Browsing all articles from May, 2009
May
27

Tell Me Why

Luahan kanak-kanak nyanyian Declan Galbraith masa kecil

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Cco_IlYuqN0]

In my dreams, Children sing

A song of love for every boy and girl

The sky is blue, the fields are green

And laughter is the language of the world

Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this

Tell me why, (why) is there something I have missed

Tell me why, (why) cause I don’t understand

When so many need somebody

We don’t give a helping hand

Tell me why

Every day, I ask myself Read more »

Popularity: 8% [?]

Teruskan mencari cahayaSyukur, tersedar juga semalam sudah genap sebulan usia blog tintataghyir. Lahirnya yang mana telah menimbulkan presepsi pelik dan baharu di kalangan keluarga dan juga kenalan terhadap diri saya.

Kata Along, “Menyampah Along hendak baca blognya. Memorilah, cintalah, entah apalah, sudah jadi jiwang nampaknya.” Nasib baik dia sudi meminjamkan broadbandnya sementara. Dalam pada itu sempat juga dia menceritakan blog ini kepada kawan-kawannya. Read more »

Popularity: 7% [?]

HatiSurah Yusuf adalah satu bentuk penceritaan yang hebat karya dari yang Maha Hebat. Kisahnya mengajak seseorang pembaca itu memikir dan bebas melihat kisah itu dari sudut tema mana yang ingin diangkat. Sangatlah menarik kelas penulisan berdasarkan surah Yusuf yang dianjurkan oleh PTS baru-baru ini. Seorang peserta kursus telah bertanya dengan Puan Ainon, dengan lebih kurang begini, “Adakah perlu kita mengarang dengan mengakhiri cerita tanpa bersatu? Bukankah dalam surah Yusof, Nabi Yusof tidak dinyatakan berkahwin dengan Zhulaikha?”

Persoalan itu juga sangat menarik perhatian saya seakan untuk menjawabnya. Seorang rakan peserta juga bertanya kepada saya, bagi mendapatkan kepastian, “Ustaz, betul kah Nabi Yusuf tidak berkahwin dengan Zhulaikha?” Read more »

Popularity: 28% [?]

(Artikel kedua ketika di ITQAN selepas Antara Kata-kata & Tulisan, namun tidak sempat disiarkan)

Kalau anda inginkan sesuatu artikel yang sarat tersusun fakta dengan kalimah bombastik, abaikanlah coretan ini. Pertamanya saya terasa buntu  apabila diminta menyumbang lagi. Kali pertama menulis dulu memang bersemangat, tapi kali ini perasaan tidak yakin, mati idea mula menjalar dalam alfa beta saya. Susah juga mahu menterjemahkan isi hati  dan pandangan dalam bentuk coretan. Rasa macam terperangkap pula dengan jerat artikel yang pertama.

Lalu, kebekuan otak  ini  cuba juga dicair-cairkan agar mudah diperah. Nasiblah tidak sampai kepala dihantuk-hantukkan hanya untuk  membangkitkan idea dan  mood untuk mencoret. Read more »

Popularity: 7% [?]

teacher“Sekarang dipersilakan guru yang mendapat Anugerah Guru Paling Peramah.” Naiklah seorang guru yang berusia akhir 20an ke pentas al-Syatibi. Lebih teruja apabila diiringi dengan tepukan yang begitu gemuruh di kalangan pelajar. Pasti ia rasa gembira, biarpun hari itu semua guru mendapat anugerah yang berbeza-beza. Masakan tidak,  baru setengah tahun ia menjadi tenaga pengajar dan masih ramai pelajar yang tidak di taaruf dan di kenali, bagaimana boleh dikenali sebagai guru yang peramah?

******

Seorang ayah bertanya dengan sinis kepada anaknya sambil tersenyum,“kenapa ini abang? Meriah buku rekod kamu, ada merah dan ada biru.” Read more »

Popularity: 8% [?]

Saidatina Aisyah r.a merasa sungguh sedih, bungkam dan kecewa. Pernyataan yang diceritakan oleh Ummu Mistah tadiapi fitnahbenar-benar meruntun hatinya. Malu, kecewa dan marah saling merebut-rebut tempat mengisi ruang  jiwanya.  Rupa-rupanya muslimin di luar sana sedang sibuk memperkatakan diri dan maruahnya. Begitu ia tidak menyangka dirinya dibakar fitnah sedemikian rupa.

Mungkin kita tidak pernah difitnah seberat yang ditanggung Saidatina Aisyah seperti yang dikisahkan dalam hadis ifki tersebut, sehingga menjadi satu peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran sebagai satu pembersihan terhadap tohmahan yan diterimanya. Namun pernah atau tidak, kita merasa sedikit tikaman fitnah sejenis ini atau  diperkatakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan? Read more »

Popularity: 5% [?]

Tempat duduk yang penuhSubhanallah dan alhamdulillah, itulah ungkapan sesuai yang terlahir dalam lubuk sanubari sebelum terpaculnya di bibir, apabila melihat keupayaan KBAZ. Sambutan yang luar biasa bagai menyentak perpepsi saya yang agak negatif  terhadap masyarakat dalam menilai kepedulian mereka terhadap Palestin sebelum ini.

Sungguh, saya yang berada di sudut gerak kerja yang paling hujung sekali, melihat dengan  begitu kagum akan kejayaan yang dilakarkan oleh PEMBINA dan AMAN Palestin kali ini. Isu ini dahulunya terpinggir, dan hanya sesekali terhangat, yang menjadi isu latahan masyarakat yang terfokus hanya apabila berlakunya pencerobohan Zionis yang terbaru. Namun usaha yang berterusan daripada pelbagai pihak, kelihatan isu ini masih hangat dan segar, dan buktinya dikejutkan dengan kehadiran peserta melebihi jangkauan.Pembentangan Dr Azzam Tamimi

“Ingatkan orang UMNO sahaja yang boleh berkonvesyen di PWTC.” Itulah kenyataan sekilas seorang peserta yang agak berumur,yang sempat saya dengar ketika dalam kesesakan peserta di luar dewan. Read more »

Popularity: 5% [?]

bebaskah aku?

“Yeahh, leganyaa. Eh..eh, lupa, patutnya Alhamdulillaaah.”

Selesai sudah imtihan untuk semester pertama sarjana ni. Terasa lapangnya fikiran dari segala tekanan.Tekanan itulah yang saya salurkan melalui berjinak-jinak dengan blog. Namun hati terasa sesuatu yang tidak enak. Umpama terkilan tiada kesempatan mengecapi  sesuatu yang diidamkan. Rupanya perasaan kecewa dan hampa atas diri sendiri kerana sikap malas yang tidak berubah dan akhirnya  persediaan imtihan masih hanya di tahap ala kadar. Kemalasan yang masih menjalar dalam segala salur nadi dan terus bertupuk di hati, terutama beraja di hari-hari akhir imtihan.

“Ustaz, Ali  tu memang  power. Study macam tak study je, tapi result gempak. Otak dia memang pick up la Ustaz.” Read more »

Popularity: 11% [?]

writing-21Sebetulnya inilah penulisan saya yang pertama selepas menduduki peperiksaan SPM 1995. Artikel kecil ini telah dimuatkan di dalam salah satu buletin al-Islah  kelolaan Badan Kaunseling ITQAN (Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan) pada tahun lepas, ketika saya masih menjadi tenaga pengajar di sana. Maka artikel ini ketika itu lebih ditujukan kepada warga ITQAN, dan kini saya ingin kongsikan bersama untuk mendapat lebih kecerahan di sudut gaya penulisan dan jiwa saya.

“Ustaz, sekarang ni UBK telah buka peluang untuk mana-mana guru menyumbang artikel, jadi kalau ustaz ada artikel bolehlah hantar pada UBK” lembut tutur Mustakim ketua editor yang berjiwa besar.

“Ustaz bukan pandai menulis pun,” alasan saya untuk berdalih, namun teruja juga hati dengan pelawaan tersebut. Read more »

Popularity: 4% [?]

Ingat Tempat Kembali

Hati jangan busuk, ego jangan tinggi

 | 

Translator

Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by Wordpress

Demi Masa

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Takwim

Sila Masukkan Email Anda untuk mendapatkan update terkini menerusi Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Pages

Archives

Kategori

Paling Ngetop

Recent Posts

Rakan Blogger Hadjie

Sesiapa Yang Ingin Bertukar Link, Amatlah Dialu-alukan. Sila Kunjungi Blog Mereka Dengan Klik Banner Di Bawah.

Banner

Top Komentar

Rajin berkomentar, backlink tertera

Recent Comments

Followers




Sokongan Anda Sangat Dihargai

Himpunan Blog Bermanfaat

Blogger We Care

Blogger We Care

Bacalah

Tag

Hala Ilmu

Rujuk Info

Blog Statistics

Total Visitors: 11116
Currently Online: 1

Spam Blocked

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Web hosting for webmasters