“Apa pandangan ustaz tentang bab berkat guru?”
Aik, pelik tetapi ikhlas bunyinya tu. Ia pertanyaan dari seorang siswa melalui corong telefon. Jarang sangatlah bekas pelajar saya menelefon bertanya khabar, sebab saya dahulu bukan pengajar yang baik pun. Inikan pula bersedia untuk tadah telinga mendengar nasihat atau kata semangat saya sepatah dua kata.. Entahlah, buang tabiat rasanya budak ni.Tapi baik saya go on.
Bab berkat memberkat ni, terbayang saya seorang muka senior sekolah. Dia sememangnya budak yang asli bijak, tanpa perlu makan kismis-kismis selawat. Namun sekali tu entah kenapa dia macam sengal. Read more »
Popularity: 15% [?]
22
Kreatifnya Kerana Cinta
Abu Bakar r.a. ketika dalam perjalanan hijrah bersama Nabi s.a.w, sering ditanya siapa yang menunggang di hadapannya. Bagi mengelakkan mereka dikenali dan dikesan musuh, maka beliau menjawab dengan kreatif, “Dia adalah penunjuk ‘jalan’ku.”
Dimaksudkannya adalah jalan kebenaran mengenal Allah Taala. Bukanlah penunjuk jalan yang sebenarnya, seperti mana yang difahami oleh mereka yang sangsi tersebut.
Renung pula kisah Nabi Yusuf yang bukan setakat hensem, tapi dia juga seorang perancang yang kreatif. Dia merancang hanya untuk memberi kesedaran yang lebih berimpak maksima pada saudara-saudaranya. Segala perancangan yang teliti dan bijaksana diatur, meskipun ia terpaksa bersabar menunggu hasil harapannya. Read more »
Popularity: 10% [?]
Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 – 10.45 malam
Tempat : Padang Umum Felda Pasak Kota Tinggi, Johor
Penganjur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dengan Kerjasama Agensi-Agensi Tempatan serta MAC
Tajuk : SEMANIS HARAPAN IMAN, SEGUGUS KASIH PRIHATIN
Tumpuan isu ialah permasalahan mengenai HIV/AIDS dari segi penularan dan stigma masyarakat terhadap pesakit. Perbincangan juga melibatkan isu sosial masa kini dan cara untuk mengatasinya mengikut Islam.
Harapan Iman itu dimaksudkan agar kita semua dapat memelihara Iman dan menjaga diri dari terlibat dengan keruntuhan sosial. Harapan ini juga agar masyarakat dapat menjauhkan maksiat yang juga menjadi punca tersebarnya HIV/AIDS.
Manakala kasih prihatin mengajak kita agar dapat memberikan keprihatinan kepada pesakit HIV/AIDS dan aktiviti sosial yang berkaitan dengannya biarpun dalam bentuk yang sedikit. Ia juga menunjukkan harapan agar masyarakat sentiasa prihatin terhadap gejala sosial yang berlaku dan berganding bahu menanganinya
Pameran juga akan diadakan dan sedia dikunjungi pada waktu siang di Dewan Felda Pasak.
Kepada semua warga Kota Tinggi, anda semua adalah dijemput hadir. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.
Popularity: 10% [?]
7
Lari Dari Keterbatasan
Seorang pengemis buta yang tidak berupaya telah duduk di tepi jalan. Sambil itu dia mengetuk-getuk tin kosong ditangannya bagi menarik perhatian. Tergantung sekeping papan nipis di lehernya yang tertulis, “Bantulah saya kerana saya orang buta.”
Namun tidak ramai yang menghulurkan wang, meskipun sempat membaca kenyataannya. Setelah lama dia bosan di situ, lalulah seorang lelaki. Dia berhenti seketika di hadapan pengemis itu sambil merenung papan tersebut.
Tanpa menghulurkan sedikit wangpun, dia terus menanggalkan papan itu lalu diterbalikkannya. Terpinga-pinga pengemis buta tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa. Kemudian lelaki itu menulis pula sesuatu dan menggantungkannya semula di leher orang buta tersebut dan segera berlalu.
Tidak semena-mena, ramai orang mula menghulurkan wang berbanding sebelumnya. Orang buta itu merasa sangat gembira namun hatinya masih tertanya-tanya. Read more »
Popularity: 29% [?]
“Aku sangat mengangan-angankan jika di dalam rumah ini adanya tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya.”
Betapa Umar r.a sangat merasakan peranan pemuda-pemuda yang hebat melebihi segala-galanya. Pemuda jiwanya kental, semangatnya tinggi dan tenaganya kuat. Ia adalah peringkat seseorang yang normal itu memiliki segala-galanya. Tanpa pemuda hebat, sesuatu bangsa itu akan mudah jatuh. . Mereka bagaikan pasak keutuhan suatu binaan agung. Masakan tidak, sejarah telah pun membuktikannya!
Pernah tak kita dengar bagaimana gerak langkah orang Eropah dahulu membaca kelemahan orang Islam?
Sebelum berlakunya penaklukan mereka terhadap Andalusia, apa yang mereka lakukan?
Bagaimana mereka boleh tahu bilakah umat Islam ketika itu berada dalam titik kelemahan? Read more »
Popularity: 35% [?]
Macam tidak percaya ada lagi yang terpaksa menjual diri dalam umur 60 an. Bukan di Thailand atau Indonesia , tapi di sini. Tidak tahulah silap di mana, sehingga mereka terpaksa memilih jalan hina tersebut. Kesempatan outreach saya baru-baru ini benar-benar telah menyentak minda dan perasaan.
Malam itu, bersama petugas pusat khidmat sosial berdekatan, kami mula berpecah dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. Ketika itu perasaan ingin tahu bercampur baur dengan rasa gelisah. Adakah kami akan diganggu atau dirayu? Atau adakah kami akan tergoda dengan kecantikan dan godaan mereka nanti? Kesemua kemungkinan itu menambahkan lagi rasa cuak, seriau dan berdebar yang masih tidak hilang.
Namun, kesemua itu tiba-tiba berubah menjadi rasa hairan bercampur kasihan. Bertukar gara-gara bertemu dengan Mia (bukan nama sebenar), wanita sasar pertama yang ketemu di jalanan. Read more »
Popularity: 24% [?]
“Jangan lupa bawa kamera, nanti boleh ambil gambar masuk dalam blog,” pesan saya pada rakan sebelum kami bertolak pergi ke pesta buku semalam. Seperti tahun-tahun lepas, memang teruja sangatlah hendak pergi KLIBF untuk 2010 pula. Cuma pergi sekarang ada sedikit dengan jiwa wartawan. Nanti boleh buat laporan dalam blog kononnya.
Sampai sana, parking macam biasa kena pusing-pusing dahulu baru jumpa. Bila masuk PWTC tu, Nampak susunan gerai-gerainya masih tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cumanya beberapa syarikat buku Melayu gergasi terletak di dewan seberang sungai. Rugilah siapa yang malas berjalan menyeberangi sungai untuk ke dewan tersebut. Read more »
Popularity: 35% [?]

Seorang akh(saudara) Indonesia pernah menyedarkan saya. “Kita ini seminggu sekali sahaja ada perjumpaan usrah. Tetapi syaitan berhalaqah sepanjang masa dan setiap waktu. Hanya untuk memikirkan rencana dan strategi yang lebih fokus, agar kita lebih sesat.”
Memang hidup perlu sentiasa ditarbiyah, kerana kita manusia yang alpa. Hati perlu dipenuhi dengan peringatan dan nasihat, bagai kole cantik yang ingin diisi air. Biar setinggi mana ilmu kita, sejauh mana terkenalnya kita, kita tetap perlu diingatkan dan ada yang mengingatkan. Gabungan berusrah bagai memberi cas pada bateri kehidupan yang ada ketikanya layu dengan belaian dunia yang mengasyikkan. Dunia semakin renta umurnya terelai, namun semakin bijak pula membelai. Read more »
Popularity: 22% [?]
Apa jawapan anda kalau seseorang bertanya, “Apa istimewanya kisah Muhamad?”
Siapa sini yang boleh sebutkan nama mana-mana Rasul yang sejarahnya sangat menyeluruh dan begitu detail?
Ada tak tokoh-tokoh dahulu yang pernah mencipta sejarah, kisah hidupnya dapat kita ikuti dari sejak mereka lahir?
Pastinya tidak ada, apatah lagi waktu itu bukan semuanya pandai menulis dan membaca. Kenyataan ini sangat berbeza dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhamad s.a.w. Haruman kisahnya dapat kita bau semerbaknya hingga sekarang. Gemilang kisahnya terasa hampir dengan kita dan mampu pula diselusuri dengan ketelitian yang penuh kekaguman. Malah kisah kesahihannya sangat dititikberatkan oleh ulamak dan sejarawan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan. Read more »
Popularity: 37% [?]
(Kami dapati akaun tintataghyir.com menggunakan hampir 80% cpu resource server kami, ini menyebabkan server load tinggi dan boleh menyebabkan server down. Maybe plugin/theme atauun pengunjung yang terlalu ramai memasuki laman web awak. Server kami tidak dapat lagi tampung web awak kerana penggunaan resource yang tinggi tersebut. Jadi kami cadangkan kurangkan plugin-plugin yang digunakan ataupun bertukar ke hosting lain yang lebih power dari server kami. Kami masih lagi monitor web awak dan jika masih menyebabkan load yang tinggi dalam masa 24jam selepas ini kami terpaksa suspend terus.)
Kenyataan di atas adalah sebahagian email yang dihantar oleh pihak Sepaku kepada saya. Tidak mahulah ulas email tu panjang-panjang, cuma saya ada satu persoalan. Adakah anda buat blog, perah idea, edit sana, edit sini, blogwalking, komen blog orang, jawab komen dan apa sahaja berkaitan blog anda tanpa ada rasa untuk tingkatkan trafik?
Read more »
Popularity: 86% [?]
Ingat Tempat Kembali
Hati jangan busuk, ego jangan tinggi
Translator
Permission error: Please make your 'plugins/global-translator' directory writable by WordpressDemi Masa
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
Takwim
Pages
Archives
Kategori
Paling Ngetop
- 86% Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- 74% Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!!
- 56% Bersediakah Ke Sana?
- 45% Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan
- 45% Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu?
- 37% Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
- 36% Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
- 35% Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
Recent Posts
- Konsert Demimu Al-Aqsa. Kasi Goga!!
- Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Kreatifnya Kerana Cinta
- Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja
- Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin
- Lari Dari Keterbatasan
- Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam
Rakan Blogger Hadjie
Top Komentar
Rajin berkomentar, backlink terteraimran (17)
faizal (8)
muhamma... (7)
mus (7)
samanos... (7)
Tronx013 (7)
ahmadyu... (6)
Mohd Fa... (5)
Recent Comments
- halim
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- adam
on Cerita Poster, Gaza dan Aqsa
- samanosuke_04
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- wazy
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- Dakjaat
on Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
- kerol halim
on Berpasak Rapuh, Mengharap Utuh?
- hadjie
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
- imran
on Berkat Guru, Setakat Mana Nak Ke mana?
Followers
Sokongan Anda Sangat Dihargai
Himpunan Blog Bermanfaat
Blogger We Care
Bacalah
Tag
abdullah zaid Abu Bakar Abu Jahal agama aids al-Quran Amru Khalid Andrea Hirata blog cinta dakwah forum perdana hikmah hiv HIV/AIDS IJN ilmu Islam ITQAN jakim jemaah Keimanan kemaafan Kerendahan kreatif marah Mesir Nabi s.a.w Nabi Yusuf nafsu Palestin Pemuda perubahan PTS PWTC remaja sejarah Shoubra sosial STAM syaitan Tanta tarbiyah Umar Umar r.a
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
Hala Ilmu
Rujuk Info
Blog Statistics
Spam Blocked











