama tiada masa hadapan. Sebagai Senator, apa yang ayah perjuangkan mengenai agama termasuk kelebihan sekolah agama ayah kotakan. Bukannya cakap-cakap semangat, tetapi anak dihantar ke sekolah biasa.

Ketika cuti Sabtu dan Ahad, akan kelihatan kereta-kereta penjaga silih berganti masuk ke perkarangan asrama. Seorang kawan setiap minggu emak ayahnya datang menjenguk dan hasilnya bahan makanan sebakul. Untung kalau dapat dikongsi, kalau tidak menganga sahajalah saya. Ada juga yang bersama-sama menjamu selera di pondok-pondok yang terdapat di halaman asrama. Namun ayah jarang sekali hadir biarpun rumah saya yang paling dekat berbanding rakan sekelas yang lain. Kalau hadir tidak pernah kami makan bersama di pondok-pondok tersebut, biarpun pernah diajak oleh emak.

“Ayah bukan tidak mahu, tapi rasa serba salah bila budak-budak lain tengok sahaja. Dia orang mungkin juga lapar dan kita macam menunjuk-nunjuk pula.”

“Mana ayah tahu?”

“Dulu masa ayah sekolah di Johor, manalah atuk kau mampu datang. Jadi ayah tengok sajalah mak ayah budak lain datang makan bersama. ” Ayah rupanya sangat prihatin dengan perasaan orang lain meskipun hanya rakan asrama saya. Oleh itu sekiranya ada bahan makanan, emak akan pastikan ada bahagian untuk kawan-kawan sekali.

Pernah juga atas gesaan rakan, saya mengadu masakan asrama tidak sedap dan rasanya entah apa-apa. Selamba ayah menjawab, “Kalau hendak makan sedap-sedap, duduk sahaja di rumah. Orang tengah belajar macam itulah gayanya.”

Apabila keluar outing selepas cuti raya, rakan-rakan akan datang bertandang ke rumah saya kerana ia yang paling dekat. Bab menjamu, ayah cukup suka sehinggakan setahun sampai enam tujuh kali rumah saya berkenduri. Teringat sewaktu tingkatan satu, kali pertama mereka datang, ayah menegur seorang rakan, “Mana kolunsuwah?

Jawab rakan saya dengan yakin, “Saya memang asal Kolunsawah (nama sebuah kampung di Negeri Sembilan) pakcik.”

“Bukan, kopiah kamu mana? Dalam bahasa arab kolunsuwah itu kopiahlah maknanya,” ujar ayah sambil tersenyum dan rakan saya hanya tersengih. Sejak itu setiap kali datang semua sudah standby kopiah di dalam poket. Turun bas terus pakai sehinggalah keluar dari perkarangan rumah saya.

Ketika tingkatan tiga, ayahlah saya angkat sebagai tokoh dalam kajian sejarah tokoh tempatan. Apa guna mencari orang lain, sedangkan ramai pelajar sekolah yang lain datang ke rumah menemuramah ayah. Masih tergambar ayah tersenyum bangga melihat biografinya hasil nukilan saya. Siap beserta dengan gambar-gambar dan penceritaan yang menarik sejak ia dilahirkan.

Alhamdulillah, keputusan PMR dan SPM saya, dapat juga dibanggakan olehnya meskipun bukan sebagai pelajar terbaik. Keluarga saya hanya berkemampuan sederhana dalam pelajaran dan berjayanya saya mengatasi keputusan abang dan kakak yang lain, dapat juga sedikit menggembirakan emak dan ayah. Begitu juga diploma, keputusannya tetap di tahap sederhana. Masih tidak mampu membuat keputusan yang menggemparkan, namun tidaklah sampai menyemat kedudukan terburuk.

Apapun ayah tidak pernah merungut apatah lagi untuk kecewa. Baginya setelah berusaha perlu terima segala kenyataan. Begitu tinggi kepercayaan ayah pada anak-anaknya sedangkan tidaklah tertunai sepenuhnya. Namun satu keazaman saya sematkan; akan ku buat emak ayahku bangga di kala yang lain menunduk kepala.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

2 Comments to “Siri 1:Secebis Diari Bersama Abati”

  • Alhamdulillah..sya brhrap agr rmiy ukhwatina yg akn snggah d blog anta dan mmbca artkel2 anta..smoga ibu dan bapa kita sentiasa menjadi orang ke-3 terpntg d dlam hdup kte…ba’da Allah wa Rasulullah SAW..fisabilillah..sAlAm

    [Reply]

  • Amiiin, syukran atas harapan.

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 13543
Currently Online: 0

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters