Sana sini orang masih menceritakan khabar kematian Michael Jackson yang matinya secara mengejut. Namun pemerhatian masyarakat di kita tidaklah terfokus sangat pada sebab kematiannya walaupun masih belum terungkai dengan sepenuhnya. Menariknya kematian selebriti ini responnya berlainan berbanding kematian penyanyi dunia yang lain. Apa yang menjadi titik persoalan sebahagian masyarakat kita yang bukan semua peminat fanatiknya adalah status keislamannya. Status agamanya inilah yang telah membawa kepada perbincangan dan perdebatan agama di internet secara meluas. Info ini jugalah yang menjadi tarikan magnet pada minda saya untuk mengikuti juga sedikit sebanyak perkembangan lanjut mengenai kematiannya. Read more »
Popularity: 7% [?]
17 Jun 2009
Hari ini saya telah menziarahi pusara ayah. Redup pagi seakan memahami perasaan kesunyian saya ketika di pusara. Rasanya sudah lebih sebulan saya tidak datang ke sini. Datang untuk mendoakan ayah di samping menyedekahkan fatihah, juga buat jiran-jirannya di sana. Selalunya selepas digesa oleh emak, barulah saya datang sambil menemani abang. Tetapi kali ini hati sendiri yang ingin ziarah tanpa di paksa atau di gesa.
Ketika berteleku keseorangan sambil menyentuh pusaranya sudah pasti terhimbau segala kenangan bersama ayah. Read more »
Popularity: 4% [?]
Teringat seorang akh yang ingin berkongsi pandangan, “Hendak tahu tip bagaimana kita lebih terkesan apabila baca al-Quran?
Jawab saya dengan mudah,“Tadabbur sahajalah.”
“Iyalah, hendak bangkit perasaan tadabbur itu bagaimana? Begini, Perasan tidak, kalau lihat terjemahan melayu setelah kalimah ‘katakanlah’ ada (wahai Muhammad). Dek terkesan dengan itu, kita jarang merasa Allah tujukan ayat itu untuk kita tapi pada Nabi sahaja. Sedangkan al-Quran itu dialog Allah dengan kita, bukannya dengan Nabi s.a.w semata. Nabi buat kerja apa?” Read more »
Popularity: 10% [?]
Bila pulang ke kampung masa cuti ini, tidak sempat sangat untuk menulis. Emak mana yang tidak bising kalau menghadap komputer sahaja? Merayap ke sesawang lain, saya sangat tersentuh dengan kisah di dalam entry sebuah blog milik rakan abang saya. Bacalah bagi yang masih dihidupkan, untuk peringatan di antara bait-bait wasiat yang tertulis.

Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Read more »
Popularity: 5% [?]
6
Aku Tidak Tahu
Kisah 4
Sesampainya dia di pintu kota Madinah, pemuda itu berasa seperti sangat lega. Masakan tidak, sekian lama dia telah bermusafir selama berbulan-bulan, demi melaksanakan amanah yang ditanggungjawabkan kepadanya. Juga betapa terujanya dia yang ingin sangat berjumpa dengan seorang ulamak yang sangat terkenal. Pasti segala persoalan yang dibawanya akan dapat dijawab dengan mudah dan jelas.
Tanpa memikirkan keletihannya, beliau terus menanyakan orang-orang di kota , di manakah beliau boleh berjumpa dengan ulamak tersebut. Read more »
Popularity: 4% [?]
5
Berlagak Tahu Yang Jahil

Kisah 1
2001
Majlis perpisahan selalunya saya datang dengan sepenuh hati, namun kali ini hanya separuh. Hati saya masih tidak berapa keruan semasa majlis tersebut.Kali ini benar-benar ikhlas hadir kerana ukhuwah biarpun terpaksa. Bukan lagi kerana ingin menjamu selera seperti kebiasaannya. Runsing memikirkan imtihan (peperiksaan) yang tidak tahu lagi bagaimana cara pertempurannya, tiba-tiba dijemput ke majlis perpisahan seorang akh (saudara). Saya di Tanta dan majlisnya di Kaherah. Mengenangkan budi baik akh tersebut, yang sentiasa melayan saya dengan baik dan sangat membantu, tidak wajar saya mohon keuzuran.
Antara agenda menarik majlis perpisahan, ialah lazimnya setiap tetamu diberi ruang untuk memberikan sedikit nasihat lembut mahupun teguran pedas.Setelah beberapa kali menoleh jam di dinding dan ketika saya tengah mengira berapa orang lagikah yang belum bercakap, tiba-tiba butiran nasihat seorang kenalan akh ketika itu telah menarik perhatian saya. Read more »
Popularity: 4% [?]
1
Dakwah Bukan Menyondol
Ketika kecil sering saya ditakutkan dengan hantu Kum-Kum yang digambarkan dengan jelmaan wanita yang berpurdah. Ia berpurdah kerana menyorokkan wajah hodohnya yang lebih dasyat dari Nightmare. Ia hidup sezaman dengan hantu susu bawa anak selain hantu-hantu otai yang sudah sebati dengan jiwa masyarakat. Maka orang berpurdah hitam antara makhluk yang menyeramkan saya sekalipun di siang hari.
Pernah pula saya terbaca sebuah artikel pada zaman sekolah menengah, di dalam sebuah majalah yang lebih kurang bertajuk : Remaja jauhi 3 D. Read more »
Popularity: 19% [?]
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked








